12 Angry Men: Jury Duty

0
895
views

12 Angry Men merupakan sebuah filem ‘black & white’ yang disiarkan pada tahun 1957. Seperti tajuk filem, 12 Angry Men mengisarkan tentang situasi 12 orang lelaki yang membincangkan hukuman ke atas seorang remaja yang dituduh menikam mati bapanya sendiri.  Babak filem ini pula hanya tertumpu di dalam sebuah bilik yang mengandungi sebuah meja dan 12 buah kerusi.

Filem 12 Angry Men ini menyampaikan mesej dan juga pengajaran penting yang boleh dipelajari oleh penonton, dari segi moral, empathy dan juga sikap saling menghormati pandangan dan pendapat antara satu sama lain. Selain itu, 12 Angry Men juga mendedahkan kepada penonton secara ringkas, tentang ‘Jury Duty’.

Apa itu ‘Jury Duty’?

‘Jury Duty’ merupakan salah satu kewajipan undang-undang yang hanya dipraktikkan di Amerika Syarikat, Australia, Canada, United Kingdom dan New South Wales. ‘Jury Duty’ ini merupakan satu praktis di mana warganegara yang terpilih perlu menjadi juri di dalam kes-kes perundangan tertentu, baik kes jenayah mahupun civil.

Kewajipan ‘Jury Duty’ ini telah terkandung di dalam Undang-Undang Persekutuan negara yang terlibat, di mana tertuduh yang terlibat dalam kes jenayah berhak diberikan perbicaraan yang adil. Juri pula mestilah dipilih secara rawak di kalangan penduduk setempat. Seperti yang dinyatakan di bawah,

In all criminal prosecutions, the accused shall enjoy the right to a speedy and public trial, by an impartial jury of the State and district wherein the crime shall have been committed, which district shall have been previously ascertained by law, and to be informed of the nature and cause of the accusation; to be confronted with the witnesses against him; to have compulsory process for obtaining witnesses in his favor, and to have the Assistance of Counsel for his defense.” –Sixth Amendment, US Constitution.

Siapakah yang layak terpilih untuk ‘Jury Duty’?

Mereka yang dipilih mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Warganegara/penduduk tetap
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Boleh membaca, menulis dan memahami Bahasa Inggeris
  4. Tidak pernah terbabit dalam apa jua kesalahan dalam mahkamah persekutuan mahupun mahkamah negeri

Proses ‘Jury Duty’.

  1. Mereka yang terpilih akan menerima surat rasmi daripada mahkamah Persekutuan atau mahkamah Negeri, di mana mereka perlu hadir ke mahkamah bagi menunaikan kewajipan sebagai seorang juri.
  2. Setelah hadir ke mahkamah, sesi pemilihan akan diteruskan sehingga sebuah panel juri yang terdiri daripada 12 orang (kes jenayah) atau 7 orang (kes civil) dapat ditubuhkan. Juri akan melalui proses pemilihan yang lebih terperinci,di mana juri-juri akan disoal jika mereka mempunyai ‘personal interest’ ataupun mempunyai sejarah lampau yang mampu memberi kesan/menimbulkan bias pada keputusan yang bakal dibuat. Setiap panel akan diberikan kes perbicaraan yang berbeza, baik kes jenayah mahupun kes civil.
  3. Panel juri yang terpilih ini akan mendengar perbicaraan kes di mahkamah, sehinggalah perbicaraan selesai dan hakim membuat kesimpulan. Panel juri akan mengambil nota tentang bukti-bukti semasa perbicaraan bagi membantu mereka membuat keputusan atau mencapai ‘verdict’ pada penghujung ‘jury duty’.
  4. Panel juri akan diarahkan ke sebuah bilik yang mengandungi sebuah meja dan 12 biji kerusi, untuk membincangkan kes tersebut bersama bukti-bukti yang telah didedahkan semasa perbicaraan dan membuat keputusan, adakah tertuduh bersalah ataupun tidak? Seorang ‘foreman’ akan dipilih bagi mengetuai perbincangan tersebut.
  5. Keputusan yang dibuat mestilah berpandukan ‘reasonable doubt’ iaitu keraguan yang bersebab, dimana jika juri mempunyai keraguan terhadap tertuduh yang dikatakan bersalah, maka juri perlu lah mengundi ‘tidak bersalah’ dan sebaliknya.

Bagi kes jenayah, keputusan juri mestilah ‘unanimous’, di mana kesemua 12 orang juri perlu menentukan keputusan antara salah/ tidak bersalah (guilty/not guilty). Kesemua 12 orang memberi kata putus ‘guilty’ atau kesemua 12 orang memberi kata putus ‘not guilty’. Panel juri yang tidak dapat membuat keputusan/memberi kata putus akan dianggap sebagai ‘hung’ jury, di mana perbicaraan kes akan diulang dan sebuah panel juri lain akan dibentuk.

Bagi kes civil, kata putus yang diberikan tertakluk pada bukti-bukti yang didedahkan semasa perbicaraan. Jika juri mempunyai lebih daripada 50% kepastian bahawa tertuduh bersalah, maka tertuduh dikira 100% bersalah. Kata putus yang dapat dicapai dalam masa 4 jam perbincangan mestilah bersifat ‘unanimous’, manakala bagi kata putus yang dicapai melebihi 4 jam perbincangan, keputusan majoriti boleh diterima.

6. Setelah kata putus dipersetujui, keputusan akan dibicarakan kepada Hakim yang terlibat di dalam bilik perbicaraan. Jika keputusan juri merupakan ‘not guilty’/tidak bersalah, Hakim akan melepaskan pertuduhan tersebut. Jika keputusan juri merupakan ‘guilty’/bersalah, Hakim akan menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh pada hari yang sama ataupun pada tarikh yang bakal ditentukan.

12 Angry Men memaparkan situasi ‘jury duty’ dengan berkesan. Perbincangan bagi mencapai kata putus atau ‘unanimous’ verdict menimbulkan suasana tegang dan pergaduhan mulut apabila masing-masing tidak dapat memberikan kerjasama dengan baik. Di samping itu, sikap berat sebelah akibat masalah lampau juga dapat dilihat dengan jelas oleh penonton dalam filem ini. 12 Angry Men Berjaya mengetengahkan pengajaran penting bahawa setiap manusia berhak dibicarakan dengan teliti, adil dan saksama kerana nyawa itu sangat berharga untuk diambil begitu sahaja. Di samping itu, penekanan tentang kekuatan semangat kendiri/the power of independent will, di mana seorang lelaki mampu menegakkan kebenaran dan menegaskan pandangan dan kepercayaannya walaupun berhadapan dengan 11 orang yang tidak bersetuju dengannya.

Rujukan & bacaan lanjut:

  1. https://www.theguardian.com/law/shortcuts/2013/feb/21/10-things-jurors-need-to-know
  2. http://www.courts.state.hi.us/general_information/jury/jury_service_faqs
  3. http://litigation.findlaw.com/going-to-court/what-is-jury-duty-like.html
  4. http://www.courts.dotag.wa.gov.au/J/jurors_frequently_asked_questions.aspx?uid=2110-6806-2288-7004
  5. https://www.law.cornell.edu/constitution/sixth_amendment

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here