Perkhidmatan Kebajikan Tabung Haji Di Mekah/Madinah

0
500
views

Musim Haji bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Banyak persiapan yang perlu dilakukan oleh jemaah jemaah haji sebelum bertolak ke Tanah Suci. Persediaan juga dilakukan oleh pihak Tabung Haji untuk memastikan perjalanan para jemaah haji lancar di Tanah Suci nanti. Oleh itu, Tabung Haji sentiasa berusaha dengan menyediakan perkhidmatan perkhidmatan di sana. Contohnya perkhidmatan kebajikan yang diuruskan oleh Tabung Haji di Mekah dan Madinah.

Bila tiba sahaja jemaah haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah, jemaah boleh terus menggunakan perkhidmatan kebajikan yang terdapat di sana. Antaranya ialah:-

• Mendapatkan bantuan dalam urusan imigresen dan kastam

• Bantuan makanan

• Pengurusan bas ke Mekah atau Madinah

 

Perkhidmatan kebajikan yang terdapat di Madinah pula:

• Sambutan di Al Hijrah/ lapangan terbang/ Zon

• Pengurusan jemaah haji di Zon

• Kemasukan dan penempatan di rumah penginapan

• Penyelerasan urusan ziarah

• Bimbingan kepada jemaah haji

• Pengeluaran wang di ibu pejabat

• Kaunseling

• Pendaftaran kematian

• Pengurusan aduan/ pertanyaan/ sesat/ barang hilang

• Pakar rujuk ibadat haji

• Urusan makan dan minum

• Urusan Keberangkatan ke Mekah

 

Perkhidmatan kebajikan yang terdapat di Mekah:

• Sambutan para jemaah haji di maktab

• Kemasukan dan penempatan di rumah penginapan

• Bimbingan haji

• Membantu di dalam urusan bayaran dam/korban

• Menguruskan keberangkatan jemaah haji ke Arafah dan Mina

• Pengeluaran wang di ibu pejabat dan maktab

• Kaunseling

• Pendaftaran kematian

• Pengurusan aduan/pertanyaan/jemaah haji sesat/hilang

• Pakar rujuk ibadat haji

• Pengesahan/pertukaran penerbangan

• Pengurusan ziarah/lawatan kepada pesakit dengan mengadakan kemudahan perkhidmatan bus shuttle ke hospital untuk anggota keluarga pesakit

 

Perkhidmatan di Arafah/ Mina:

• Sambutan ketibaan para jemaah haji

• Menguruskan kemasukan jemaah haji ke khemah-khemah

• Rondaan ke khemah

• Aduan/pertanyaan/jemaah sesat

• Bimbingan dan pakar rujuk

• Pendaftaran kematian

• Memantau urusan makan/minum yang diuruskan oleh pihak Muassasah

 

Tabung Haji sentiasa berusaha keras untuk memantapkan perkhidmatan perkhidmatan yang disediakan demi memastikan keselesaan para jemaah haji Malaysia. Ini akan membuat perjalanan jemaah haji menjadi lebih lancar dan sempurna.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here