Timurlane Dan Dinasti Ming

0
1517
views

Tahun 1404, Timūr yang dikenali sebagai Tamerlane di Barat, sang penakluk hebat dalam sejarah Islam. Berjaya menakluki Asia sehingga Syria sampai ke sempadan China dan kini telah bersiap sedia untuk menyerang Maharaja Ming dengan bala tenteranya. Alasannya untuk mencetuskan perang disebabkan oleh cara surat tersebut merujuk beliau yang diterimanya 8 tahun lampau yang di bawa oleh utusan khas bersama dengan pengiringnya seramai 1,500 daripada maharaja pertama dinasti Ming, Hung Wu di awal tahun 1395.

Dalam surat yang sangat provokasi itu, seperti mana menjadi tradisi dasar empayar China memandang rendah akan negara di luar sempadannya, Timūr hanya dianggap seperti seorang pembesar negeri di bawah naungannya dan ketaatannya kepada Hung Wu akan diterima dengan berbesar hati, malah beliau dipelawa mengadap Singgahsana Naga dan diarahkan pula untuk menghantar ufti!

Berasal dari keturunan Mongol, peperangan telah menjadi darah daging kepada nenek moyang Timūr dan jawapan balasnya hanyalah perang terhadap surat yang menghinanya, namun disebabkan kesibukannya berperang untuk menakluki kesultanan Dehli dan Ottoman dan beberapa siri peperangan yang lain, memaksanya menangguhkan dahulu misinya.

Tetapi surat yang diterimanya buat kali kedua daripada Maharaja Hung Wu yang bertanyakan kenapa beliau tidak menghantar ufti sepanjang 7 tahun lalu telah benar-benar membangkitkan kemarahannya. Timūr mengerahkan suku juta tenteranya menuju China. Malangnya, pada 18 Februari 1405 ketika berusia 68 tahun dan sedang mengetuai angkatan tentera menuju China, beliau meninggal dunia di Otrar, kini di Kazakhstan akibat cuaca yang sangat sejuk dan 3,000 batu menuju sempadan China, Singgahsana Naga dinasti Ming kosong akibat kemangkatan Mahajara Hung Wu selang tidak berapa lama surat kedua dihantar dan terjadi pula perbalahan di istana akibat merebutkan tahta.

Takdir Allah SWT telah menentukan tidak berlakunya peperangan yang maha dahsyat daripada dua empayar hebat ini. Jika tidak, sejarah akan mencatatkan kemungkinan besar hampir 20 peratus penduduk dunia ketika itu akan berantakan dengan gelombang malapetaka akibat peperangan itu!

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here