Lagu Kebangsaan Tertua Di Dunia

0
319
views
Kita sering tertanya-tanya, dalam banyak-banyak lagu kebangsaan yang pernah didendangkan oleh setiap negara yang berdiri di muka bumi ini, lagu kebangsaan negara manakah yang paling tua didunia? USA? England? Perancis? India? Russia? Bukan. Tekaan kalian semua salah.

Lagu kebangsaan paling tua didunia ialah Kimigayo, sebuah lagu kebangsaan negara Jepun. Atuk nenek kita yang pernah hidup dalam zaman Jepun tentu tahu bagaimana untuk menyanyikan lagu ini. Masih tersemat difikiran saya tentang kisah arwah atuk saya, kononnya ketika zaman penjajahan Jepun, kebanyakan pelajar diharuskan setiap pagi menyanyikan lagu Kimigayo selain ritual lain yang memang diamalkan dalam sistem pendidikan Jepun.

Fakta menarik mengenai Kimigayo juga ialah ianya juga merupakan salah satu daripada lirik lagu kebangsaan terpendek di dunia yang dimana liriknya diambil dari sebuah puisi daripada antalogi Kokin Wakashu, sebuah antalogi terkenal Jepun ketika zaman Heian Period (794-11185). Penulis lirik puisi tersebut sehingga hari ini masih belum diketahui dan berstatus anonymous.

Kisahnya begini tentang bagaimana lirik puisi ini boleh menjadi sebuah lagu kebangsaan Jepun ialah gara-gara cadangan John William Fenton, seorang pelawat Irish ke Jepun pada tahun 1869. Ketika itu, beliau mendapati bahawa negara Jepun masih belum mempunyai lagu kebangsaan dan mencadangkan agar Jepun mempunyai sebuah lagu kebangsaan. Pegawai kerajaan ketika itu yang bernama Iwao Oyama bersetuju dengan cadangan Fenton itu lalu memilih puisi yang kita sedang bincangkan ini. Lagipun lirik lagu ini sangat dekat dengan lagu God Save The Queen, sesuai dengan pengaruh Fenton ketika itu. Fenton juga merupakan insan yang bertanggungjawab mengubah melodi untuk lirik lagu ini.

Namun sayangnya, melodi yang dicipta oleh Fenton tidak digemari ramai kerana kurang kualiti dan merdu. Ianya hanya pada tahun 1880 apabila kerajaan Jepun telah mengadaptasikan melodi baru yang dicipta oleh Yoissha Oku dan Akimori Hayashi yang juga merupakan anak murid Fenton. Melodinya diciptakan berdasarkan muzik tradisional istana Jepun sambil dikombinasikan dengan rentak moden barat serta beberapa elemen daripada lagu Kimigayo lama Jepun. Kemudiannya, seorang ahli muzik Jerman bernama Franz Eckert telah menyuntik lagi elemen melodi barat ke dalam lagu itu menjadikan lagu Kimigayo adalah seperti mana yang kita dengari hari ini. Hanya pada tahun 1888 barulah kerajaan Jepun benar-benar menjadikan Kimigayo sebagai lagu kebangsaan mereka.

Lirik lagu Kimigayo dalam bahasa Melayu adalah dibawah:

—-

Semoga kekuasaan Yang Mulia,
Berlanjut selama seribu, lapan ribu generasi,
Sampai kerikil,
Berubah menjadi batu karang,
Hingga diselimuti lumut.

-HE-

 

Comments

comments

Previous articleKejatuhan Empayar Inca Di Tangan Wabak Smallpox
Next articleSherlock Holmes Dunia Islam
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here