Myspace: Keagungan Dan Kejatuhan

0
4550
views

MySpace adalah media sosial yang diilhamkan oleh sekumpulan pekerja pemasaran Internet, eUniverse pada 2003.

Idea itu lahir daripada Chris DeWolfe, Brad Greenspan, Tom Anderson dan Josh Berman. Mereka melihat perkembangan pesat pada friendster.

eUniverse ada data 20 juta pengguna internet dalam database mereka.

Jadi kenapa mereka tidak mahu menggunakan kelebihan syarikat mereka untuk mewujudkan soc-med sendiri?

>> 10 Hari Dan MySpace

Selepas hanya 10 hari berkumpul menggembleng tenaga dan memerah idea, MySpace dilancarkan.

Pada awalnya, ia hanya digunakan di kalangan pekerja-pekerja eUniverse.

DeWolfe menjadi CEO yang pertama. Manakala legend Tom Anderson (korang mesti kenal) adalah Presiden.

>> MySpace terus berkembang

Selepas berjaya memperbaiki beberapa features ketika digunakan hanya di kalangan pekerja eUniverse.

Myspace dilancarkan ke umum pada Januari 2004.

Asas kepada MySpace adalah konsepnya berbentuk perkongsian hiburan di antara pengguna.

Pengguna juga boleh berinteraksi di antara satu sama lain.

Pada masa ini, mana-mana new users akan automatik terus rakan pertama mereka adalah Tom Anderson. Ingat tak rupa wajahnya di profile?

Tidak sampai sebulan, MySpace sudah ada sejuta pengguna. 11 bulan kemudian mereka ada 5 juta unique visitors.

Menjadikan ia sebagai media sosial yang paling berpotensi di mata pelabur.

Viacom kemudian cuba membida MySpace.

Tetapi yang mengejutkan News Corp menawarkan harga lebih tinggi, iaitu $580 juta.

Pada ketika itu nilai MySpace diletakkan pada paras $327 juta. Jauh tak bezanya dengan bidaan News Corp?

>>No.1 Di dunia

Selepas pegambilalihan itu, MySpace dibangunkan sebagai social media no.1 dunia.

Pada Julai 2006, MySpace menjadi media sosial media paling berpengaruh mengatasi Friendster.

80% daripada trafik media sosial adalah dari MySpace.

Munculnya Facebook menjadi pesaing terbaru MySpace. Facebook berkembang pesat.

Namun kemuncak kepada penggunaan MySpace adalah pada Disember 2008 apabila 76 juta unique users di USA.

MySpace menjadi media sosial yang penting kepada ramai pihak terutama sekali kepda industri muzik.

Ramai artis amateur menjadi profesional kerana platform MySpace.

Untuk artis yang sudah terkenal serta syarikat rakaman mereka menjadikan MySpace sebagai medium penting mengukuhkan lagi publisiti mereka.

Platform MySpace sangat menyokong penstriman muzik. Siap ada button auto music play

Pada sekitar 2007 dan 2008, MySpace hanya memiliki feature seperti laman profile utama, design dan beberapa feature asas.

Pada 2010, MySpace melakukan rombakan pada features mereka. Banyak features baru ditambah termasuk game, muzik, dan video.

>> Fasa penurunan

Ramai berpendapat, apabila De Wolfe meletakkan jawatan sebagai CEO pada April 2009 sebagai titik tolak kepada kejatuhan MySpace.

Segala yang berkaitan dengan MySpace telah merudum.

Perjanjian $900 juta untuk tempoh 3 tahun dengan google juga dikatakan menjadi punca MySpace semakin jatuh.

Akibat perjanjian itu, MySpace semakin banyak iklan dan tumpuan lebih kepada komersil berbanding dengan memberikan kemaskini yang menarik kepada pengguna.

Pengguna merungut kerana loading time yang teruk.

Tidak dinafikan, peningkatan pengguna facebook juga menjadi punca.

Tetapi sebagai ‘otai’ dalam social media, MySpace seharusnya ada pelan mereka tersendiri.

Facebook lebih ringan dan memberikan pengguna lebih kepuasan dalam media sosial.

Pengerusi News Corp merangkap CEO , Rupert Murdoch, kecewa apabila MySpace gagal memenuhi ekspektasi.

Pada June 2011, MySpace dijual kepada Specific media hanya dengan harga $35 juta, kira-kira 6% daripada amaun yang dibayar Murdoch 6 tahun lalu.

Ia seperti bukan ‘lelong’, ia dah seperti harga, dah tak kuasa nak simpan lama-lama.

Rupert Murdoch melabel pembelian MySpace sebagai satu kesilapan besar dalam karier beliau.

Pada September 2015, MySpace yang sebelum ini menjadi no.1 di dunia dan USA telah jatuh ke rangking 1,643 di USA dan 1,913 di dunia.

Myspace terus jauh di hati peminat mereka apabila mereka tidak ada usaha lebih aktif dalam memperbaiki laman tersebut.

Ads dan spam berlambak. Semakin hari orang semakin sukakan rupa bentu minimalis seperti facebook berbanding dengan MySpace yang agak crowded bagi sesetengah orang.

Dahulunya mungkin orang suka kerana zaman remaja belasan tahun. Apabila masuk ke alam lebih tua ramai yang sukakan benda lebih simple dalam media sosial.

MySpace juga sangat longgar ke atas users mereka yang teruk. Ada banyak aduan daripada users tentang beberapa users yang abusive di dalam MySpace namun pihak MySpace buat derk.

Lainlah facebook, aku post pasal raver pun budak raver report tak sampai seminggu setel akaun aku kena.

MySpace yang sebenar boleh dikatakan sudah mati.

MySpace yang ada sekarang ni dimiliki oleh Time Inc. Dan ia bukanlah seperti yang dahulu.

>> Rumusan

Ini adalah contoh apabila anda terlalu memikirkan soal keuntungan dan melupakan kehendak users.

MySpace gagal kerana ramai yang menguruskannya hanya melihat ia tempat letak iklan.

Komplen dan kehendak pengguna tidak dititikberatkan.

Daripada laman sosial yang bernilai $900 juta, ia menjadi laman sosial yang dianggap satu kesilapan oleh Google.

Nota Editor: Artikel ini dinaikkan selepas mendapat izin pemilik artikel iaitu Axello Axel

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here