Kenapa Kita Tak Boleh Kembali Ke Masa Silam?

4
6594
views

Boleh ke pengembaraan masa berlaku?

Jawapannya; boleh dan tidak.

Boleh berlaku sebab apa yang kita alami sekarang adalah pengembaraan masa, iaitu masa bergerak ke depan. Cuma sebab semua orang mempunyai kecepatan masa yang sama, jadi kita tak rasa sangat.

Okey, boleh ke kita nak kembara jauh lebih ke depan berbanding orang lain? Iaitu mengembara ke masa hadapan?

Boleh. Kau pergi tempat yang bergraviti tinggi, masa akan bergerak perlahan di sisi kau dan masa orang lain bergerak laju.

Jadi, mungkin cukup seminggu kau di kawasan bergraviti tinggi itu, di tempat orang lain dah 100 tahun ke depan. Jadi, kau ‘mengembara’ selama seminggu untuk pergi ke 100 tahun akan datang di tempat asal kau.

Tapi bila kau dah ke depan, kau tak boleh patah balik.

Kenapa pula ada jawapan tidak?

Mengembara masa ini, kalau ke belakang tak boleh. Sebab apa? Sebab entropi daripada hukum termodinamik kedua. Entropi ini menyebabkan masa bergerak secara linear dan terus ke depan. Masa takkan ke belakang.

Bangunan lama-lama akan rosak dan rapuh apabila dibiarkan. Ia takkan jadi makin cantik dan makin tak rosak. Nak cantik dan terpelihara kau memerlukan tenaga fizikal/luar.

Makanan pun macam itu. Kalau biar, ia tak jadi makin baik. Ia perlukan pengawetan. Proses di dunia ini, semua kejadian akan menemui kecelaruan dan kekacauan disebabkan oleh entropi. Kita semakin tua dan semakin sakit pun disebabkan oleh entropi.

Sebab itu nak jadi sakit tak susah, sebab entropi dah buat kerja itu. Tapi nak jadi sihat kena buat macam-macam. Kena bersenam, kena makan-makanan sihat, kena rajin pergi ‘checkup’ dan sebagainya.

Nak kawal ‘kekacauan’ yang dilakukan oleh entropi memerlukan tenaga.

Maka, cara untuk ke belakang, kau kena kuasai masa. Kau kena kerah tenaga untuk kawal masa.

Bila kau kuasai masa, di mata kau, masa akan jadi tak linear sebab kau boleh ke depan dan ke belakang sesuka hati. Bila masa tak linear, konsep ke depan dan ke belakang dah tak berlaku. Ini bermaksud kau telah songsangkan pergerakan masa.

Macam mana nak kuasai masa? Kau kena keluar daripada sistem ruang-masa. Duduk di dimensi yang ke-5. Dan aktifkan tenaga supaya kau boleh songsangkan masa. Tapi bila kau keluar, kau akan hilang kewujudan.

Kenapa hilang kewujudan? Sebab kewujudan manusia memerlukan ruang. Ruang pula menurut Einstein adalah entiti yang bersatu dengan masa. Sebab itu adanya istilah ‘ruang-masa’.

Jadi, mustahil melainkan kau adalah Tuhan.

Melainkan juga, kalau dunia ini adalah dunia hologram, kau boleh ‘rewire‘ otak kau semula supaya dapat melihat dan membina masa dalam perspektif yang baru. Ini pun mustahil.

 

Comments

comments

4 COMMENTS

  1. since admin kata ada soalan boleh tanya.. saya ada soalan. bolehkah kita memanipulasi graviti? maksudnya, guna pakai graviti (dengan teknologi2 tertentu). seperti tenaga nuklear diguna pakai. harap ada jawapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here