Pertempuran Walaja: Khalid Al-Walid Membuktikan Mengapa Beliau Jeneral Islam Agung Dalam Sejarah

0
2785
views

Kita semua tahu, ekpedisi ketenteraan umat Islam memasuki wilayah Parsi adalah bermula ketika era Abu Bakar As-Siddiq sebelum disambung oleh Umar Al-Khattab. Ketika itu, Parsi di perintah oleh Dinasti Sasasnid yang terlebih awal menempah nama mereka dalam sejarah dunia. Yang paling dikenang tentang Dinasti Sasanid ialah tentangperang mereka dengan Byzantine atau Rom Timur yang berakhir dengan keputusan seri apabila kedua-dua empayar ini sama kuat, sama gagah.

Namun apabila tiba-tiba dari tanah gersang Arab, munculnya satu ketumbukan askar yang sangat hebat menggegarkan kedua-dua empayar ini, barulah Sasanid bertemu dengan lawan yang jauh lebih hebat daripadanya. Khalid Al-Walid membuktikan kenapa beliau layak digelar sebagai panglima perang yang paling agung dalam sejarah Islam.

Selepas kebijaksanaan yang tidak tertanding dek kita dalam Pertempuran Rerantai Besi yang pernah saya ceritakan sebagai permulaan kempen Khalid Al-Walid di bumi Parsi, kejayaan Khalid turut diikuti di Pertempuran Sungai di mana dalam pertempuran ini, tentera Parsi yang membawa 30 000 orang kalah di tangan 18 000 askar Parsi milik Khalid Al-Walid.

Tetapi selepas dua pertempuran di atas, kempen Khalid Al-Walid menguasai Parsi diikuti oleh Pertempuran Walaja, yang di mana dalam pertempuran ini, kita menyaksikan formasi Double Envelopment yang dibicara oleh saya dalam dua artikel perang sebelum ini seperti Pertempuran Marathon dan juga Pertempuran Uhud digunakan sekali lagi dalam peperangan, tetapi ditambahbaik sendiri oleh Khalid menurut versi beliau sendiri.

Illustrasi formasi double envelopment

 

Parsi dalam pertempuran ini membawa sekurang-kurangnya 30 ribu orang hingga 50 ribu orang, di samping Khalid Al-Walid ketika itu hanyalah membawa 15 ribu orang askar dalam penerusan kempen menakluk Parsi di bawahnya. Bala askar Parsi ketika itu dipimpin oleh dua orang komander perang iaitu Andarzaghar dan Bahman Jadhuyih. Juga perlu kita ketahui bahawa askar Parsi terdiri daripada mereka yang berjaya selamatkan diri daripada Pertempuran Rerantai Besi dan juga Pertempuran Sungai lalu bergabung dengan ketumbukan askar baru yang digerakkan oleh Maharaja Yazdegerd III di bawah dua jeneral perangnya. Yazdegered III turut memilih Walaja sebagai medan tempur kali ini.

Ketika dalam perjalanan ini, tentera Bahman yang turut diarahkan untuk turun ke Walaja bakal bergabung dengan Andarzaghar. Sepanjang perjalanan jeneral-jeneral perang Yazdegered III ke medan tempur, mereka juga telah berjaya merekruit beberapa puak-puak Arab Kristian di sepanjang perjalanan untuk menghabiskan terus ketumbukan askar yang dimiliki oleh umat Islam ketika itu.

Cabaran Khalid Al-Walid ialah untuk memastikan bahawa kedua-dua pasukan tentera di bawah Andazaghar dan juga Bahman tidak bergabung menjadi sebuah ketumbukan tentera. Jadi, Khalid Al-Walid telah memanfaatkan ejen-ejen rahsia yang dipasangnya di sekitar Walaja untuk menyampaikan khabar berita tentang kehadiran Bahman. Dan sebab kebijaksanaan Khalid itulah beliau sampai beberapa hari sebelum kedatangan Bahman. Jadi Khalid ada satu tugas! Menang pertempuran sebelum Bahman datang mengganas.

