Kenapa Orang Jahil Selalu ‘Confident’?

0
4484
views

Kenapa manusia jahil lebih yakin dan manusia bijak penuh dengan keraguan?

‘Intelligence quotient‘ (IQ) menjelaskan kemahiran manusia berfikir. Lebih tepat, kemahiran menyelesaikan masalah. Bukannya kemahiran mengingat fakta. Purata IQ manusia adalah sama setiap tahun dan tak akan meningkat dan mengurang.

Tapi, IQ manusia hari ini lebih tinggi daripada IQ manusia zaman dulu. Dan akan terus meningkat. Cuma purata saja masih sama.

Ada fenomena yang dipanggil sebagai Kesan Downing (Downing Effect) yang menyatakan, orang yang mempunyai IQ yang rendah akan fikir dia mempunyai IQ yang tinggi. Orang yang IQ 70 akan fikir IQ dia 140.

Orang yang rendah IQ ini kita panggil orang yang ‘smarter than thou’.

Dan, sebaliknya orang yang IQ tinggi pula akan mula memandang rendah pada IQ yang dimiliki. Mereka juga akan memandang tinggi orang yang IQ-nya sama dengan mereka.

Inilah yang Socrates canang-canang, “Kebijaksanaan yang sebenar adalah apabila kau mengetahui bahawa kau tidak mengetahui.”

David Dunning dan Justin Kruger, melalui pemerhatian mereka menyatakan lebih kurang,

Kesilapan daripada orang yang jahil datang daripada dirinya dan kesilapan daripada orang yang cerdik datang daripada kesilapannya tentang orang lain.

Kemudian, muncullah kesan Dunning-Kruger (Dunning-Kruger effect), iaitu sebuah bias kognitif. Kesan ini kata, semakin kau jahil, semakin kau yakin yang kau orang cerdik dan semakin banyaklah kesilapan kau sebenarnya.

Pada tahun 1977, ada kajian kata purata manusia akan sangka IQ mereka lebih tinggi daripada purata. Dah boleh nampak kenapa jahil lebih ramai. Dah boleh nampak purata manusia yang kena kesan Dunning-Kruger.

Orang yang IQ rendah akan kurang menyoal diri dan kejadian di sekeliling mereka. Buta tuli. Tak mahu kritik. Kritik nanti kata tak beradab pula.

Kritik pengetahuan dan kepercayaan sendiri macam Descartes apatah lagi.

Tapi, walau bagaimanapun, Richard Nesbitt dari University of Michigan kata, IQ yang tinggi bukan tanda aras kejayaan, tapi kemahuan atau kuriositi.

Kalau tak ada kemahuan, orang yang IQ tinggi pun tak mahu guna IQ mereka untuk membentuk idea baru.

Kecerdikan sepatutnya menjadi kemahiran menyedari kelemahan diri. Kesan Dunning-Kruger kata, orang yang kurang cerdik tak mampu buat benda ini. Dia cuma pandai cari salah orang.

Selain Socrates, ingat pula pesan Confucius,

Pengetahuan (knowledge) yang sebenar adalah mengetahui kejahilan dirinya sendiri.

Sumber: thoughtcatalog.com.loox.nu

Comments

comments

Previous article5 Persamaan Orang Berjaya
Next articleMuawiyah – Pemimpin Agung Orang Islam
Zamir Mohyedin sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana (Master) dalam bidang fizik. Telah menerbitkan karya-karya fizik, sejarah dan falsafah. Selain dalam penyelidikan, beliau juga terlibat dalam penulisan, penterjemahan dan penyuntingan manuskrip. Berminat dalam bidang sains, falsafah, sejarah dan psikologi.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here