Gambar Terakhir P Ramlee

0
14166
views

Gambar ini di ambil pada hari Isnin 21 Mei 1973 lapan hari sebelum Allahyarham Tan Sri P.RAMLEE meninggal dunia pada waktu subuh hari Selasa 29 Mei 1973.
Sedikit kronologi sebelum P.RAMLEE meninggal dunia yang pernah diceritakan oleh anak kesayangannya Sazali. Menurut Sazali sebelum bapanya meninggal, beliau telah mengadu kepada SALOMA yang beliau sakit dada. SALOMA menawarkan untuk menghantar P.RAMLEE ke hospital tetapi beliau menolak dengan memberi alasan ianya hanya disebabkan oleh angin dalam badan. Lantas P.RAMLEE meminta SALOMA hanya menyapu Tiger Balm di dadanya.

Sekitar jam 5.30 pagi, P.RAMLEE sekali lagi mengadu pada SALOMA yang sakit dadanya telah menyerang kembali. Kali ini lebih sakit dari serangan pertama. Keadaan bertambah panik apabila P.RAMLEE meronta-ronta sambil mengatakan, “i mesti mati, sekejap lagi i mesti mati” kepada SALOMA. P.RAMLEE juga sempat memesan kepada anak-anak beliau yang ada disisi beliau pada ketika itu supaya menjaga SALOMA dengan baik jika ditakdirkan beliau tiada lagi. Setelah beberapa minit P.RAMLEE diam tanpa berkata-apa. Tubuh badanya pun tidak lagi bergerak. SALOMA dan anak-anaknya menjangkakan yang P.RAMLEE hanya pengsan lalu segera menelefon ambulans untuk meminta bantuan.

Apabila sampai di Hospital Kuala Lumpur, P.RAMLEE disahkan oleh doktor telah meninggal dunia. Menurut Nasir, tidak ada bedah siasat dilakukan ke atas jenazah P.RAMLEE. Kami menerimanya dalam keadaan yang sempurna, kata Nasir. Jenazah P.RAMLEE kemudian dibawa pulang ke rumahnya di Jalan Dedap yang pada ketika itu sudah ramai didatangi oleh rakan-rakan dan peminat sejurus mendapat tahu P.RAMLEE meninggal dunia.

Selepas dimandikan jenazah di sembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jalan Ampang. Tetapi tahukan anda bahawa pelakon M.Rajoli yang membacakan Talkin pada hari perkebumian P.RAMLEE, yang pada ketika itu beliau sedang berkhidmat sebagai salah seorang imam di Masjid Jamek Kampung Baru.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here