Jom Jadi Seorang Lelaki Yang Chivalry!

1
1325
views

Mentaliti orang kita, kalau seseorang tulis pasal sesuatu, mesti orang tu nak promote benda tu. Kalau tulis pasal liberalisme, mesti nak suruh orang jadi liberal. Kalau tulis pasal Yahudi, mesti nak ajak orang jadi Yahudi.

Menulis tentang asal usul melutut sebelah kaki semasa melamar bukan nak suruh korang pun pergi ikut cara SM Faliq tu. Kalau kampung kau dekat Bukit Gambir dan kampung makwe kau Pasir Puteh, rasanya tak perlu kot tiba-tiba kau melutut depan ramai-ramai orang kat G’s Bistro Seksyen 15 Subang Jaya tu. Awkward gila. Kalau orang Melayu, ikut je lah cara Melayu.

Masalahnya Chryseis Tan tu Cina. Ayahnya antara 10 kapitalis terkaya di Malaysia. Hidup dia fikir macam mana nak habiskan duit je. Travel ke Paris atau Milan tu baginya seperti dari KL ke Tanjung Malim. Dia dikelilingi oleh jejaka tampan Cina Caucasian dan Caribbean. Dia bukan lepasan maahad atau graduan UIA. Dia tak tau apa yang halal haram makruh dalam bercinta. Dia tak solat istikharah.

Bagi perempuan macam dia, perkara yang paling romantik seorang lelaki boleh buat ialah melamar dia dengan cara yang paling unforgettable. Dia cair dengan apa yang SM Faliq buat tu. Dan dengan cara itu dia yakin dia dah jumpa true love, dan hanya dengan itu hatinya terpikat dan ada peluang untuknya dibimbing ke Siratul Mustaqim.

Peliklah korang nak expect Faliq pergi meminang Chryseis dekat rumah ayahnya (Vincent Tan). Berapa dulang hantaran keluarga Vincent Tan kena balas? Pening sambil tergelak saya nak kena bayangkan Vincent Tan jadi wali dan bincang pasal mas kahwin.

Melamar melutut pun bukan point utama artikel. Point utama artikel adalah untuk memberi pencerahan tentang budaya chivalry (fahaman umum, bukan suruh kau pakai perisai dan pedang jadi knight). Chivalry bukan sekadar melutut semasa melamar. Chivalry lebih besar daripada itu. Ia adalah semangat kelelakian untuk mengorbankan keselesaan diri demi keselesaan wanita.

Benda ni common sense je, tak perlu pun nak minta dalil. Tak gemar sangat nak berdalil dalam isu-isu macam ni. Nanti akan ada mamat perasan intelektual kata bercampur aduk yang hak dan batil.

Ada tak konsep yang seakan-akan chivalry dalam Islam? Apakah sunnah Rasulullah dalam melayan wanita (termasuk isteri-isterinya)?

Sahih al-Bukhari, Kitab Al-Maghazi, hadis no. 4211 ada meriwayatkan kisah Rasulullah MELUTUT di sisi unta, agar isterinya, Safiyyah dapat menaiki unta dengan MEMIJAK lututnya. Itu tahap Rasulullah, bukan saja ego diketepikan, malah siap sedia menahan sakit lutut dipijak.

Puas hati? Yang nak sangat mencontohi Rasulullah tu, nanti masa korang ambil isteri balik kerja, sila melutut jadi pemijak kaki untuk isteri menaiki kereta. Tapi rasanya tak perlu menyusahkan diri kot, cukup sekadar tolong membukakan dan menutup pintu.

Tak salah kalau nak berbuat baik terhadap wanita selain dari isteri, selagi bertindak di dalam batasan syarak. Wanita kan dimuliakan di sisi Islam. Meletakkan wanita di tempat yang mulia tu bukan pakai cakap je, kena bertindak. Laki-laki Muslimin lah kena jadi tauladan dalam hal ini. Takkan nak duduk main phone je sementara Mat Saleh sibuk menunjuk mereka itu gentleman.

Chivalry harus dilakukan atas niat yang ikhlas, atas sebab kau menghormati wanita sebagaimana kau menghormati dan meghargai ibu kau. Orang yang chivalrous tak akan anggap perempuan tu sebagai objek, apatah lagi dijadikan bahan lawak.

Kalau korang ada niat nak jadi chivalrous untuk mengorat, itu bukan gentleman, itu jerk namanya. Tak dijamin pun wanita akan suka kat kau kalau jadi chivalrous, kau tetap akan kena friend-zone atau stranger-zone juga kalau perempuan tu memang tak berkenan kat kau.

Yang perempuan pun janganlah teruja sangat kalau rakan sepejabat korang yang muka macam Fahrin Ahmad tu tolong bukakan pintu pejabat. Dia mungkin tak crush pun dekat kau, cuma dia tu baru balik dari boarding school dekat UK dan benda tu telah diasuh sejak kecil lagi.

Dalil untuk jadi chivalrous dah ada dalam Al-Quran: “al-rijal qawwamum ala an-nisa”. Lelaki adalah pelindung bagi wanita. Disebabkan lelaki dikurniakan dengan kekuatan fizikal (tu sebab feminis tegar tak minat idea chivalry ni), maka padanlah lelaki jadi gentleman. Tak rugi pun kalau memberi keutamaan kepada wanita.

Kalau nampak ada perempuan berlari-lari dalam hujan, bagi je payung kau tu kat dia. Tak matilah lelaki terkena air hujan.

Kalau lif overloaded dan ada seorang perempuan tak dapat masuk, kau keluar je bagi dia naik dulu, apa salahnya lelaki tunggu lif seterusnya atau panjat je tangga.

Kalau nampak ada perempuan bawa beg besar beg kecil menaiki ERL ke KLIA, jangan melekat bontot kat tempat duduk asyik main game je, bagilah tempat duduk.

Kalau tu pun tak mampu, sekurang-kurangnya janganlah buat muka tak bersalah masuk koc wanita kat KTM.

Chivalry akan tarbiah kau sikit demi sikit jadi lelaki yang beradab dan memuliakan wanita.

Kalau benda basic macam tu pun tak boleh buat, no wonder orang kata “chivalry is dead”. Dan idea kelelakian pun terpupus sekali. Yang tinggal hanya jantan MCP yang pentingkan diri sendiri dan nafsu membuak-buak.

(sampai sini sajalah, tak nak overkill topik. Tapi korang jangan lupa ye tawaran untuk jadi kekasih tu. Saya tunggu)

Comments

comments

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here