Program Ehsan Tabung Haji Memanfaatkan Ramai Asnaf

0
200
views

Lembaga Tabung Haji telah memulakan siri jelajah Program Ehsan dengan menyumbang RM 70 000 kepada 140 0rang asnaf fakir miskin di bawah program tanggungjawab korporat (CSR) tahunnanya yang dimulakan di Bangunan Lembaga Tabung Haji, Jalan Tun Razak.

Program Ehsan Tabung Haji mensasarkan sumbangan kepada seramai 1941 asnaf fakir dan miskin di seluruh negara. Program ini juga dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Hisham Harun, Pengurus Besar Kanan Bahagian Sumber Manusia Tabung Haji. Golongan golongan yang menerima sumbangan ini ialah warga emas, ibu dan bapa tunggal serta orang kelainan upaya (OKU) yang miskin tegar.

Program ini telah dijalankan di Pahang, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Sarawak, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan. Tabung Haji juga akan meneruskan siri jelajah ini ke seluruh Malaysia.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here