12 Fakta Menarik Mengenai Panda

0
886
views

1. Nama saintifik panda adalah “ailuropoda melanoleuca” yang bermaksud “binatang hitam putih berkaki kucing”. Ailuro (kucing), poda (kaki), melano (hitam), leuca (putih).

2. Purata ketinggian seekor panda dewasa adalah 1.2 meter sehingga 1.5 meter (4 – 5 kaki). Manakala berat seekor panda dewasa mampu mencecah 136 kilogram. Jangka hayat seekor panda adalah kira-kira 20 tahun sahaja.

3. Panda mengambil masa separuh hari (12 jam) hanya untuk makan sahaja.

4. Seekor panda mampu memanjat pinggiran gunung sehingga ke ketinggian 13,000 kaki.

5. Walaupun panda sering digambarkan sebagai haiwan yang tidak aktif, panda merupakan haiwan yang pandai berenang dan memanjat pokok.

6. Bayi panda yang baru lahir adalah berwarna putih keseluruhannya. Ia akan memperolehi tompokan hitam semasa proses tumbesarannya.

7. Masalah yang sering dihidapi oleh panda adalah kehilangan habitat akibat pertanian dan kehilangan sumber makanan kegemarannya.

8.Panda mempunyai sistem penghadaman haiwan karnivor walaupun panda lebih gemar memakan diet berunsurkan tumbuh-tumbuhan seperti buluh.

9. Panda mempunyai rahang yang kuat, gigi molar yang besar dan ‘ibu jari’ yang digunakan untuk memegang buluh ketika ia hendak makan.

10. Panda tidak menjalani proses hibernasi, sebaliknya ia turun ke kaki bukit untuk mendapatkan suhu sekeliling yang lebih panas ketika musim sejuk.

11. Hanya tinggal kira-kira 1,000 ekor panda yang hidup di hidupan liar manakala hanya terdapat 100 ekor panda yang berada didalam zoo sebagai langkah pemeliharaan. Selamatkan mereka.

12. Admin HE dikenali sebagai PANDA dalam kalangan kami.

(fakta gurauan)

Panda.

#AC

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here