Ujian Kebenaran Socrates

0
1992
views

Socrates ahli falsafah ulung Yunani, suatu hari didatangi oleh seorang kenalannya dengan perasaan teruja ingin memberitahunya sesuatu,

“Socrates, tahukah kau apa yang aku dengar mengenai salah seorang muridmu?”

“Tunggu dulu!” Socrates menjawab.

“Sebelum kau meneruskan ceritamu, kau hendaklah melepasi ujian yang mudah ini. Ianya dinamakan Tiga Ujian.”

“Tiga Ujian?”

“Ya betul!” jawabnya.

“Ujian yang pertama, iaitu Kesahihan. Adakah kau benar-benar pasti yang bakal kau beritahu itu adalah sahih?

“Tidak.” jawab kenalannya, “Aku sebenarnya hanya mendengar khabar angin sahaja.”

“Kau sendiri tidak pasti samada ianya benar atau tidak. Sekarang cuba pula ujian yang kedua iaitu Kebaikan. Apakah yang akan kau ceritakan itu mengenai sesuatu kebaikan yang dilakukan oleh muridku?”

“Tidak, malah sebaliknya…”

Socrates menyambung lagi, “Maksudnya, kau hendak menceritakan keburukan muridku sedangkan kau sendiri tidak pasti samada ianya benar atau tidak?” Kenalannya mengangkat bahu dengan rasa malu-malu alah.

“Baiklah, kau masih boleh melepasinya tetapi ada satu lagi ujian yang ketiga iaitu Faedah. Apakah cerita yang hendak kau sampaikan itu memberi faedah kepadaku?

“Tidak juga.”

“Jika berita itu tidak juga Benar atau Baik malah tiada Faedah, mengapa perlu memberitahu kepadaku?”

Kenalannya diam dan tertunduk malu.

-ARAZ-

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here