Tabung Haji Ikrar BEBAS Rasuah

0
190
views

Pada bulan Mei 2017, Lembaga Tabung Haji telah menganjurkan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di lokasi Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak.

Majlis yang gemilang ini telah disempurnakan oleh B Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Tabung Haji. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu tetamu penting seperti YBhg. Datuk Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya SPRM, YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Ahli-ahli Lembaga, Ketua Pegawai Anak-Anak Syarikat Tabung Haji dan Kumpulan Pengurusan Tabung Haji.

Ikrar ini membuktikan bahawa Tabung Haji sentiasa memberi sokongan penuh dan berterusan dalam membanteras rasuah sejajar dengan amalan serta tadbir urus korporat yang terbaik. Tambahan pula, Tabung Haji ingin memastikan semua urusan telus dan tidak melibatkan rasuah.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here