Bayangkan Dunia Tanpa Islam…

0
2180
views

Saya minta anda cuba bayangkan dunia yang kita huni tatkala ini, bebas daripada ajaran agama yang dikenali sebagai ISLAM. Tanpa kehadiran sekumpulan manusia yang dikenali sebagai Muslim.

Yelah, kan. Apa sangatlah sumbangan yang diberikan oleh Muslim dalam perkembangan dunia, betul tak? Manusia tidak lagi perlu mengikuti cara ‘kolot’ orang-orang yang ‘berasal’ dari Timur Tengah ni. Tiada lagi cara hidup ‘kuno’ yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Tiada lagi wujud perilaku ‘gasar’ dalam perbualan dan interaksi. Tiada lagi penggunaan kalimah-kalimah yang pelik-pelik, kan? Tiada lagi amalan-amalan ‘aneh’ yang perlu dilakukan sehari semalam.

Tetapi tahukah anda, UMAT ISLAM merupakan antara penyumbang terbesar dalam perkembangan dunia dari segala segi. Tidak percaya?

1. KOPI (COFFEE)

Seorang pengembala bernama Khalid sedang mengembala seekor kambingnya di wilayah selatan Ethiopia terkejut apabila melihat ternakannya menjadi aktif selepas memakan sebiji beri. Maka beliau pun merebus beri tersebut maka terhasillah kopi pertama di dunia. Eksport kopi telah dilakukan dari Ethiopia ke Yaman dan ke Mekah dan Turki pada kurun ke-15, seterusnya ke Venice pada 1645. Kopi kemudian dibawa ke England pada 1650 oleh seorang warga Turki bernama Pasqua Rosee yang membuka sebuah kedai kopi di Lombard Street. Nama coffee terhasil dari perkataan caffé (Itali), yang mana terhasil dari perkataan kahve (Turki), yang pula berasal dari perkataan qahwa (Arab).

Bayangkan, kalau tidak kerana kopi, dan ilmu Allah, maka tidak terhasilnya artikel ini.

2. CATUR (CHESS)

Satu bentuk permainan papan dimulakan dari India Purba, kemudian dimajukan dan diperbaharui menjadi permainan catur yang kita sekarang kenali oleh warga Parsi. Dari Parsi, permainan ini tersebar ke Barat sehingga ke Eropah, dikenalkan oleh orang Moors dari Sepanyol pada kurun ke-10, dan kemudiannya tersebar ke sebelah Timur, iaitu Jepun. Perkataan Rook berasal dari rukh (Parsi) yang bermaksud ‘chariot’.

Catur dianggap sebagai permainan terbaik sepanjang zaman kerana telah dimainkan berkurun lamanya.

3. MESIN TERBANG DAN PAYUNG TERJUN (FLYING MACHINE AND PARACHUTE)

Seribu tahun sebelum hadirnya adik-beradik Wright, seorang penyair Muslim, ahli astronomi, pemuzik dan jurutera bernama Abbas ibn Firnas telah melakukan beberapa cubaan untuk membina sebuah mesin terbang. Pada 852, beliau telah melompat dari sebuah menara Grand Mosque di Cordoba menggunakan kain rentang dan topang kayu, dengan cubaan untuk menggelongsor di udara. Tetapi cubaannya tidak berhasil, namun kain tersebut menjadi payung terjunnya (yang pertama di dunia) apabila ia membuatkan kelajuan jatuhannya menjadi perlahan. Kemudian pada 875, ketika berumur 70 tahun, beliau berjaya mencipta sebuah mesin menggunakan kain sutera dan bulu helang. Dengan alat ini beliau dapat kekal di udara selama lebih kurang 10 minit namun jatuh ketika sedang mendarat. Ia adalah disebabkan beliau tidak membina ‘ekor’ bagi mengurangkan kelajuan pendaratannya. Sebuah lapangan terbang antarabangsa di Baghdad dan sebuah kawah di Bulan dinamakan sempena namanya.

4. SABUN (SOAP)

Disebabkan tuntutan agama Islam dalam penjagaan kebersihan diri, umat Islam telah berjaya mencipta sabun yang kita gunakan sehingga sekarang. Warga Mesir menggunakan sabun sebagai pembersih badan, manakala warga Rom menggunakannya sebagai minyak rambut. Namun warga Arab mencampurkan minyak sayur dengan sodium hidroksida, dan pewangi iaitu minyak thyme dari pokok Thymus. Perbezaan diantara Pejuang Salib (Crusader) dengan Pejuang Arab adalah bau badan yang sangat busuk. Syampu diperkenalkan ke England oleh seorang Muslim yang membuka Pusat Mandian Mahomed’s Indian Vapour di pesisir Brighton pada 1759. Beliau juga dilantik sebagai ‘Shampooing Surgeon’ untuk King George IV dan William IV.

