Melayu… Nenek Moyang Kamu Lord Of The Sea

0
7343
views

Ada orang tanya saya, apa faedahnya kita mewarisi kitab Undang-undang Laut dan Ilmu Laut Melayu ni.

Imagine this…one day…. anak lelaki kamu datang kepada kamu dan berkata, “ayah, betul ke nenek moyang kita dulu duduk atas pokok?”

Kamu akan tersenyum kepadanya dan mengajaknya ke rak buku-buku kamu. Kemudian, kamu keluarkan kitab Hukum Kanun Melaka & Undang-undang Laut…perlahan-lahan dalam mood macam ‘Pirata Codex’ diusung keluar dalam filem Pirates of the Caribbean.

Letakkan di depan muka dia. Bagi dia sentuh dan selak satu-satu. Bagi dia baca hierarki jawatan dalam kapal. Prosedur dan tugas-tugas di dek dan menjaga senjata di atas kapal. Prosedur memberi bekalan dan yang berkuasa menghukum dalam kapal (quatermaster). Biar dia tahu beza undang-undang berlayar dan undang-undang berlabuh.

Kemudian buka buku Ilmu Laut dan tunjukkan pada dia jadual pasang surut, carta-carta dan pengiraan berdasarkan pergerakan bulan dan matahari. Barulah dia faham maksud kata-kata “air pasang pagi surut pukul 5”. Melihatkan ini anak kamu pasti akan mendapat pelajaran yang besar dan menanamkan satu memori dan ‘subliminal message’ ke kepalanya untuk terus bersemangat waja supaya dia boleh berjaya dalam apa jua bidang pun sebagaimana nenek moyang dia dahulu.

Cara begini memang biasa di kalangan ibu-bapa di negara Barat. Jangan tanya bagaimana anak-anak mereka mendapat motivasi dan jatidiri yang terlampau ampuh. Kita boleh lihat filem-filem mereka.

Pilihan di tangan kamu. Hendak jadi Melayu yang kasihan atau Melayu yang lasak jatidirinya. Hendak jadi Melayu yang gasar atau Melayu yang tahu dirinya bertamadun.

Beritahu anak-anak kamu, nenek moyang kita bukan duduk atas pokok. Mereka buat undang-undang dan kawal selat paling sibuk dalam dunia. Nenek moyang kamu, Lord of The Sea.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here