Bayangkan Salji Turun Di Malaysia…

0
2709
views

Landskap salji di negara-negara bersalji merupakan gula-gula buat mata. Bayangan tanah diputihkan empingan-empingan ais kristal memang jauh lebih indah berbanding permandangan panas terik. Belum dikira sukan melibatkan salji lagi. Tetapi keindahan ini hanyalah atas penglihatan semata-mata. Hakikat sebenar-benarnya, jika negara khatulistiwa seperti Malaysia bersalji, ia adalah malapetaka yang sangat besar. Besar kemungkinan belasan atau puluhan juta rakyat Malaysia akan terkorban pun.

Salah satu contoh yang boleh dibawa ke muka perbincangan ialah kejatuhan matawang ringgit atas pengaruh keruntuhan harga bahan api global. Harga ringgit biasanya terikat antara RM3.00-RM3.30 tetapi pada 22 Februari 2015 menyentuh paras RM3.65 kepada AS$1.00. 10 bulan kemudian, nilai Ringgit telah susut teruk ke RM4.34 atas pengaruh kolektif. Hal sebegini memendapkan keuntungan dalam perdagangan oleh kerana matawang yang lemah.

Jika dilihat senarai pengeksportan negara, minyak sawit ialah bahan penting, bersama petroliam, bahan kimia, produk-produk elektrik dan elektronik. Malaysia adalah pengeluar sektor kelapa sawit kedua paling besar – 19 juta tan minyak kelapa sawit diperah pada 2013 [1]. Pokok berasal Afrika elaeis guineensis ini tidak mampu bertahan perubahan iklim yang begitu radikal.

Jadi, perahan 19 juta tan minyak ini boleh dikatakan ranap. Malah sektor sawit akan terus musnah. Tujuh pengeluar terbesar terletak pada garisan Khatulistiwa [2]. Dijangka 14 juta hektar penanaman kelapa sawit dibariskan pada iklim Khatulistiwa, menghasilkan 56 juta tan pada 2013 sahaja. Ini bermakna, tiada satu pun negara Barat (negara mempunyai iklim salji) membuat perusahaan sektor ini kerana kelapa sawit memerlukan hujan dan iklim panas.

Pertukaran cuaca secara tiba-tiba akan meranapkan penghasilan sawit, lalu mendatangkan impak kepada pengeksportan negara lagi. Apa yang Malaysia akan berdepan bukanlah peristiwa kejatuhan Ringgit. Sebaliknya, matawang negara akan runtuh. Apabila ekonomi mula merudum, rakyat akan menjadi marah kerana kehilangan sumber rezeki. Ketiadaan sumber sawit akan melonjakkan harga pasaran minyak masak sawit, akibat beberapa faktor seperti perhubungan bekalan-permintaan dan eksploitasi. Tidak mengejut jika harga Vesawit 5kg meningkat berkali-kali ganda daripada RM13.35 terkini [3].

Pencarian alternatif pula tidak akan berkesan. Kejatuhan harga ringgit akan menyebabkan pergeseran kepada imbangan perdagangan. Malaysia kini merupakan pengeluar jagung ke-93 dalam dunia, jauh ketinggalan berbanding Amerika Syarikat, China dan Brazil [4]. Penghasilan minyak jagung perlu diasaskan berdasarkan perdagangan. Dan kenaikan permintaan minyak jagung akibat kejatuhan bekalan minyak sawit akan menyebabkan minyak ini pula naik secara mendadak, begitu juga buat minyak-minyak lain seperti bunga matahari, zaitun dan sebagainya. Belum dikira eksploitasi yang sudah jadi sebahagian daripada cara hidup Malaysia.

Selain penghasilan sawit, padi pun tidak mampu lari daripada ancaman persekitaran besar ini. Tetapi impaknya tidak akan menjadi sebesar sawit, kerana Malaysia tiada dalam kalangan 10 pengeksport terbesar dunia dan merupakan pengimport ketujuh terbesar dunia [5]. Pokok betik yang ditanam ketika musim panas akan mati ketika musim luruh, inikan pula musim salji. Dusun-dusun tempatan semestinya akan mengalami kerosakan yang menghilangkan pendapatan kecil-kecilan. Banyak lagi boleh dibincangkan: kemampuan haiwan-haiwan tenusu, seperti lembu dan kambing domestik untuk mengharungi suhu bawah sifar.

Sejauh mana rakyat merana akibat ketiadaan kemampuan perdagangan dan bekalan makanan, sejauh itulah masalah yang berlegar dalam landskap politik negara. Tidak mustahil untuk berlaku rampasan kuasa atas persepsi kerajaan persekutuan tidak cukup kaliber untuk memerangi masalah persekitaran yang berbangkit.

Belum dikira sentimen ultra-fundamentalisme agama yang mengimarahkan murka Allah kepada masyarakat akibat percambahan rasuah, fitnah memfitnah, zina, minum arak dan apa-apa jua keruntuhan akhlak dalam masyarakat sejagat negara. Sedangkan banjir baru-baru ini pun perkara-perkara ini jelas kelihatan.

Golongan kaya negara mampu berhijrah ke negara-negara yang sesuai. Ada pula yang mampu mendapatkan alat pemanasan yang lengkap. Tetapi perkara yang sama tidak dapat dikatakan buat orang-orang kampung Malaysia. Kerajaan sendiri tidak mampu membuat pemberian percuma, akibat keruntuhan pengeksportan dan masalah-masalah berbangkit yang lain. Nelayan-nelayan tempatan pula tidak mampu mengharungi suhu sejuk seketika berlayar mencari nafkah perikanan. Belum dikira jika berlaku migrasi besar-besaran dalam alam lautan, apabila ikan-ikan utama mencari kawasan yang lebih dinamik untuk meneruskan kehidupan.