Kerabat raja pun perlukan seorang umat Islam untuk jaga kebersihan dirinya.

5. PERISAI BESI (METAL ARMOR)

‘Quilting’ adalah satu cara menyulam atau mengikat dua lapisan kain dengan satu lapisan bahan penebat ditengahnya. Ianya tidak pasti sama ada dicipta oleh umat Islam atau diimport ke Tanah Arab dari India atau China. Tetapi ianya terbukti datang dari Tanah Arab apabila Pejuang Salib (Crusader) membawanya dari sana. Ia pertama kali digunapakai oleh Pejuang Saracen (pejuang Muslim dari Sinai) dimana mereka menggunakan jerami untuk menggantikan kepingan besi. Selain dari perlindungan diri, ia juga berkesan sebagai bahan untuk memelihara haba badan (chafing), sehinggakan ianya menjadi salah satu industri di negara beriklim sejuk seperti Britain dan Holland.

6. PEMBEDAHAN (SURGERY)

Abu al-Qasim al-Zahrawi, dalam ensiklopedianya, Al-Tasrif telah menerangkan secara spesifik tentang sesuatu pembedahan bagi setiap satu penyakit. Beliau juga menekankan bahawa setiap perawat perlu memahami ilmu am perubatan, anatomi manusia, dan penulisan ahli falsafah yang berkaitan dengan perubatan. Kebanyakan prosedur perawatan dan alatan pembedahan yang digunakan pada masa kini adalah hasil dari perintisan beliau. Al-Zahrawi juga merupakan orang pertama yang menggunakan benang jahitan catgut untuk jahitan pembedahan dalaman. Catgut stitches adalah benang jahitan yang boleh diserap (absorbable) kedalam tubuh badan tanpa perlu mengeluarkannya. Al-Zahrawi juga adalah orang pertama melakukan prosedur kelahiran bayi menggunakan forsep (forcep delivery) yang mana telah mengurangkan kadar mortaliti (kematian) ibu dan bayi dengan begitu banyak. Beliau juga orang pertama melakukan tonsillectomi (pembuangan tonsil) dengan menggunakan peralatan yang digunakan pada masa kini. Beliau juga merintis penggunaan ubat bius (anaesthesia) bagi mengurangkan kesakitan pesakit semasa pembedahan.

Al-Zahrawi juga mencipta prosedur mastectomi (pembuangan payu dara) bagi pesakit kanser payu dara, yang mana masih lagi dipraktikkan pada zaman ini. Beliau juga menerangkan tentang bagaimana untuk membetulkan alignment kepatahan tulang, prosedur amputasi, dan pemecahan batu karang di pundi kencing. Beliau juga telah mencipta Walcher’s Position (teknik pembukaan ruang pelvic kemasa kelahiran bayi) dan Kocher Method (kaedah yang digunakan dalam shoulder dislocation).

Bayangkan tanpa kewujudan benang catgut tadi, budak yang baru lepas sunat dan ibu-ibu yang baru melakukan kelahiran cesarean kena operate lagi semata-mata nak buka jahitan sahaja.

7. SISTEM NAVIGASI (NAVIGATIONAL DEVICES)

Bukan semua sumbangan umat Islam datangnya dari kaum lelaki, malah ada seorang wanita yang terkenal dalam bidang Astronomi, iaitu Mariam Al-Astrulabi. Beliau telah mencipta satu alat navigasi (lebih kurang sama macam GPS zaman sekarang) iaitu Astrolabe untuk mengenalpasti arah kedudukan Matahari, bintang, menggunakan waktu tempatan dan kedudukan latitud dan longitud sesuatu tempat. Astrolabe dicipta awalnya dari Empayar Greek untuk menyelesaikan masalah astronomi yang mudah, tetapi dimajukan oleh umat Islam kerana kemudahannya dalam membantu mencari arah Kiblat, menentukan waktu azan, waktu Matahari terbit dan Matahari terbenam.

Siapa kata teknologi tidak membantu umat Islam melakukan ibadah? Dan siapa kata wanita tidak boleh menyumbangkan ilmunya dalam perkembangan dunia? Renaissance? Hihi.

8. UNIVERSITI PERTAMA (FIRST UNIVERSITY)

Universiti pertama yang ditubuhkan didunia ini bukanlah Harvard, bukanlah Oxford, dan bukanlah Tayar Ford. Tetapi ianya adalah sebuah universiti gemilang, University of Qarawiyyin di Fes, Morocco. Universiti ini juga dipanggil sebagai Masjid Qarwiyyin. Ianya ditubuhkan oleh seorang wanita Islam iaitu Fatima Muhammad Al-Fihri sebagai wakaf untuk arwah ayahnya. Universiti ini sangat dipandang tinggi sebagai institusi ijazah intelektual major di wilayah Mediterranean sehinggakan Gerbert von Aurillac (Gerber of Auvergne) pun belajar disana! Siapa Gerber of Auvergne ni? Beliau adalah orang yang mengambil konsep nombor ‘0’ dari bahasa Arab dan memperkenalkannya ke Barat. Gerbert von Aurillac ni juga kemudiannya menjadi Pope Sylvester II. Oh ya, seorang ahli falsafah dan pakar perubatan Yahudi juga pernah belajar di sana, iaitu Maimonides.

