Perkhidmatan Kesihatan Di Tanah Suci

0
218
views

Tidak lama lagi musim haji akan menyapa kita, jadi mari kita sama sama berkongsi maklumat yang akan membantu Jemaah haji di di Tanah Suci kelak. Kesihatan merupakan satu faktor penting yang akan membantu Jemaah haji ketika melakukan ibadah untuk memastikan mereka berjaya melakukan dengan sempurna.

Jika kesihatan mereka tidak berada di tahap yang elok, sudah semestinya akan merencatkan sedikit ibadah mereka. Oleh itu, jika kita mengalami masalah kesihatan boleh kita merujuk dengan perkhidmatan klinik maktab di Mekah dan klinik zon di Madinah. Fungsi perkhidmatan klinik ini meliputi aspek aspek seperti:

• Menyambut ketibaan Jemaah haji

• Rawatan pesakit luar

• Rawatan Kecemasan

• Rujukan pesakit ke hospital Tabung Haji

• Menyelaras program pendidikan kesihatan

• Rawatan ke bilik bagi kes kes tertentu

• Pengesahan kematian

• Rujukan pesakit ke Hospital Arab Saudi

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk mendapatkan khidmat rawatan ini sekiranya anda berada di Tanah Suci:

i. Memberitahu Pengurus Maktab/Petugas Muassah/rakan sebilik supaya menghantar anda ke klinik Maktab/Zon yang berhampiran.

ii. Menunggu ketibaan Pasukan Peronda Perubatan datang (Sekiranya masih mampu untuk tunggu) Jika berlaku kecemasan di luar tempat kediaman segera ke Pejabat TH/Klinik Malaysia berhampiran atau hubungi 02-5704433.

iii. Waktu Klinik7.00AM-2.00PM

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here