Majlis Pengurniaan Zakat Dan Santapan Berbuka Puasa

0
253
views

Pada bulan Jun 2017, Tabung Haji telah menguruskan Majlis Pengurniaan Zakat Dan Santapan Berbuka Puasa di Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim. Selain itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V juga berkenan untuk mencemar duli hadir ke majlis tersebut.

Zakat berjumlah RM 90,000 ini diagihkan kepada 600 orang kanak kanak yang berumur 10 hingga 17 tahun yang berada di Lembah Kelang dengan setiap seorang mendapat RM 150. Majlis yang pertama kali diadakan di Istana Negara ini hasil keprihatinan KDYMM SPB Tuanku Agong terhadap kebajikan anak anak yatim dan juga tahfiz asnaf.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Ahli Jawatankuasa PERKAYATIM, Pengurusan Kanan dan juga anggota Tabung Haji.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here