Zaman Tiga Kerajaan: Epik Teragung Sejarah Tamadun China

0
1579
views
Walllpaer permainan video Romance Of 3 Kingdom. Kredit: IGN dan Koei

Zaman 3 Negara, adalah sebuah zaman di penghujung Dinastii Han. Di mana negara China terpecah menjadi 3 kerajaan yang saling bermusuhan.

Pemberontakan Serban Kuning

Pemberontakan Serban Kuning adalah, pemberontakan besar para petani yang berlaku pada tahun 184. Peristiwa ini juga, menjadi permulaan kisah dari zaman tiga kerajaan.

Pemberontakan ini dipimpin oleh 3 bersaudara, Zhang Jiao, Zhang Bao dan Zhang Liang. Pada awalnya Zhang Jiao hanyalah, seorang pemimpin aliran keagamaan Taipingdao. Seiring dengan bertambahnya pengikut dan pengaruh. Ia kemudiannya merancang, untuk melakukan pemberontakan terhadap pemerintahan yang sedia lemah itu.

Pemberontakkan Serban Kuning (Kredit: Koei) 

Dalam pemberontakan itu, Zhang Jiao memerintahkan supaya pengikutnya untuk mengikat kain kuning  di kepala mereka, (dari keadaan inilah, pemberontakan itu mendapat namanya).

Namun hajat mereka tidak kesampaian, apabila pemberontakan itu digagalkan oleh Jeneral yang masih setia dengan Dinasti Han.

Dong Zhuo Berkuasa

Setelah pemberontakan berjaya di gagalkan. Pada tahun 189 Maharaja Ling meninggal dunia. Konflik mula timbul, antara He Jin dan para sida sida istana. (Perebutan kuasa) He Jin menyokong anak saudaranya Liu Biao untuk diangkat sebagai Maharaja, manakala para sida sida tidak. Namun pada April tahun 189, Liu Biao tetap naik takhta sebagai Maharaja dengan gelaran Maharaja Shao.

Konflik di antara He Jin dan sida sida semakin memburuk. He Jin memerintahkan Dong Zhuo ke  kota Luo Yang, untuk menghukum sida sida istana. Namun malang bagi He Jin, sebelum Dong Zhuo sampai ke istana, dia telah di bunuh oleh komplot sida sida.

Ekoran dari kemelut yang melanda, Dong Zhuo menggunakan peluang  itu, untuk memusnahkan komplot para sida tadi dan merebut kuasa maharaja di bawah aturannya. Dia mula merancang strategi jahat.

Dong Zhuo menghasut Lu Bu, untuk membunuh ayah angkatnya Ding Yuan dan membuatkan Lu Bu bekerja dengannya(mereka berniat jahat). Setelah itu, Maharaja Shao dipaksa turun takhta, dan digantikan dengan adiknya Liu Xie yang di angkat sebagai Maharaja dengan gelaran Maharaja Xian.

Atas faktor tersebut, menyebabkan para penguasa daerah/Jeneral mula memberontak menentang kezaliman Dong Zhuo. Yuan Shao meminpin penguasa daerah/Jeneral yang lain berjaya merampas Gerbang Hu Lao, dan membuatkan Dong Zhuo memindah kan ibukota ke Chang An.

Dan akhirnya pada tahun 192, Wang Yun dan Lu Bu berjaya membunuh Dong Zhuo. Hal ini mengakibatkan pegawai bawahan, Lie Xue dan Guo Si menyerang istana dan membunuh Wang Yun serta menghalau. Lu Bu. Li Xue dan Guo Si meneruskan kembali kezaliman Dong Zhuo.

Berkuasanya Para Penguasa Daerah/ Jeneral

Setelah Dong Zhuo dijatuhkan, Dinasti Han semakin merosot ketana hilang kewibawaan empayar. Kemerosotan dalam pemerintahan, menyebabkan para Gabenor dan penguasa daerah mula memperkuatkan diri sendiri sebagai raja kecil di wilayah takhluk mereka. Hal ini menyebabkan, berlakunya persaingan antara satu wilayah dengan wilayah lain.

Saya senaraikan beberapa penguasa daerah/Jeneral yang terkenal dan kuat pada masa itu. Antaranya ialah:

Yuan Shao, menguasai Jizhou. Utara Sungai Kuning.

Cao Cao, menguasai Yanzhou.

Yuan Shu, menguasai Nan Yang. (Setelah menguasai Empayar, dia mengangkat dirinya sebagai Maharaja)

Gongsun Zan, menguasai Semenajung Liaodong.

Sun Ce, menguasai Yangzhou.

Liu Biao, menguasai Jingzhou.

Ma Teng, menguasai Liangzhou.

Liu Zhang, menguasai Yizhou.

Tao Qian,menguasai Xuzhou. (Menyerahkan kekuasaannya kepada Liu Bei selepas kematiannya).

