Perang Troy: Legenda Yunani Yang Masyur Sehingga Hari Ini

0
1883
views

Nama seperti Achilles pastinya terus muncul dalam benak kita apabila memperkatakan tentang Perang Troy yang melibatkan antara pakatan-pakatan negara kota Yunani yang diketuai oleh Raja Agememmon melawan Troy yang diketuai oleh Raja Priam. Untuk rekod, Pengepungan Troy dicatatkan dalam epik hebat Illiad yang ditulis oleh Homer.

Epik ini menceritakan tentang pengepungan yang berlaku sekitar 1194 hingga 1184 SM. 10 tahun lamanya… Apa yang menariknya, kita tak akan dapat melihat pengepungan yang berlaku selama seperti mana yang dicatatkan dalam legenda ini melainkan dalam Perang Troy.

Kalau kita membaca epik Illiad, kita mungkin akan mengatakan bahawa punca utama terjadinya perang ini apabila Helen, isteri kepada Raja Menelaus daripada Sparta dirogol oleh anak raja Priam, Helen sebelum dibawa lari ke Troy. Versi yang lainnya pula mengatakan bahawa mereka berdua saling jatuh cinta lalu lari ke Troy.

Walaupun apa yang diperkatakan oleh Epik Illiad, segelintir sejarawan percaya sekiranya perang ini benar-benar terjadi dalam sejarah, pastinya motif utama serangan itu bersifatkan ekonomi. Ini kerana Troy yang lokasinya terletak di Darndenelles membolehkan Troy mengawal perdagangan di antara timur dan barat, daripada Laut Hitam sehinggalah ke Laut Mediterranean. Antara kekayaan yang dimiliki oleh Troy ialah bijiran-bijiran dan besi terbaik di dunia ketika itu, serta tidak lupa juga kayu-kayu berkualiti yang digunakan untuk proses membuat kapal.

Berdasarkan rekod Homer, kononnya setiap negara kota Yunani menyediakan sekurang-kurangnya 1200 buah kapal untuk pengepungan itu berserta dengan jumlah askar yang tidak terkira banyaknya. Pahlawan-pahlawan hebat yang setia bersama dengan pakatan tentera Yunani yang diketuai oleh Agamemnon daripada Mycanae serta Menelaus daripada Sparta serta tidak lupa jeneral hebat seperti Achilles yang terkenal dengan legenda seorang lelaki yang kebal. Kononnya ketika bayi, dia dicelupkan di sebuah Sungai Styx yang menjadikan seluruh tubuhnya kebal kecuali satu bahagian kecil di tumitnya. Maka satu-satunya cara untuk membunuh Achilles ialah dengan menyerang bahagian tumit yang tidak kebal itu.

Bagi pihak Trojan pula, mereka pastinya berbangga dengan kehebatan Hector yang merupakan putera kepada Raja Priam yang selepas ini, akan bertempur dengan gagahnya dengan Achilles yang kebal itu. Pada awalnya, negara pakatan Yunani berpakat mahu melakukan serbuan ke atas pasukan Troy tetapi berhasil dengan kegagalan menyebabkan ianya menjadi sebuah pengepungan ke atas kota Troy.

Namun, seperti yang mana yang diperkatakan oleh Holmes dalam epiknya, kepungan ini tidaklah menghasilkan kejayaan seperti mana yang diharapkan. Sepanjang 10 tahun pengepungan itu, kesan lebih kepada pasukan Yunani.

Namun, apa yang menarik tentang pengepungan ini ialah kisah-kisah mitos dan legenda yang menyelubunginya. Antaranya kononnya pertempuran ini, terjadinya salah faham antara Achilles dengan Agamemnon sehingga membuatkan Achiless membawa askarnya jauh dari medan pertempuran dan ini telah menyebabkan Yunani kalah teruk dalam pertempuran. Diceritakan ketika Achilles memilih untuk tarik diri, Hector telah memimpin bala askar Troy membantai setiap bala askar Yunani sehingga sampai ke pantai. Salah seorang yang terbunuh ketika pertempuran ini ialah sahabat Achilles sendiri iaitu Patrocolus membuatkan Achiless naik amuk lalu menyertai pertempuran laksana seekor singa lapar.

