Soltis Jun Datang Lagi (Musim Panas Dan Musim Sejuk)

0
1704
views

Pada hari ini iaitu 21 JUN 2017 ,

 

Akan berlakunya satu fenomena yang dipanggil  Solstis Jun .

 

Solstis Jun secara rasminya akan bermula pada :

..

 

 

Bagaimana Solstis Jun berlaku ? .

 

 

Umum mengetahui paksi bumi condong sebanyak 23.5 darjah ketika mengorbit matahari .

 

akibat nya ,

Kedudukan matahari tidak selalu berada pada tempat yang sama jika kita perhatikan setiap hari .

 

kadang kala matahari kelihatan di kawasan sebelah utara .

 

kadang kala matahari kelihatan berada di kawasan sebelah selatan .

 

Dan , ada kalanya matahari kelihatan berada tegak di atas garisan khatulistiwa .

..

 

Untuk fenomena Solstis Jun yang berlaku hari ini , kedudukan matahari kelihatan berada di kawasan sebelah utara .

 

Lebih tepatnya , matahari akan kelihatan tegak di garisan sartan .

Ketika ini , matahari berada paling jauh ke utara dari khatulistiwa .

Kedudukan matahari yang berubah ubah disebabkan putaran bumi pada paksinya

Dalam setahun , fenomena Solstis akan berlaku sebanyak dua kali iaitu pada :

 

– Bulan JUN

– Bulan DISEMBER

..

 

 

Mengikut takrifan astronomi :

 

Ketika solstis bulan jun berlaku ,

ia menandakan :

 

– Permulaan musim panas di hemisfera utara .

– permulaan musim sejuk di hemisfera selatan .

..

 

 

Sebelum bermulanya Solstis Jun ,

 

Kedudukan matahari berada tegak di garisan khatulistiwa iaitu pada bulan Mac .

 

Ketika matahari di khatulistiwa pada bulan mac , berlaku nya fenomena yang dinamakan ekuinoks mac .

 

Hari demi hari ,

matahari akan kelihatan “”bergerak”” sedikit demi sedikit ke arah hemisfera utara dan akan menuju ke garisan sartan .

 

Ketika matahari kelihatan tegak di garisan sartan inilah dinamakan fenomena solstis jun .

secara dasar nya ,

 

solstis pada bulan jun ini menandakan bermulanya perubahan musim daripada ekuinoks musim bunga di hemisfera utara kepada solstis musim panas .

 

Atau ,

 

perubahan musim daripada ekuinoks musim luruh di hemisfera selatan kepada solstis musim sejuk  ..

..

 

Kesan Ketika Solstis Musim Panas

( hemisfera utara ) dan Solstis Musim Sejuk ( hemisfera selatan ) :

 

– Kawasan yang berada di hemisfera utara akan mengalami siang yang lebih panjang serta malam yang singkat .

 

– Kawasan yang berada di hemisfera selatan pula akan mengalami siang yang singkat serta malam yang panjang .

 

– Kutub utara mengalami panjang waktu siang 24 jam dan kutub selatan mengalami panjang waktu malam 24 jam.

 

..

 

Kesan Di Malaysia :

 

– Solstis Jun tidak terlalu memberi kesan yang ketara di Malaysia kerana kedudukan Malaysia terletak berhampiran garisan khatulistiwa .

 

..

 

Kesimpulan nya ,

Fenomena solstis merupakan aturan Allah terhadap alam ini yang berlaku setiap tahun . .

 

Jadi ,

Fenomena ini bukan la sesuatu yang baru bagi golongan yang rajin berfikir serta memerhati kekuasaan Allah terhadap alam ini . .

 

Wallahu A’lam .

 

” Majulah Falak Untuk Ummah “

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here