Kedua-dua pasukan mempunyai taktikal perang masing-masing di mana Andazaghar merancang untuk memastikan tentera Islam menjadi penat sebelum melancarkan serangan balas. Jumlah tentera yang diramalkan sehingga mencecah 75 ribu orang itu membuatkan Andazaghar mampu untuk menggantikan barisan hadapannya dengan barisan simpanan manakala tentera Islam terpaksa bertempur menggunakan askar yang sama.

Khalid pula mempunyai perancangan yang lain. Beliau menempatkan dua rejimen askar berkuda di belakang rabung gunung yang tidak jauh daripada medan Walaja, dan setiap rejimen mempunyai lebih kurang 2000 ketumbukan askar. Dalam masa yang sama, di medan pertempuran pula, Khalid memilih untuk menguatkan sayap kiri dan kanannya daripada memilih untuk menguatkan bahagian tengah barisan askarnya.

Formasi awal sebelum pertempuran.


Berbalik kepada medan tempur, rancangan yang dibuat oleh Andazghar sebenarnya memberikan kelebihan kepada tentera Islam. Yalah pada awalnya, memang tentera Islam kelihatan seperti tidak mampu untuk menahan tekanan demi tekanan barisan askar Parsi yang sentiasa segar sebab pertukaran askar simpanan dan utama berbanding tentera Islam. Sampailah suatu masa, barisan tengah Islam tidak lagi mampu menahan asakan daripada Parsi. Dan waktu itulah yang ditunggu oleh Khalid.

Khalid memang menunggu saat itu lalu memberi isyarat kepada barisan askar untuk berundur ke belakang, sambil memberi arahan kepada sayap kiri dan kanan untuk terus bertahan. Ini membuatkan formasi lengkungan U wujud dalam medan perang di pihak Islam. Formasi ini juga menimbulkan ruang kosong di bahagian tengah yang terus memandu tentera Parsi mengisi kekosongan itu kerana mahu atau tidak, mereka perlu mengisi kekosongan di tengah untuk terus menggempur tentera Islam di bahagian tengah.

Kalau Double Envelopment versi Pertempuran Marathon yang digerakkan oleh Jenral Militiades ialah apabila tentera Parsi ketika zaman Dinasti Achaemenid ialah apabila tentera Parsi ketika itu memasuki ruang kosong di bahagian tengah yang ditinggalkan oleh tentera Athens, maka barisan sayap kiri dan kanan terus menggempur dari kiri dan kanan pada askar Parsi yang terperangkap di ruang tengah.

Tetapi Khalid Al-Walid membuktikan kepada kita kenapa beliau lebih hebat dan bijak daripada Militiades. Khalid Al-Walid menggunakan faktor geografi yang berada di Walaja untuk menambahkan betapa efektifnya formasi Double Envelopment ini. Khalid menambah perisa dengan menambahkan lagi kepungan, kali ini bukan dari sayap kiri dan kanan sahaja, tetapi dari belakang.

Bila tiba masanya, Khalid memberi isyarat kepada rejimen berkuda yang berlindung di belakang rabung gunung untuk keluar dari tempat persembunyian mereka. Askar Parsi yang ketika itu terperangkap akibat terkepung dek sayap kiri dan kanan tentera Islam menerima kejutan yang lain pula apbila serangan mengejut datang dari belakang sekaligus melengkapkan kepungan tentera Islam dari kiri, kanan dan belakang.

Kedudukan terakhir dalam pertempuran.

Keputusan dari Pertempuran Walaja ini, kita menyaksikan bagaimana 20 000 orang tentera Parsi daripada sekurang-kurangnya 30 000 balas askar Parsi menemui ajal mereka manakala tentera Islam hanya mengalami kehilangan sebanyak 2000 orang.

Comments

comments

Previous articleFalsafah Tassawuf Dalam Ilmu Bedil Orang Melayu
Next articleFriendster: Kisah Gah Lagenda Media Sosial Yang Sudah Mati
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here