Obses Seorang Reverse Flash

0
1870
views

Reverse Flash atau alter egonya Eobard Thawne menghidap penyakit obses. Kenapa begitu? Dia mengagungkan The Flash sebagai wira keadilan bagi dirinya. Eobard Thawne juga telah menduplikasikan insiden yang memberi The Flash kuasa yang digelar Speed Force. Malah, dia juga memakai sut yang sama seperti The Flash.

Sehingga kini, punca kepada penyakit obses tidak dapat diketahui. Dari sudut psikologi, obses merujuk kepada pemikiran atau dorongan yang membuatkan seseorang itu menumpukan perhatian terhadap sesuatu secara berlebihan.

Secara tidak langsung, penyakit obses juga meletakkan seseorang itu harapan yang tinggi. Jika apa yang diharapkan tidak tercapai, maka seseorang itu akan kecewa dan melakukan tindakan di luar kotak pemikiran dan juga perasaan membalas dendam yang mendalam. Misalnya, membunuh, ataupun menyeksa diri sendiri. Boleh jadi juga dia sanggup menyakitkan orang lain semata-mata untuk membalas dendam.

Obses terhadap sesuatu perkara juga membuatkan seseorang itu mencari perkara yang diingininya dengan lebih mendalam. Bahkan jika lebih teruk lagi, seseorang itu tidak boleh membezakan perkara yang baik ataupun buruk jika obses ini tidak dikawal.

Dalam kes Eobard Thawne, dia mengalami kekecewaan yang melampau akibat The Flash yang diagungkannya itu tidak memilih dirinya sebagai protege. The Flash memilih Kid Flash sebagai protegenya. Akibat cemburu dan tidak dapat mengawal emosi, Eobard Thawne merasakan dirinya dikhianati oleh The Flash.

Ini kerana cara yang digunakan oleh Eobard Thawne untuk menjadi seorang superhero adalah salah. Eobard Thawne mencipta masalah dan dia menjadi penyelesai kepada masalah tersebut. Seolah-olah dialah superhero kepada masyarakat abad ke-25. The Flash tidak setuju dengan cara Eobard Thawne.

Setelah mengalami kekecewaan yang melampau, Eobard Thawne berdendam dengan The Flash, mentor yang disanjungnya itu. Dia membunuh ibu kepada mentornya itu agar The Flash dapat merasa kesakitan yang sama sepertinya.

Sut yang dipilih oleh Eobard Thawne sebenarnya berwarna merah. Tapi, akhirnya dia memilih warna kuning kerana kesemua ‘sidekick’ The Flash memakai sut berwarna kuning. Apabila Eobard Thawne memilih untuk menyakiti The Flash seumur hidupnya, simbol petir di dadanya bertentang dengan The Flash sebagai tanda dia protes terhadap mentornya itu.

Akhirnya, alter ego Eobard Thawne digelar sebagai Reverse Flash kerana semua pendiriannya adalah bertentangan (reverse) dengan apa yang The Flash tegakkan selaku sebagai seorang superhero.

Sejarah Eobard Thawne berbeza dengan siri komik DC yang lain. Ini kerana di dalam DC Comics terdapat pelbagai versi sejarah Eobard Thawne. Namun, faktor yang sama juga dia menjadi seorang supervillain, terlampau obses terhadap The Flash.

 

 

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here