Dikatakan bahawa tiada satu pun ketumbukan askar Troy mampu menghalang amukan daripada Achilles. Bahkan ketika itu, mitos bercerita bahawa dewa-dewi cuba menenangkan Achilles. Bahkan salah satu daripada dewa sungai, Scamander dikatakan naik berang dengan amukan Achilles yang dikatakan telah mengotori sungai dengan mayat-mayat askar Troy. Mujurlah sebelum Troy dihancurkan, Achilles menjumpai dalang disebalik kematian sahabatnya iaitu Hector anak Raja Priam.

Achilles ketika pertarungan secara berdepan antara Hector dan Achilles, mereka berdua bermain ‘kejar mengejar’ di sekeliling Kota Troy selama 3 kali pusingan sehingga memaksa dewi-dewi mereka masuk campur dan memaksa Hector untuk bertarung depan-depan dan berhenti berlari. Terpaksa akur dengan campur tangan itu, maka mereka berdua pun bertempur dengan hebatnya sebelum Achilles sendiri memenangi pertempuran.

Namun, kematian Hector telah menimbulkan kemarahan daripada Raja Priam. Maka dicari pelbagai cara untuk membunuh Achilles. Antara versinya dikatakan bahawa Helen telah memanah tumit kaki Achilles yang tidak dipengaruhi oleh ilmu kebalnya ketika Achilles sedang berjalan-jalan di sekitar kota Troy. Ada pula yang mengatakan bahawa Achilles telah jatuh cinta dengan salah seorang puteri Troy bernama Polyxena ketika penaklukan tersebut lalu Polyxena meminta agar ayahnya menikahkan dengan Achilles.

Ayahnya pula beranggapan inilah detik untuk menjalinkan hubungan keamanan kembali. Namun ketika Polyxena sedang bermesra dengan Achilles di sekitar taman bunga di sekitar Troy, Paris dikatatakan telah bersembunyi di celahan semak lalu menggunakan kesempatan itu untuk memanah tumit Achilles. Kematian Achilles ini memang betul-betul memberikan kesan maksima kepada ketumbukan askar Yunani. Keadaan tentera Yunani ketika itu memang betul-betul terdesak.

Maka ketika inilah munculnya seorang lagi penyelamat Yunani bernama Ulysses yang telah mencipta seekor kuda kayu gergasi. Kuda gergasi itu ditinggalkan di tengah-tengah medan perang sambil di dalamnya ianya mengandungi Ulusses dan pahlawan-pahlawan Yunani. Tentera Yunani yang selebihnya dikatyakan telah berlayar kembali ke negara-negara kota mereka.

Ini meninggalkan gambaran kepada Trojan seolah-olah Yunani telah menyerah kalah dalam pengepungan itu. Kuda kayu itu pula dibawa oleh Trojan ke dalam kota mereka, menyangka bahawa ianya ialah sebuah simbol keagamaan orang Yunani tanpa mereka mengetahui bahawa ianya sebuah helah Yunani. Dicatatkan pada waktu malam, Ulysses dan semua pahlawan Yunani yang berkampung dengan diam dalam kuda kayu itu telah memanjat keluar lalu memberikan isyarat kepada armada kapal Yunani yang berkampung tidak jauh daripada situ lalu membuka pintu masuk ke dalam Troy. Apa lagi, serangan mengejut berlaku dan dikatakan bahawa seluruh Troy dibakar tanpa belas kasihan.

Dikatakan hanya beberapa orang sahaja yang sempat lari daripada bala yang menimpa seluruh Troy salah seorang daripadanya ialah Putera Aeneas yang selepas itu akhirnya mengasaskan sebuah kota berdekatan dengan Itali pada hari ini.

 

Comments

comments

Previous articleSalur Darah Jantung Tersumbat Punca Kematian No 1 Malaysia.
Next articleSejarah Penciptaan Tulisan Hangul Yang Menjadi Kebangaan Bangsa Korea
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here