Zhang Lu, menguasai Han Zhong.

Pertempuran Guan Du Dan Penyatuan Utara

Di antara mereka, kekuatan Cao Cao dan Yuan Shao telah berkembang paling pesat. Hal ini menyebabkan, pertempuran antara mereka tidak dapat dielak.

Cao Cao mengawal Maharaja Xiab, selepas Maharaja terlepas dari kawalan Li Jue dan Guo Si. Kemudiannya Cao Cao bekerjasama dengan Liu Bei, untuk mengalahkan Lu Bu di Xuzhou pada tahun 198. Dalam tahun yang sama, Liu Bei membunuh gabenor Che Zhou ( gabenor yang dilantik Cao Cao untuk mentadbir Xuzhou ) dan akhirnya Liu Bei  mengambilalih kekuasasn di Xuzhou. Pada tahun 199, Yuan Shu berjaya dikalahkan. Dan tahun seterusnya, Cao Cao berjaya mengalahkan Liu Bei pula.

Pada tahun 200, Yuan Shao memulakan wilayah ke selatan. Namun, Cao Cao berjaya membuatkan mereka berundur. Yuan Shao kemudiannya, memimpin sendiri kempen ketenteran nya ke selatan dan menjadikan Yanguan sebagai pangkalan. Cao Cao melakukan gerakan bertahan di Guan Du, ( di sini kekuatan Cao Cao bertambah sedikit berbanding Yuan Shao ). Selama setengah tahun, sehingga akhinya Cao Cao melakukan serangan secara mengejut memusnahkan seluruh persediaan logistik Yuan Shao.

Yuan Shao kemudiannya berundur, dan meninggal dunia kerana sakit di Yejun. Kedua dua anaknya Yuan Tan dan Yuan Shang pula saling bergaduh kerana berebut kan kuasa. Keadaan ini lah menyebabkan Cao Cao dengan cepat dapat menguasai kawasan utara China.

Pertempuran Chibi dan Perseteruan Jingzhou

Pada tahun 208, Cao Cao menggerakan kempen ketenteraan ke Jingzhou. Ketika itu Jingzhou dikuasai Liu Biao. Liu Biao meninggal dunia, sebelum pun Cao Cao tiba. Adik iparnya Cai Mao( berniat ;ahat ), memalsukan surat wasiat Liu Biao hanya untuk mengangkat Liu Cong sebagai pewaris takhta. Pewaris takhta sebenarnya adalah Liu Qi (anak pertama Liu Biao). Liu Cong menyerah kepada Cao Cao, Liu Bei yang pada waktu itu berlindung kepada Liu Biao, melarikan diri ke Jiang Ling.

Lukisan Pertempuran Chi Bi (Kredit: Koei)

Sun Quan mengutuskan penasihatnya Lu Su, melawat Liu Bei untuk bertanyakan keadaannya. Zhuge Liang kemudiannya mewakili Liu Bei, menawarkan perikatan kepada Sun Quan. Perikatan Sun Liu terbentuk, untuk menahan serangan dari Cao Cao. Zhou Yu dan Cheng Pu memimpin tentera Wu, berjaya  menumpaskan dan menghalau 830 000 tentera Cao Cao dengan menggunai strategi api. Pertempuran ini berlaku di daerah Chibi dan dikenali sebagai Pertempuran Tebing Merah.

Setelah Cao Cao dikalahkan, Jingzhou pula menjadi rebutan antara Liu Bei dan Sun Quan.

Hahahaha, sebelum ini mereka berrpakat, sekarang berebut pulak!

Sun Quan mengutus Zhou Yu untuk merampas Jingzhou dari Liu Bei. Namun gagal dek kerana, akal Zhuge Liang dan akhirnya Zhou Yu(Jeneral), meninggal dunia ekoran kecederaan lama nya. Lu Su kemudiannya menggantikannya, memutuskan menghentikan rancangan Zhou Yu serta meminjamkan Jingzhou kepada Liu Bei.

Liu Bei Menduduki Yizhou

Selepas Cao Cao gagal menyerang selatan. Dia mula menggerakan pasukannya ke daerah barat laut, kawasan yang telah dikuasai Ma Teng.

Liciknya Cao Coo. Dia membunuh Ma Teng, selepas berpura pura mengundang Ma Teng ke kota Xuchang. Anak Ma Teng , Ma Chao kemudiannya  melancarkan perang balas dendam, malangnya kalah juga kepada Cao Cao. Pada tahun 212, Cao Cao berjaya menguasai kawasan Barat Laut China.

Zhang Lu yang menguasai Han Zhong merancang untuk menyerang Yizhou, yang telah dikuasai Liu Zhang. Liu Zhang kemudiannya mengundang Liu Bei sebagai rakan sekutu, untuk membantu Yizhou bagi membendung penguasaan kuasa oleh Cao Cao apabila dia berjaya menduduki Han Zhong ( setelah merampas kuasa daripada Zhang Lu ).

