Pakistan Mahu Mencontohi Pengurusan Haji Malaysia

0
462
views

Kehebatan Tabung Haji menjadi bualan mulut rakyat Malaysia sejak ditubuhkan lagi, tetapi tahukah anda bahawa Tabung Haji juga sering menjadi topik bualan di negara negara Islam yang lain? Pendekatan yang boleh diambil ialah Pakistan.

Pengarah besar (haji) Pejabat Konsul Jeneral Pakistan yang berpangkalan di Jeddah yang bernama Syed Abu Ahmed Akif pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Pakistan mahu mencontohi sistem yang digunakan Tabung Haji dalam menguruskan jemaah haji Malaysia. Pakistan menitik beratkan isu pengurusan jemaah haji disebabkan mereka negara kedua terbesar yang mengendalikan jemaah selepas negara Indonesia. Jumlah jemaah yang boleh dikatakan agak tinggi berbanding dengan Malaysia kerana Pakistan perlu menguruskan jumlah 144 000 orang jemaah

Berdasarkan rekod, 56% jemaah haji dari Pakistan diuruskan oleh kerajaan dan bakinya oleh syarikat swasta. Caj yang dikenakan oleh kerajaan Pakistan ialah USD 2500 untuk seorang jemaah. Jemaah haji mereka juga perlu mendaftar dan membuat pembayaran 6 bulan sebelum musim haji kepada bank tertentu. Ini disebabkan oleh pejabat hal ehwal haji Pakistan tidak menguruskan dana untuk melakukan haji,

Selain itu, Pejabat juga akan memulangkan duit semula kepada jemaah haji jika kos menguruskan haji menjadi lebih murah daripada bayaran yang dikenakan kerana kos pengurusan haji berbeza beza dari masa ke semasa.

Antara perkara lain yang turut dibangkitkan ialah penginapan jemaah haji Pakistan yang terletak dalam lingkungan 8 kilometer dari Masjidil Haram. Hal ini akan menyebabkan jemaah haji Pakistan memerlukan servis pengankutan untuk membawa pergi dan balik. Tetapi, hal ini tidak terjadi kepada jemaah haji Malaysia kerana terdapat empat tempat penginapan yang disediakan oleh Tabung Haji dan hanya berada dalam jarak satu kilometer sahaja. Walaupun jarak dekat dengan Masjidil Haram, kos yang dikenakan kepada Tabung Haji adalah berpatutan sekali gus tidak memberikan banyak masalah kepada Tabung Haji jika dibandingkan dengan Pakistan.

Pakistan juga kagum dengan cara Tabung Haji menguruskan dana yang begitu besar dengan 8.4 juta penyimpan dan dari jumlah itu, tidak sampai 2% yang mendaftar untuk melakukan haji. Selain itu, dividen yang diberikan Tabung Haji juga turut mendapat pujian dari Pakistan,

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here