Tabung Haji Anjur Program Bertadarus Dan Khatam Al-Quran

0
147
views

Bersempena bulan Ramadhan yang baharu sahaja berlalu, Lembaga Tabung Haji telah menganjurkan “Program Tabung Haji Bertadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Kelab TaHa 2017” yang bertempat di Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Menariknya, program ini dijalankan secara serentak yang melibatkan ahli ahli kelab TaHa dan Taha@U yang berjumlah 700 orang ahli serta 918 anggota Tabung Haji dari seluruh negara.

Majlis dimulakan dengan perasmian oleh YBhg. Dato’ Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haju. Turut memeriahkan majlis ialah Al Fadhil Ustaz Syeikh Muhammad Abdunnabi, Pensyarah dari Maahad Qiraat Universiti Al-Azhar, Mesir dengan ceramahnya yang sangat menarik bagi melengkapkan program tersebut.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here