10 Fakta Mengenai Johor Yang Orang Johor Mungkin Tak Tahu

0
8934
views

1. Asalnya Johor menggunakan ejaan Johore dengan menambah ‘e’ di hujung kerana ia adalah ejaan rasmi mengikut Johore Government Gazette. Sebab itu kalau korang tengok bas lama-lama atau kilang lama-lama, dorang akan guna ejaan Johore ni. Contohnya bas Johore Motor(dari Kluang ke Batu Pahat). Walaubagaimanapun, sekarang ejaan Johor lebih kerap digunakan kerana ia lebih dekat dengan hati rakyat Johor.

2. Johor adalah negeri pertama yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan melalui Undang-undang Tubuh Negeri Johor yang dimasyhurkan oleh Sultan Abu Bakar.

3. Maharaja Abu Bakar telah mengasaskan pasukan askar Timbalan Setia Negeri Johor(JMF-Johore Military Forces) pada tahun 1885. Selain JMF, Johor juga mempunyai JVF(Johore Voluntarily Forbes) yang ditubuhkan pada 1905. Ini memberi ilham kepada Kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan pasukan Askar Melayu pada tahun 1933.

4. Tahun 1883, Johor telah menubuhkan Jabatan Pelajaran yang diketuai oleh Datuk Bentara Dalam iaitu Datuk Munsyi Ibrahim. Pada tahun 1887, jabatan ini telah ditambah dengan penubuhan Lembaga Penasihat Pelajaran yang dianggotai oleh ketua-ketua jabatan kerajaan dan pemimpin setempat. Untuk meningkatkan pendidikan di kalangan rakyat, satu Enakmen iaitu Enakmen 1902 telah diperkenalkan untuk mewajibkan ibu bapa bangsa Melayu menghantar anak mereka ke sekolah. Ini menunjukkan bahawa sejak dari awal lagi pemerintah Johor begitu mementingkan pelajaran kepada rakyatnya.

5. Johor memang sinonim dengan sekolah agama. Sekolah agama yang ada sekarang ini telah bermula sejak tahun 1918 dan ia dikenali sebagai Sekolah Al-Quran dan pada tahun 1923, namanya telah ditukar kepada Sekolah Kitab sebelum ditukar semula kepada Sekolah Agama yang kekal hingga ke hari ini. Korang yang duduk Johor mesti tahu betapa powernya Sekolah Agama sampai ke Darjah Khas nikan? Nak nak, korang mesti ingat belajar pakai kitab Mutlaal Badrain yang tebal tu kan?

6. Di Johor juga lahirnya tokoh-tokoh intelektual melayu bersama karya yang hebat seperti Tuhfat al-Nafis, Aturan Setia Melayu Bugis, Syair Maharaja Abu Bakar dan Perundangan Johor, yang tidak asing dalam kesusasteraan dan manuskrip sejarah negara. Tun Sri Lanang pengarang kitab Sulalatus Salatin pun lahir di Johor. Korang tahukan betapa powernya buku Sulalatus Salatin ni?

7. Johor mempunyai satu-satunya hospital berwarna merah di Malaysia iaitu Hospital Sultanah Aminah yang telah dibina pada tahun 1882.

8. Encik Mohamad Bin Hamzah iaitu pereka Jalur Gemilang berasal dari Johor. Beliau adalah salah seorang kakitangan Jabatan Kerja Raya(JKR) Johor dan bersekolah di English College(kini Maktab Sultan Abu Bakar).

9. Johor mempunyai pasukan bola sepak pertama dari Asia Tenggara pertama yang berjaya memecahkan monopoli pasukan-pasukan Asia Barat dan memenangi Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Selain itu, JDT adalah pasukan pertama yang menjadi juara hatrik Liga Super dan pasukan pertama ‘Invincibles’ kat Malaysia.(Invincible ni maksudnya tak pernah kalah dalam saingan Liga Super).

10. UMNO dirasmikan pada 11 Mei 1946 di Johor Bahru. Pengasas dan Presiden UMNO yang pertama ialah Dato’ Onn Jaafar. Beliau pernah memegang jawatan Menteri Besar Johor namun berundur daripada jawatan tersebut untuk memberi tumpuan kepada UMNO.

Nota Editor: Artikel ini dinaikkan selepas mendapat keizinan daripada pemilik aritkel iaitu Muhammad Yusof. 

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here