Saintis Agung Dari Zaman Purba Korea

0
1826
views

Kalau kita bicara tentang saintis-saintis agung dalam sejarah dunia, biasanya akan datang dari dua buah ketamadunan, sama ada Islam ataupun Eropah. Entah kenapa, saintis yang tidak kurang banyak juga yang lahir di ketamadunan milik bangsa China, Korea dan Jepun seperti senyap sahaja. Untuk mengambil insentif itu, maka kami di The Patriots ingin bercerita tentang seorang saintis yang hidup ketika zaman Raja Sejong The Great. Saintis yang cukup saya kagumi.

Saintis ini dikatakan lahir ketika zaman Dinasti Joseon. Bakat hebat itu dikesan oleh Raja Sejong ketika raja itu menghapuskan polisi pemilihan pegawal dan jawatan-jawatan lain kerajaan yang berasaskan keturunan tetapi bakat dan kebolehan. Antara projek Raja Sejong ketika itu yang cukup dikagumi ialah projek yang dinamakan sebagai Hall Of Worthy, yang menempatkan cendekiawan-cendekiawan agung dari seluruh Korea untuk melakukan kajian tentang pelbagai bidang ilmu. Kajian-kajian itu dibiyai oleh Raja Sejong sendiri.

Takdir mencatatkan bahawa seorang anak muda yang miskin dari kasta yang lebih rendah antara manusia bertuah di bawah pemerintahan Raja Sejong yang Agung itu. Lalu bermula dari pemilihan itu, maka saya menyenaraikan di bawah, antara ciptaan hebat Jang Yeong-Sil.

1. Glob Cerekawala – Jang Yeon-Sil dipercayai sebagai pencipta glob cerekawala Korea yang pertama bernama honcheonui yang dibina berdasarkan pengkajiannya pada glob cekerawala yang dimiliki oleh umat Islam dan juga China. Glob cekerawala ini sangat dikagumi ketepatannya, dan ianya bergantung pada roda air untuk ianya berfungsi. Glob cekerawala ini membantu orang Korea membaca bintang dan mengesan kedudukan buruj-buruj tertentu di langit.

Kemuncak pada kejayaan ini, apabila ahli astronomi Korea berjaya menyiapkan sebuah kompilasi kejayaan sains mereka dalam Chijeongsan yang menceritakan tentang penggerakan 7 objek ajaib di angkasa yang Korea rujuk pada lima buah planet yang boleh dilihat dek mata kasar, bulan dan matahari.

2. Jam Air – Raja Sejong memang seorang yang sangat bervisi bagi membangkitkan revolusi dalam ketamadunannya. Diceritakan bahawa suatu hari, Raja Sejong mendengar bahawa di China dan Tamadun Islam, sebuah jam air telah diciptakan dan kerana rasa ingin tahu Raja Sejong itu, maka disuruhnya Jang Yeon-Sil untuk membina jam air versi Korea tersendiri.

Namun percubaan awal Jang Yeon-Sil gagal lalu Jang dihantar oleh Raja Sejong ke China untuk belajar penciptaan jam air itu. Kembalinya Jang dari China, dia terus mencipta Jagyeokru yang kononnya lebih maju daripada yang dimiliki oleh orang Islam dan China.

3. Jam Matahari – Selepas penciptaan Jam Air Jang, namun harganya terlalu mahal kerana kesukaran untuk menghasilkannya membuatkan Jang mencipta alternatif yang lebih murah. Maka bersama dengan kumpulan-kumpulan pengkaji yang lain, maka Jang berjaya mencipta sebuah Jam Matahari yang dinamakannya sebagai Yangbu Ligu.

4. Mesin Pencetakan – Ratusan tahun sebelum Johan Guternberg mencipta mesin percetakannya terlebih awal, Korea terlebih dahulu berbuat demikian dengan Choe-Yun Ui ketika Korea di bawah pemerintahan Dinasti Goryeo sebelum Jang diarahkan oleh Raja Sejong untuk melakukan improvisasi ke atas mesin percetakkan awal Korea. Mesin percetakkan ini dibuat daripada aloi-aloi kuprum-zink dan plumbum-stanium.

Mesin ini dikatakan mampu untuk bekerja dua kali lebih pantas daripada mesin awal yang dicipta oleh Choe Yun Ui dan dikatakan telah dihasilkan sebanyak 6 kali untuk tempoh sekurang-kurannya 370 tahun berikutnya.

5. Alat Penyukat Hujan – Jang juga adalah orang yang bertanggungjawab mencipta alat penyukat hujan bernama cheugugi yang sangat membantu Korea yang ekonominya berasaskan kegiataan argaria atau pertanian terutama kali ketika musim kemarau melanda.

6. Alat Pengairan – Seperti mana yang dimaklumkan di atas, ekonomi Korea berasaskan kegiatan pertanian. Jadi untuk membantu aktiviti pertanian di sana, maka Jang mencipta alat pengairan pertama dalam sejarah dunia yang diberi nama sebagai Supyo.

Kesimpulan

Daripada kisah Jang Yeongsil dan Raja Sejong yang kita belajar di atas, maka kita merumuskan bahawa antara kunci kejayaan kita adalah belajar dari bangs ayang lebih maju, dan dalam masa yang melakukan penambahbaikkan dalam ilmu yang kita belajar. Dalam masa yang sama, kita tidak boleh terlalu memilih untuk mempelajar ilmu dari sesiapa pun, meski dari seorang Yahudi atau pelacur sekalipun.

Jang tidak teragak-agak untuk mengembara ke China dan mengutip mutiara-mutiara ilmu dalam ketamadunan Islam meski berbeza bangsa dan agama, lalu kembali dan mencipta peralatan-peralatan hebat di atas. Seharusnya kita hari ini turut sama mengulangi apa yang telah dicapai oleh Jang.

Comments

comments

Previous articleBetul Ke Bahasa Melayu Ada Tiga Perkataan Jer?
Next articleBayangkan Dunia Tanpa Islam…
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here