Serangan Sotong Gergasi Dalam Sejarah

0
2537
views

Jika sebelum ini saya telah berkongsi mengenai sotong gergasi, kali ini pula saya ingin berkongsi serangan sotong gergasi pada suatu ketika dahulu.

Serangan pertama pada tahun 1874, sebuah kapal layar sepanjang 150 kaki yang dinamakan Pearl telah diserang oleh seekor sotong gergasi. Kapal kedua iaitu steamer Strathowen, menjadi saksi kapal Pearl tenggelam ke dasar. Salah seorang saksi telah memberi keterangan kepada pihak berkuasa. Beliau menyatakan sesuatu telah menyerang kapal Pearl dan dia dapat melihat dengan jelas kapal tersebut tenggelam. Beliau juga turut menyatakan tiang pada kapal tersebut mula berlanggaran semasa sendiri umpama sebatang pokok dipatah dua dan dengan perlahan ia seperti ditarik ke dalam laut. Beliau juga memberitahu tiang utama yang mengibarkan bendera telah diterbalikan begitu sahaja.

Ilustrasi oleh Jules Verne’s 20,00 League under the sea, berdasarkan The Giant Squid attack on the Schooner Pearl

Kapten James Floyd juga turut menggambarkan serangan tersebut, “sesuatu telah naik ke permukaan secara perlahan dari laut sekitar 2 kilometer dari kawasan perlabuhan dan mula mengembang dan hanya berada disitu tanpa bergerak ke tempat lain. Belakang benda itu seperti seekor ikan paus yang sangat besar tetapi warnanya agak perang. Malah, pada jarak yang kami lihat, ianya lebih panjang daripada kapal kami.”

Serangan kedua pada tahun 1930, kapal diraja Norwegian Navy iaitu Brunswick telah diserang oleh seekor sotong gergasi sekurang-kurangnya 3 kali. Sotong gergasi tersebut menarik kapal mereka sehingga berlanggar dengan kapal yang lain dan kemudiannya sesungut mereka mula melilit badan kapal mereka. Akibat sesungut ia tidak dapat mencengkam badan kapal, ia telah terlepas lalu jatuh ke bahagian kipas kapal.

Ketika perang dunia kedua iaitu tahun 1941, salah seorang askar yang terselamat dari kapal Britinia yang telah ditenggelamkan oleh askar Jerman telah berpaut pada rakit penyelamat. Beliau ialah Leftenan R. E. G. Cox telah memberitahu kepada Frank Lane iaitu penulis kepada Kingdom of the Octupus, pada malam yang pertama, seorang askar telah ditarik oleh seekor sotong gergasi dari rakitnya. Pada malam yang sama, beliau sendiri telah diserang. Satu sesungut telah melilit kakinya dan kemudiannya melepaskan beliau dengan parut yang amat menyakitkan.

Kemudian, pada Januari 2003, kapal kepada seorang pelayar veteran Perancis  iaitu Oliver de Kersauson telah diserang oleh seekor sotong gergasi. Beliau telah terlihat sesungut yang lebih besar dari kakinya telah menarik kapal beliau dengan kuat. Kemudiannya sotong tersebut melepaskan kapalnya setelah enjin dimatikan. Beliau berkata juga, sotong tersebut berkemungkinan sepanjang 22 hingga 26 kaki.

Rujukan

  1. Giant Squid: The Kraken Revealed, Amy Eyrie

http://www.amyeyrie.com/giant-squid-the-kraken-revealed/

  1. Colossal Squid vs Giant Squid: the Real Kraken Sea Monster. Eric Dockett

https://owlcation.com/stem/Colossal-Squid-vs-Giant-Squid-the-Real-Kraken-Sea-Monster

  1. “Colossal Squid” Revives Legends of Sea Monsters, James Owen

http://news.nationalgeographic.com/news/2003/04/0423_030423_seamonsters.html

  1. The Kraken, Lee Krystek

http://www.unmuseum.org/kraken.htm

 

-MAF-

Comments

comments

Previous article10 Fakta Mengenai Johor Yang Orang Johor Mungkin Tak Tahu
Next articleTips Kewangan Selepas Raya
Nama penuh : Muhd Ammerul Faizal, Nama pena : MAF, Negeri kelahiran : Johor, Sedang menuntut di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Mengambil jurusan IT dalam bidang Pembangunan perisian, Minat ke arah Zoologist (Haiwan purba dan Haiwan Istimewa).
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here