Sistem Pendidikan Terbaik Menurut Steve Jobs, Mark Zuckerberg Dan Bill Gates

0
3640
views

Bila sebut aje pasal pendidikan, orang akan petik nama college dropout macam Bill Gates (Microsoft Corporation), Steve Jobs (Apple Inc), dan Mark Zuckerberg (Facebook Inc). Kata mereka, walau kena buang universiti pun tetap boleh berjaya. Dalam konteks Malaysia, SPM 17A pun belum tentu boleh berjaya dalam hidup.

Lepas tu evangelist pun cakap soal rezeki dan takdir. Kemudian puak liberal pun cakap pasal kelemahan sistem pendidikan. Lepas tu masuklah cikgu-cikgu cerita pasal situasi sistem pendidikan Malaysia.

Macam itulah keadaan kita sekarang. Bantai cikgu kata merit cikgu Malaysia ni rendah-rendah. Bantai kerajaan cakap silibus pendidikan Malaysia ni ketinggalan zaman. Bantai pulak sistem sekolah yang membezakan kelas pelajar pandai dengan pelajar kelas hujung. Bantai ibu bapa sekali cakap ibu bapa yang tak prihatin soal pendidikan anak-anak.

Aku malas jawab semua tu. Aku nak cakap definisi pendidikan dan cara menguatkan sistem pendidikan oleh orang-orang yang pernah kena buang universiti tapi boleh berjaya. Tiga orang yang aku sebut atas tu lah iaitu Bill gates, Steve Jobs, dan Mark Zuckerberg. Ketiga-tiga ni tak masuk dengan sistem pendidikan negara mereka. Tanpa sistem yang gomen deme provide, deme boleh berjaya. Jadi ketiga-tiga ni explain macam mana sistem pendidikan Amerika Syarikat patut dilaksana.

Steve Jobs

Menurut Steve Jobs, pelanggan pendidikan ialah masyarakat, majikan, dan ibu bapa. Masalah hari ini, pelanggan lari dari provider. Mereka tak peduli dengan pendidikan. Bila pelanggan lari, jadilah monopoli di mana sekolah akan mengawal semuanya. Monopoli ni tak bagus. Tengoklah Astro tu. Tiba masanya kita perlu beri semula pendidikan kepada pelanggan utama iaitu ibu bapa.

Caranya ialah dengan menggunakan sistem baucer. Kerajaan patut beri sejumlah wang kepada ibu bapa. Bukan beri wang kepada sekolah. Jadi, untuk dapatkan wang, sekolah perlu berusaha dapatkan pelajar. Ibu bapa hanya akan hantar anak ke sekolah yang power.

Contohnya macam ni. Kos pendidikan seorang anak ialah RM20000 setahun. Kerajaan pun bagilah RM20000 kepada aku. Aku kena guna RM20000 tu untuk bayar kepada sekolah tempat anak aku belajar. Dengan cara itu baru sekolah sentiasa upgrade diri mereka. Kalau sekolah tu tak cemerlang, ibu bapa mana nak hantar anak mereka?

Ini kaedah yang Steve Jobs kemukakan. Steve berfikir macam ni sebab dia ahli korporat. Dia percaya pada meritokrasi. Ada keburukannya tapi aku malas cakap. Panjang nanti.

Mark Zuckerberg

Menurut Mark Zuckerberg, pendidikan perlu dilaksana mengikut keselesaan pelajar. Ada pelajar yang lebih selesa belajar guna internet. Ada yang lebih selesa guna video. Ada yang lebih selesa belajar melalui pembacaan. Ini kita sebut sebagai ‘personalized learning’. Kita kena push pelajar untuk belajar mengikut kaedah yang mereka suka.

Contohnya macam ni. Buat 4 kelas. Satu kelas untuk budak yang suka belajar guna video. Satu kelas untuk pelajar yang suka guna internet. Satu kelas lagi untuk pelajar yang suka membaca. Satu lagi untuk yang suka ketiga-tiga cara. Kalau yang suka dengan cara sekarang, tambah lagi satu kelas. Bagus cara ni. Kalau kita belajar ikut cara yang kita suka, memang kita akan nak belajar.

Ada kelemahan? Ada. Kaedah ni akan abaikan sense of exploration. Dalam pendidikan, kita perlukan panduan dan bukannya bantuan. Komputer, video, internet, etc ialah alat bantu. Kita tetap memerlukan manusia.

Tapi memang patutlah kalau Mark Zuckerberg cadangkan kaedah itu pun. Facebook ni pun dia buat sebab dia suka orang berhubung cara online.

Bill Gates

Bill Gates lagi sorang. Mamat ni aku tak berapa berkenan sebab dia macam penjual snake oil. Dia sekarang duk fokus pada kurikulum yang disebut sebagai Common Core.

Cadangan dia senang aje. Buat macam negara China, Korea, dan Jepun. Kena fokus pada subjek kritikal sejak usia awal. Kena upgarde silibus agar bebudak dapat tahu satu-satu ilmu lebih awal dari sekarang.

Macam KSSRdan KSSM yang kita buat sekaranglah. Darjah 3 dah kena pandai buat perpuluhan. Tingkatan satu dah kena tahu pasal kitaran haid. cara ni bagus tapi memerlukan pengorbanan yang besar.

China dah buat dulu. Sekarang ni China kaya raya. Tak ada nak kesian-kesian anak stress ke, anak terbeban ke. Yang penting, di awal usia dah kuasai subjek sukar.

Bill Gates boleh la cakap macam tu. Negara dia besar. Depa ada 74.6 juta pelajar. Kalau 74.6 juta buat, at least 40 juta boleh kuasai. ramai tu 40 juta. 40 juta orang dah cukup untuk memacu ekonomi negara. Baki 34.6 juta tu campak mana?

Okeylah. Itu serba sedikit cadangan sistem yang disukai oleh orang-orang yang kena buang universiti tapi boleh berjaya. Kalau nak tahu lebih lanjut, tengoklah interview mereka dekat Youtube. Taip je personalized education, Bill Gates Common Core, atau Steve Jobs abriged interview.

Nota Editor: Artikel ini dinaikkan selepas mendapat izin pemilik artikel iaitu Mohd Zailee. 

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here