TaHa@U Peluang Keemasan Untuk Pelajar IPT Yang Memasang Impian Ke Mekah

0
545
views

Tabung Haji (TH) sentiasa berusaha untuk membantu membangunkankan modal insan yang cemerlang dan dinamik. Oleh itu TH telah menubuhkan kelab khas untuk pelajar pelajar IPT iaitu TaHa@U. Kelab ini juga telah dilancarkan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Hj Jamil Khir bin Hj Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri di tapak Kompleks TH Terengganu, Mukim Kuala Nerus.

Penubuhan TaHa@U mempunyai objektifnya yang tersendiri. Antaranya ialah:

• Menanam minat menabung

• Membina generasi kini untuk mengisi kepimpinan masa depan

• Mempelbagaikan program dan aktiviti untuk ahli dan – membangkitkan keinginan menunaikan ibadat haji pada usia muda

• Membina generasi yang prihatin serta dapat memberi sumbangan terhadap kesejahteraan dan kemakmuran ummah serta negara

Sudah semestinya akan ada keistimewaan untuk ahli ahli yang berdaftar dengan TaHa@U ini. Ahli diberi keutamaan dan berpeluang berkhidmat dengan TH melalui:-

• Program Skim Latihan Graduan

• Latihan amali/praktikal• Program sukarelawan

• Semasa musim haji dalam operasi tanah air

• Program mentor mentee antara pelajar universiti dan pelajar sekolah

• Program kemasyarakatan TH / IPT di bawah Kelab TaHa@U

• Menyertai aktiviti kelab seperti sukan dan riadah serta peraduan yang dianjurkan bersama Berita Harian

• Diskaun harga di lebih 200 rangkaian rakan Kelab TaHa di seluruh Malaysia

Borang Pendaftaran juga boleh didapatkan menerusi atas talian dengan klik kepada pautan ini. Link: https://cms-th.s3.amazonaws.com/kelabtahauborang.doc

Selain itu, terdapat juga syarat syarat yang dikenakan jika anda untuk menyertai TaHa@U ini. Syarat-syarat Menjadi Ahli:

• Individu beragama Islam

• Warganegara Malaysia

• Pemastautin tetap

• 17 tahun ke atas dan masih menuntut di IPTA dan IPTS

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here