Liu Bei berangkat menuju ke Yizhou, meninggalkan Guan Yu sendirian mengawal Jingzhou. Perseteruan Liu Bei dan Liu Zhang berakhir pada tahun 213. Dan akhirnya, dia merebut beberapa tempat strategik di Yizhou. Liu Bei juga memaksa Liu Zhang, menyerahkan daerah Yizhou kepadanya.

Tiga Kerajaan/Negara Terbentuk

Pada tahun 216, Cao Cao mengangkat dirinya sebagai Pangeran Wei. Dua tahun kemudiannya, Liu Bei menyerang Han Zhong( daerah yang dikuasai Cao Cao ). Dan akhirnya, pada tahun 219 Liu Bei juga mengangkat dirinya sebagai Pangeran Han Zhong.

Ironinya, Cao Cao dan Liu Bei seperti berlumba lumba untuk melihat siapa antara mereka paling handal berperang. Namun sifat Liu Bei lebih ” baik ‘.

Pada tahun yang sama, Guan Yu menyerang Cao Cao. Namun begitu ( Lu Meng yang telah menggantikan Lu Su ), berjaya melakukan serangan pantas dari belakang. Guan Yu ditangkap dan di bawa kepada Sun Quan, dek kerana enggan menyerah. Akhirnya dia dihukum mati, bersama anaknya Guan Ping.

Tahun 220 Cao Cao meninggal dunia, mendiang diganti dengan anaknya Cao Pi. Cao Pi memaksa Maharaja Xian, untuk menyerahkan takhta empayar kepadanya. Lalu dia mendirikan Negara Wei, dengan memakai gelaran Maharaja Wen.

Setahun kemudian, kepimpinan empayar Dinasti Han diteruskan oleh Liu Bei.

Liu Bei secara rasminya, mendirikan Negara Shu Han dengan gelaran Maharaja Zhaolie. Sun Quan pula menyerah dan tunduk kepada Wei , lalu   diri nya diangkat menjadi Pangeran Wu oleh Cao Pi.

Pada tahun 221, Liu Bei menyerang Sun Quan atas dasar balas dendam yang dipimpini oleh Guan Yu dengan 1 juta tentera. Namun ianya berjaya di halau undur oleh Lu Xun, yang merupakan menantu kepada Sun Ce. Liu Bei akhirnya meninggal dunia pada tahun 223. Liu Shan  menggantikan ayahnya, sebagai Maharaja dengan gelaran Maharaja Xiaohuai. Selepas Liu Bei meninggal dunia, Sun Quan kembali bersekutu dengan Liu Shan untuk menghalang serangan dari Wei.

Selepas 6  tahun iaitu tahun 229,Sun Quan dengan rasmi nya menjadi Maharaja dengan gelaran Pemerintah Wu   Da. Dengan ini terbentuklah Tiga Negara / Kerajaan Wei, Shu, Wu. Dan tidak akan ada satu pun Negara, dapat menakhluk Negara lain selama tempoh 40 tahun.

Peta Tiga Kerajaan

Runtuhnya Kekuasaan Shu – Han

Selepas kematian Liu Bei, Negara Shu Han melakukan pembesaran wilayah selatan. Wilayah yang telah dikuasai oleh suku Man. Hal ini dilakukan kerana untuk mengurangkan kemungkinan diserang dari belakang, semasa  gerakan menyerang terhadap Wei di utara di lancarkan.

Setelah kawasan Yun Nam ( wilayah yang dikuasai Suku Man ), berjaya di kawal. Di bawah pimpinan Perdana Menteri Zhuge Liang, Shu Han melancar kan 5 kali serangan ke utara, antara tahun 227 sehingga tahun 234. Di mulai dari Tianshui, sehingga ke dataran Wuzhang. Namun begitu, hanya Tianshui sahaja yang berjaya dikuasai Shu – Han.

Pada tahun 234 Zhuge Liang meninggal dunia dalam pertempuran di dataran Wuzhang. Lalu digantikan dengan Jiang Wei, yang meneruskan pengembaraan sebanyak 9 kali ke utara. Namun tidak sekali pun, menghasilkan kemenangan. Liu Shan yang dianggap kurang wibawa dalam kepimpinan, menyerahkan pemerintahan kerajaan kepada sida kesayangannya Huang Hau. Namun begitu Negara Shu – Han semakin melemah. Huang Hau menuduh Jiang Wei mengkhianati negara, disebabkan itu kedudukan Jiang Wei diganti dengan rakannya Yan Yu.

