Kejatuhan Empayar Inca Di Tangan Wabak Smallpox

0
2407
views

Empayar Agung Inca ialah sebuah empayar yang pernah berdiri merentasi wilayah Amerika Selatan. Empayar ini mempunyai kegemilangannya tersendiri dan salah satu momen agung empayar ini ialah pembinaan Machu Pichu, sebuah kitadel yang dibina pada abad ke-15 di atas sebuah puncak gunung setinggi 2430 meter.

Sejarah awal dan ringkas empayar ini dapat dijejak seawal 1438 Masihi, sezaman dengan Kesultanan Melayu Melaka yang ketika itu merupakan sebuah empayar yang agung dibahagian Asia Tenggara. Kononnya ketika era awal empayar ini, ianya dibina oleh seorang tuhan matahari bernama Tuhan Inti yang telah mengirimkan empat orang anak perempuannya serta seorang lelaki untuk mencari tanah untuk ditadbir. Salah seorang daripada anak lelaki bernama Manco Capac telah mengasaskan Empayar Inca di sekitar Cuzco, Peru hari ini. Empayar ini kemudian membentang sehingga seluas 2000 batu membentang sehingga ke selatan America, merangkumi negara moden seperti Ecuador, Bolivia dan Chile hari ini.

Keagungan Empayar ini akhirnya menemui jalan sadis yang langsung tak pernah terlintas langsung diminda kita. Smallpox atau dalam bahasa Melayunya iaitu Cacar Air adalah faktor paling utama kepada kejatuhan yang maha dasyat yang melanda empayar ini.

Sepanyol seperti mana yang kita tahu sampai ke benua Amerika melalui perlayaran Christopher Columbus pada tahun 1492. Daripada situ, bermulanya gelombang demi gelombang orang Sepanyol tiba dibenua Amerika dan gelombang itu terus membantai kerajaan-kerajaan pribumi Amerika sendiri. Kedatangan mereka bukanlah datang hanya membawa senjata dan agama Kristian, tetapi juga membawa wabak penyakit. Wabak ini mampu menular dengan sangat pantas dalam empayar Inca adalah kerana jaringan jalan-jalan raya yang membentang dalam Empayar Inca. Jaringan jalan raya ini dilalui pelbagai orang dalam empayar Inca, lalu ketika melalui jalanraya inilah, pertembungan antara satu sama lain menyebarkan wabak Inca.

Dipercayai bahawa wabak Smallpox ini menyerang benua Amerika ialah seawal 1518 di sekitar Kepulauan Carribean hari ini. Wabak smallpox di sana berjaya membunuh sehingga separuh daripada nyawa penduduk pribumi di Carribean sebelum mula menular ke Mexico dan membunuh 1/3 populasi Mexico sehingga mencecah jutaan nyawa yang hilang. Dicatatkan juga pada 1520 di mana sebuah kapal yang mendarat di Cuba membawa hamba kulit hitam dari Afrika yang telah dijangkiti wabak Smallpox ini, lalu kemudiannya berjangkit pada penduduk asli Cuba. Daripada Mexico, akhirnya wabak ini mula menular sampai ke Empayar Inca sehingga mengorbankan lebih daripada 75 populasi Inca ketika itu! Angka lain pula mengatakan kepada kita bahawa 200 ribu ialah jumlah nyawa yang terkorban ketika wabak Smallpox ini melanda negara mereka. Salah satu daripada nyawa yang terkorban dalam wabak Smallpox ini pastinya Maharaja Inca sendiri iaitu Huayna Capac.

Kematian Huayna Capac telah membawa kepada perebutan kuasa antara dua orang anak lelakinya iaitu Atahualpa dan Huascar yang terselamat daripada wabak Smallpox. Tidak cukup kematian 75 peratus populasi Inca akibat wabak Smallpox, perang saudara pun meletus lalu membuka ruang untuk Sepanyol masuk menjajah mereka.

Semuanya bermula pada tahun 1532 apabila Francisso Pizzaro tiba bersama dengan 67 orang tentera berkuda dan 100 orang tentera pejalan kaki menyerang Inca. Kelebihan tentera Sepanyol ketika inilah mestilah kerana teknologi yang dimiliki oleh mereka. Tetapi oleh kerana wabak smallpox dan juga perang saudara yang melanda mereka, Francisso Pizzaro tidak mengalami sebarang masalah untuk melanggar Inca. Kalaulah ketika itu, wabak Smallpox tidak menjadi bala yang menghancurkan 75 peratus Inca dan kalaulah ketika itu… wujud Dr Edward Jenner dikalangan orang Inca yang berjaya menemui vaksin kepada penyakit Smallpox, nescaya Inca mungkin mampu menahan gempuran daripada Sepanyol.

Bahkan terdapat rekod sejarah mengatakan pada ketika kedatangan orang Sepanyol ke Inca, mereka menganggap bahawa Pizzaro dan orang-orangnya ialah tuhan mereka viracocha cuna. Namun, selepas proses perdebatan antara mereka, akhirnya orang Inca menolak hipotesis yang mengatakan Pizzaro ialah tuhan mereka sebaliknya menganggap mereka sebagai manusia berdasarkan pemerhatian orang yang diutuskan oleh Maharaja Inca ketika itu, Atahualpa yang melaporkan bahawa orang Sepanyol tetap tidur, makan, minum, buang air kecil dan besar laksana orang biasa.

Tetapi, kita semua tahu “viracocha cuna” yang datang ke Sepanyol itu hanya memerlukan 100 orang tentera pejalan kaki dan juga 67 buah tentera berkuda untuk mengalahkan Inca yang suatu masa dahulu mempunyai empayar yang merentangi Amerika Selatan, sejauh sehingga ke bumi Argentina hari ini.

Rujukan: 

1. The Conquest of the Incas. Early Civilizations in the Americas Reference Library, 2005. Website World History in Context. (Link:http://goo.gl/H8yKux)

2. The Story Of… Smallpox – and other Deadly Eurasian Germs. Guns Germs & Steel. (Link: http://goo.gl/I6v6L)

3. Smallpox in Peru. ColonialDiseaseDigitalText

Comments

comments

Previous articleTips Kewangan Selepas Raya
Next articleLagu Kebangsaan Tertua Di Dunia
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here