Hari Ini Hari Rabu…

0
7149
views

Dalam Bahasa Melayu nama hari-hari dalam seminggu diambil dari Bahasa Arab: Ahad dari ahad (أحد), Isnin dari ithnayn (اثنين), Selasa dari thalaatha (ثلاثاء), Jumaat dari jum’ah (جمعة). Tapi kenapa Rabu dipanggil rabu bukannya arba’a (أربعاء‎)?

Rabu (رابو) berasal dari dialek orang Yaman. Di Yaman ada Suq ar-Rabu iaitu pasar yang buka pada setiap hari Rabu.

Apa kena mengena Yaman dengan Melayu?

Orang Arab Hadrami dari Hadramaut, Yaman, terutamanya Ba’Alawi (Bani Alawi: golongan sayyid berketurunan Alawi bin Ubaidillah bin Ahmad al-Muhajir dari nasab Rasulullah SAW) adalah ejen pengislaman Nusantara (Alam Melayu).

Wali Songo adalah dari Ba’Alawi. Itu sebabnya kita bermazhab Syafi’i. Ba’Alawi bermazhab Syafi’i dan beritikad dengan akidah Asy’ariyah.

Selain Islam, Arab Hadrami juga memperkenalkan kepada masyarakat Melayu khazanah budaya Yaman seperti zapin. Dari abjad Jawi, amalan tahlil hingga ke takbir raya yang syahdu, semuanya mempunyai asal usul dari budaya Yaman.

Jadi, hanya orang yang jahil dengan sejarah bangsa akan keluarkan kenyataan seperti:

‘Orang Melayu je yang bertakbir berdayu-dayu, tak semangat macam orang Arab’
‘Orang Melayu je yang raya sakan macam ini, orang Arab raya sehari je’
‘Islam orang Melayu banyak sangat campur dengan adat’

Ke-Arab-an nenek moyang orang Melayu adalah ke-Arab-an para ulama dan awliya dari Yaman, memanglah nampak ‘tak macam Arab’ kalau nak dibandingkan dengan Arab Badwi Najdi yang mengawal Haramain sekarang.

Arab Badwi Najdi bukan piawaian ke-Arab-an mahupun ke-Islam-an sesuatu bangsa. FYI, nenek moyang anda mungkin lebih Islamik berbanding anda.

Tahu kenapa baju Melayu berbutang lima? Kenapa atap masjid style lama ada tiga tingkat?

Tahu tak perkataan bernas berasal dari istilah nas (نصّ), petua dari fatwa (فتوى), perlu dari fardu (فرض)? Orang dahulu tak percaya kata-kata seseorang sehingga orang itu cakap ber-nas (Al-Quran dan hadis-hadis).

Orang Melayu dahulu betul-betul menjadikan Islam sebagai al-Din (cara hidup). Dari bahasa, pakaian, makanan, seni bina hingga sastera semua dah sebati dengan Islam.

Orang yang jahil tentang sejarah dan warisan bangsa saja akan condemn budaya Melayu itu ini, terutamanya ‘born again Muslims’.

Fahami, hayati dan hargailah warisan Ahlus Sunnah Wal Jamaah beraliran Syafi’i-Asy’ari yang menjadikan Nusantara bumi yang rahmat dan berkah sejak 1400 tahun yang lalu lagi. Jangan asal Melayu je, condemn.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here