Ekoran daripada konflik dalaman yang berlaku, ianya menyebabkan Wei berjaya menggempur pertahanan Shu – Han di Hanzhong dan menyerang mereka sehingga ke Cheng Du( Ibukota Shu Han ). Akhir nya Liu Shan menyerah kepada Wei, dan Negara Shu Han secara rasmi runtuh pada tahun 263.

Salah seorang anak Liu Shan yang bernama Liu Chen, berusaha meyakinkan ayah nya supaya tidak menyerah. Namun usaha itu gagal, malah dia sendiri enggan menyerah kerana malu. Akibat malu, Liu Chen akhirnya bunuh diri bersama isteri dan anaknya.

Runtuhnya Cao Wei dan Terbinanya Dinasti Jin

Maharaja kedua Negara Wei Cao Rui, sangat percayakan urusan negara di tadbir Cao Zhen dan Sima Yi. Saat Cao Rui meninggal dunia, anaknya Cao Fang yang baru berusia 8 tahun. Penjagaan anak nya, diserahkan kepada Cao Shuang( anak sulung Cao Zhen ) dan Sima Yi. Lantaran itu, Sima Yi memaksa Cao Shuang menyerahkan kuasa ketenteraan kepadanya.

Keluarga Sima jadi semakin berkuasa di Wei. Bah kan Sima Shi( anak pertama Sima Yi ), melucutkan takhta Maharaja Cao Fang dan digantikan dengan  Cao Man( anak Cao Yu ). Cao Man yang melihat Sima Shi sangat berkuasa. Dia kemudiannya membawa pengikutnya, dan berusaha untuk menumpaskan Sima Shi. Namun malang, di pertengahan jalan Maharaja  Cao Man di bunuh Jia Chang( anak Jia Hui ) iaitu orang suruhan Sima Shi.

Selepas kematian Cao Man, maka Cao Huan di angkat sebagai Maharaja. Namun Cao Huan hanyalah Maharaja boneka kepada keluarga Sima. Dan pada tahun 263, Sima Zhao telah berjaya menjatuhkan Negara Shu.

Pada tahun 265 Sima Zhao meninggal dunia, dia digantikan anaknya Sima Yan. Dan pada tahun yang sama, Sima Yan memaksa Maharaja Cao Huan menyerahkan takhta. Lalu berdirilah Dinasti Jin, dan Sima Yan diangkat sebagai Maharaja.

Jatuhnya Sun Wu dan Penyatuan China.

Selepas runtuhnya Negara / Kerajaan Wei dan Shu, hanya Kerajaan Wu sahaja yang masih tetap berdiri. Namun selepas kematian Sun Quan pada tahun 251, Negara Wu mula menunjukan titik awal kepada kejatuhan, apabila ia berdepan dengan krisis kekacauan, dan ditambah pula dengan perlantikan Sun Liang yang masih terlalu muda menggantikan Sun Quan.

Namun begitu, takhta yang di miliki Sun Liang tidak berkekalan, apabila perdana  menteri Wu Sun Chen ( cucu Sun Jing ) mengguling kan takhta Sun Liang dan menggantikan nya dengan Sun Xiu sebagai Pemerintah Wu. Fuh!! Berkuasa sungguh Sun Chen.

Melihat Sun Chen amat berkuasa, ianya membuatkan Sun Xiu tidak senang hati, lalu berpura pura mengundang Sun Chen ke pesta, lantas membunuhnya. Sun Xiu berasa amat sedih atas kejatuhan Negara Shu Han, dan akhirnya pada tahun 264 Sun Xiu meninggal dunia, dan diganti pula dengan Sun Hao.

Konflik Negara Wu semakin parah, apabila Sun Hao menjadi pemerintah yang zalim. Ditambah pula dengan lemahnya kepimpinan, ianya sekali gus membuka peluang ancaman dari luar, dan akhirnya pada tahun 280, dengan hanya satu serangan, Dinasti Jin berjaya menawan Jianye (ibukota Wu, sekarang dikenali Nanjing). Tindakan ini telah menyebabkan Sun Hao tunduk menyerah kepada Dinasti Jin.

Peta Dinasti Jin

Negara China secara rasminya, disatukan oleh Sima Yan, dari Dinasti Jin atau lebih dikenali sebagai Jin Barat oleh Sejarawan. Dinasti ini kekal dan berkuasa, sehingga tahun 420, sebelum China kembali terpecah akibat dari lemahnya pemerintahan dan serangan daripada suku suku nomaden dari utara.

Bacaan Lanjut:

1. Luo Guanzhong. Romance of the Three Kingdoms
2.  Rafe De Crespigny (1991). The Three Kingdoms and Western Jin: A History of China in the Third Century AD
3. Tan Koon San (2014), Dynastic China: An Elemental History. The Other Press
4. Kimberly Besio and Constantine Tung (2007). Three Kingdoms and Chinese Culture. State University of New York Press.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here