Salji pula boleh mengganggu sistem pengangkutan awam. Tayar-tayar yang digunakan daripada kenderaan kecil hingga besar, termasuk pesawat-pesawat domestik, terpaksa ditukarkan secara mendadak. Dua tahun lepas, Proton telah membuat sasaran penghasilan sebanyak 2.5juta kereta dalam masa lima tahun [6]. Dalam tahun yang sama, Perodua telah menghasilkan hampir 200,000 kereta [7].

Angka-angka ini sesuai dibuat faktor pembayangan kenderaan-kenderaan yang harus ditukar tayar agar dapat menyesuaikan pemanduan dalam iklim sejuk yang akan melicinkan jalanraya. Tuntutan getah akan memuncak, seketika bekalan pula mengecut akibat suasana yang mengancamkan. Harga-harga tayar akan meningkat mendadak, bersamaan harga-harga bekalan runcit. Disini jelas kenaikan mendadak kos sara hidup, yang akan mengapi-apikan lagi keamanan negara dalam dunia politik.

Jika teori ini diaplikasikan dalam dunia realiti, tidak dinafikan boleh berlaku penganiayaan korperat, iaitu pemasangan tayar yang dikatakan berkemampuan musim sejuk tetapi sebenarnya tidak. Tayar yang berkemampuan musim sejuk pun tidak akan menjanjikan sifar kemalangan. Di Kazakhstan, sebuah lori digilis dua kereta api oleh kerana jalan yang licin pada November lepas [8]. Pemandunya maut ditempat kejadian.

Industri penerbangan pula perlu berjaga-jaga dengan keadaan cuaca semasa musim salji. Bekalan asas seperti elektrik, telefon dan air pun boleh gagal. Negara pula perlu dibekalkan kenderaan snowplow yang banyak. Lebuhraya-lebuhraya utama mesti diselenggara snowplow tanpa henti. Sektor akademik pula akan terjejas apabila sekolah-sekolah tidak dapat dibekalkan alat-alat pemanas. Jika ada, pada hari cuaca buruk terpaksa diberikan pelepasan. Di Amerika Syarikat, sektor akademik membekalkan quota cuti “hari salji”.

Jika cuti ini melebihi quota, ia perlu diganti melalui penundaan cuti umum atau pertambahan masa sekolah [9]. Ini akan mendatangkan impak kepada sektor perguruan pula. Sepertimana yang diketahui, banyak guru sedang menyuarakan rintihan tekanan kerja.

Perhubungan persekitaran bersama persekitaran pula boleh mendatangkan “salji runtuh” (avalanche) apabila berlakunya impak haba kepada salji yang terkumpul di kawasan pergunungan. Salji runtuh pula akan diiringi sejenis angin yang menambahkan lagi potensi bahaya. Bumbung-bumbung perumahan negara pula boleh runtuh kerana salji yang terlalu berat.

Suhu paling rendah di Grodno, Belarus, dicatatkan sebanyak -36.1°C, pada purata 3.2°C. Tashkent pernah merasai suhu serendah -29.5°C semasa musim salji dan 44.6°C ketika musim panas, membuatkan Uzbekistan negara sesuai untuk dijadikan contoh jika senario ngeri ini berlaku di Malaysia.

Di Yakutsk pula, suhu paling rendah menyentuh paras -64.4°C, pada perkadaran purata -14.1°C. Pada tahun lepas, suhu Yakutsk dicatatkan berada pada paras -48°C.

http://s1.postimg.org/42rcku267/1504969_372910862883509_7595852530917992637_n.jpg

Mampukah Malaysia bertahan suhu sebegini? Keindahan Aspen tidak akan menjejaki negara. Antara api dan ais, apa yang akan datang ialah bala begitu dahsyat yang tidak pernah dilihat sejak perpecahan Benua Utama Paleozoic-Mesozoic Pangaea.

— AFDS —

Rujukan:

[1]
http://bepi.mpob.gov.my/index.php/statistics/production/118-production-2013/603-production-of-crude-oil-palm-2013.html

[2] http://greenpalm.org/about-palm-oil/what-is-palm-oil/where-is-palm-oil-grown

[3] http://eshop.tesco.com.my/en-GB/Search/List?searchQuery=palm+oil&Search=Search

[4] http://www.indexmundi.com/agriculture/?commodity=corn

[5] http://in.reuters.com/article/2012/08/08/thailand-rice-factbox-idINL4E8IJ0LI20120808

[6] http://www.thestar.com.my/Story/?file=%2F2013%2F1%2F17%2Fbusiness%2F12581620&sec=business

[7] http://paultan.org/2014/01/16/perodua-achieves-sales-record-2013/

[8] http://www.youtube.com/watch?v=22mplQnkS_Q

[9] http://www.enquirer.com/editions/1999/03/10/loc_snow_may_stretch_out.html

Comments

comments

Previous article3 Fasa Perkembangan Tulisan Jawi
Next articleMyspace: Keagungan Dan Kejatuhan
Meskipun sibuk dengan perniagaan restoran, Ahmad Faezal tetap merupakan pengikut setia astronomi, geologi dan sejarah yang telah menjadi sebahagian daripada minat bervariasi beliau. Beliau juga mengimpikan bahawa dalam masa seratus tahun, bangsa Melayu mampu melibatkan diri dalam bidang aeroangkasa, seiringan dengan bangsa-bangsa lain. Namun, asas kepada kejayaan ini terletak kepada empat huruf utama iaitu ILMU.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here