Sedangkan seorang Pope pun belajar kat Universiti pertama hasil usaha seorang wanita Islam.

9. SENI BINA (ARCHITECTURE)

Koca Mi’mâr Sinân Âğâ atau Mimar Sinan merupakan seorang ketua seni bina dan kejuruteraan sivil Empayar Uthmaniyyah. Beliau pernah berkhidmat untuk Suleiman the Magnificent, Selim II dan Murad III. Beliau telah membina lebih dari 300 struktur besar, contohnya Masjid Suleiman di Istanbul, Jambatan Mehmed Paša Sokolović di Bosnia dan banyak lagi. Reka bentuk Taj Mahal yang dibina oleh Shah Jahan pada empayar Mughal merupakan reka bentuk karya Stari Most. Stari Most merupakan perantis Mimar Sinan, dimana beliau mengambil konsep senibina daripada Mimar Sinan sendiri. Mimar Sinan telah membina sebanyak 94 masjid besar, 57 kolej, 52 masjid kecil, 48 rumah mandi, 22 mausoleum, 8 jambatan, 7 madrasah, 6 aqueducts (saliran air buatan), 3 hospital dan banyak lagi. Antara senibina terkenal adalah Masjid Azapkapi Sokullu di Istanbul, Church of the Assumption di Uzundzhovo, dan Golden Horn di Istanbul hasil kerjasama diantara Mimar Sinan, Leonardo da Vinci dan Michelangelo pada 1502-1505.

10. AHLI SAINS PERTAMA (FIRST SCIENTIST), KAEDAH SAINTIFIK (SCIENTIFIC METHODS), DAN OPTIK (OPTICS)

Ibn al-Haytham pernah dipenjara 10 tahun di Kaherah hanya kerana beliau tidak mahu membina sebuah empangan di Sungai Nil. Ini disebabkan oleh kerana beliau tahu bahawa teknologi pada zamannya tidak dapat memenuhi keperluan dalam membina empangan sungai yang besar itu.

Ibn al-Haytham dikenali sebagai ahli sains (scientist) pertama didunia oleh kerana konsep yang ditubuhkannya merupakan konsep asas sesuatu kajian sains. Ibn al-Haytham merupakan pengkaji yang berbeza dengan pengkaji pada zamannya. Pada zaman Greek Purba, ahli falsafah tidak menggunakan konsep saintifik dalam sains. Mereka percaya bahaya bukti sesuatu fenomena sains akan hadir dengan menggunakan sebab atau dengan perbuatan Tuhan. Namun Ibn al-Haytham merupakan orang pertama yang memperkenalkan kajian sesuatu bukti dalam sains. Konsep ini dikenali sebagai scientific method (kaedah saintifik). Asas bagi setiap kajian saintifik. Tanpa kaedah saintifik, sains pada zaman kini mungkin hanya berdasarkan penaakulan, spekulasi, kepercayaan karut dan mitos-mitos. Zaman sekarang, buku hanya menceritakan tentang saintis Barat dan kajian mereka yang berdasarkan kaedah saintifik. Tapi tak satu pun menceritakan siapa yang mencipta kaedah saintifik itu.

Semasa dipenjara, beliau mula mengkaji tentang cahaya. Ibn al-Haytham telah menulis sebuah buku iaitu The Book Of Optics, dan beliau merupakan orang pertama yang membuktikan bahawa cahaya sebenarnya memasuki kedalam bebola mata sehingga ke hujung bebola mata. Tidak seperti teori Greek Purba yang mendakwa mata manusia mengeluarkan sinaran (rays) dalam sistem penglihatan. Dari itu juga beliau berjaya mencipta kamera pertama, tanpa lensa, iaitu pinhole camera (tetap dipanggil kamera, kan?). Daripada konsep pinhole camera ini barulah ilmu fotografi dibentuk dan barulah kamera dicipta, dan ditambah lensa. Ibn al-Haytham juga mengkaji pembiasan cahaya didalam air atau gelas / kaca, perubahan warna cahaya semasa ufuk. Dari konsep pembiasan ini beliau dapat mengira tahap ketebalan atmosfera Bumi, 1000 tahun sebelum ianya dibuktikan oleh penerbangan angkasa.

Ini adalah diantara sumbangan-sumbangan umat Islam dalam perkembangan dunia.

Ilmu itu milik mereka yang berusaha mencarinya.

-AC-

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here