Bajrangi Bhaijaan Dan Unsur Syiah

0
23610
views

“Syiah! Syiah! Syiah!”

Begitulah laungan paranoid keyboard warrior yang tertutup mindanya & taksub hatinya akibat kurangnya mengaji dan mengkaji buku atau kitab melainkan apa yang terlintas di face”book” sahaja.

Oleh itu, pihak kami terpanggil untuk menerangkan suatu isu yang menjadi persoalan dalam hati pencinta ilmu.

Isu ini menjadi tumpuan umum apabila hebohnya kehangatan filem Bajrangi Bhaijaan. Persoalan yang menjadi tanda tanya umum adalah apabila masyarakat melihat suatu perkara yang aneh dalam filem tersebut apabila ianya memaparkan suasana Islam di Pakistan.

Sebenarnya, pengaruh Syiah hanyalah golongan minoriti di Pakistan. Hanya keyboard warrior yang “lebih kuah dari sudu” atau “bercakap tanpa tahu asal usul” sahaja yang memekik isu ini bagaikan baru mengenal dunia luar. Namun, ini adalah pilihan mereka untuk lebih gemar bercakap tanpa belajar terlebih dahulu. Pengetahuan golongan ini hanyalah setakat mengetahui kewujudan Sunni & Syiah sahaja sedangkan Rasulullah bersabda UMATNYA berpecah kepada 73 golongan. Hanya satu golongan sahaja yang benar.

Asal muasalnya, kedatangan Islam di wilayah Indo-Pak (India-Bangladesh-Pakistan) telah dibawa sejak hampir seribu tahun lalu oleh pendakwah Islam. Pendakwah di wilayah Indo-Pak ialah golongan ahli Sufi yang menyebarkan Islam dengan ilmu dan kasih sayang. Mereka membawa manhaj “Mazhab akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah & Mazhab fiqah Hanafi”.

Lama kelamaan, sebahagian masyarakat Indo-Pak yang memiliki kepekatan adat yang berluhurkan agama Hindu, Jainism, Buddha dan sebagainya menyebabkan adanya percampuran antara dua perkara. Terkadang percampuran ini melibatkan perkara yang hak & batil sehinggakan hal-hal USUL AGAMA turut menerima tempiasnya. Terlalu banyak sekte pemikiran yang muncul di wilayah Indo-Pak. Sebagai contoh, Dine-Ilahi, Qadyani, Sikh, Brelwi dan lain-lain.

Dalam filem Bajrangi Bhaijaan, suasana Islam di Pakistan yang dipaparkan adalah Islam Brelwi. Fahaman ini mula bertapak kukuh di perkampungan Barelli sehingga menyebabkan ajaran ini dikenali dengan nama Brelwi.

Asalnya, perkampungan ini juga merupakan perkampungan penganut Mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah dari segi Akidah dan Mazhab Hanafi dari segi Fiqah sepertimana majoriti penduduk wilayah Indo-Pak yang lain. Namun, oleh kerana sikap mereka yang SUKA BELAJAR ILMU AGAMA BUKAN DARI AHLINYA dan BERBICARA TANPA BERDASARKAN ILMU menyebabkan mereka mencampur adukkan ajaran Islam dengan adat tradisi yang telah lama sebati dalam jiwa mereka.

Sekitar 60%-70% rakyat Pakistan berfahaman Islam Brelwi dan sekitar 200 juta penganut Brelwi di seluruh wilayah Indo-Pak. Hal ini mendapat respon dakwah terutamanya dari golongan maulana-maulana yang kini lebih kita kenali mereka sebagai Jemaah Tabligh bagi memperbetul semula pegangan masyarakat wilayah Indo-Pak. Jasa ahli Jemaah Tabligh ini amatlah besar.

Kami tahu bahawasanya seluruh likers page The Patriots adalah terdiri daripada golongan yang cintakan ilmu pengetahuan dan bukanlah orang yang tertutup mindanya serta taksub hatinya. Maka dengan itu, artikel ini dikarang khas buat anda wahai Ahlul Ilmi sekalian.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here