Bangsa Arab Juga Penakluk Lautan Macam Melayu

0
729
views

Setara dengan peranan pelayar Finiki, rupanya bangsa Arab juga handal di lautan. Ini bukan kisah zaman al-Idrisi, bukan Ibnu Battuta mahupun pelayar-pelayar zaman keemasan Islam tetapi pada zaman Raja Darab Agung, Firaun Necho II, Raja Iskandar Agung dan Dinasti Ptolemy.

Komoditi dagangan Eropah ke Timur Jauh meskipun beredar atas nama korporat-korporat Greek, Rome dan Mesir Purba rupanya diangkut oleh pelayar-pelayar Arab khususnya daripada Bani Nabat (Nabateans). Bangsa ini sangat bijak memonopoli segala jalan perdagangan khas buat pergerakan rempah,gaharu, emas dan perak dari timur terutamanya setelah menewaskan “The Kings Navy” Mesir Purba yang menguasai Laut Merah.

Sejarawan memerhatikan satu trend pada zaman Ptolemy:

“It was the Arab traders , it seems, who traded with India and China during the first one hundred years BC and AD, not the Romans, Greeks, or Egyptians.” – D.Gibson

Mereka juga menguasai Laut Merah dan Teluk Parsi membuatkan pertembungan dan perbauran mereka dengan pelayar-pelayar proto-Zabag(Kedah Tua) tidak dapat dinafikan lagi. Maklum bahawa orang Zabag pernah beraktiviti sehingga ke perairan Afrika Timur, membekalkan besi yang digelar al-Muhannad atau al-Qal’iy ke India dan Tanah Arab dari sana.

Juga, orang-orang Nabati muncul secara tiba-tiba sebagai pelanun dan pelayar hebat di Laut Merah tetapi tidak pula diketahui asal-usul kemahiran itu. Orang-orang Zabag diketahui muncul di Teluk Parsi dan ada jejaknya di Laut Merah zaman firaun-firaun Ptolemy bahkan sebelum itu. Apakah Zabag juga yang menjadi rujukan teknologi maritim mereka seperti apa yang berlaku dalam lipatan sejarah China dan India?

“…around the turn of the millenium, shipbuilders in China started using the sternpost rudder. No one knows who invented this, but shortly after this, Arab shipbuilders adopted this invention onto their Dhows.” – Gibson D.

Sejarawan mengetahui bahawa China hanya berani ke laut lepas pada zaman Tang dengan adaptasi teknologi maritim bangsa Melayu.

Alangkah kembangnya hati ini apabila pengkajian kita mungkin bakal menemui secara konkrit kewujudan legasi bangsa Melayu jauh ke dalam ceruk pergunungan batuan merah yang menempatkan kota Petra. Kota Bani Nabat, keturunan besar Nabi Allah Ismail alaihissalam.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here