Kenapa Wanita Jepun Ketawa Sambil Tutup Mulut?

0
3855
views

Semasa saya berada di Tokyo sempena sebuah program lawatyan ketika saya masih dibangku persekolahan dahulu, saya perasaan kebanyakan wanita Jepun akan menutup mulut dengan tangan mereka semasa ketawa. Saya berasa hairan dengan amalan itu lalu saya pun bertanya kepada ibu angkat Jepun saya yang bernama Puan Kanematsu tentang budaya ini.

Menurutnya, menutup mulut dengan tangansemasa berketawa merupakan adab baik yang perlu dipatuh oleh setiap wanita Jepun. Menurutnya lagi, membuka mulut untuk berketawa atau semasa berketawa merupakan adab yang buruk.

Menurut Puan Kanematsu, dia menceritakan bahawa adab ini telah diamalkan berkurun-kurun di kalangan wanita Jepun.

Di dalam sejarah pula, pada Zaman Nara (710-794) di Jepun, satu adat telah diperkenalkan kepada semua wanita Jepun iaitu ohaguro (お歯黒) yang bermaksud “gigi hitam”. Apabila seorang perempuan Jepun menjadi seorang wanita dia dikehendaki untuk menghitamkan giginya supaya dia dapat diiktiraf sebagai seorang wanita.

Namun begitu, pada Zaman Edo (1603-1868), budaya menghitamkan gigi telah menjadi satu kemestian untuk semua wanita yang telah berkahwin. Ini untuk menunjukkan bahawa wanita tersebut telah berkahwin. Selama dua ratus tahun, wanita yang telah berkahwin dikehendaki menghitamkan gigi mereka.

Oleh kerana budaya ini, kebanyakan wanita Jepun tidak berasa selesa dengan gigi hitam kerana berasa malu. Jika mereka ketawa, maka nampaklah gigi hitam mereka. Jadi, ia telah menjadi satu budaya bagi wanita Jepun untuk menutup mulut dengan tangan mereka semasa mereka ketawa. Adat ini telah diwariskan daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya.

Walapun budaya ohaguro tidak diamalkan lagi, wanita Jepun masih lagi mengamalkan budaya menutup mulut dengan tangan mereka semasa ketawa. Mungkin budaya ohagura merupakan penyebab utama budaya wanita Jepun menutup mulut dengan tangan mereka semasa ketawa boleh wujud.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here