Teori-Teori Saintifik Dalam Steins;Gate

0
1301
views

Anime ini bergenre sains fiksyen. Lebih dekat dengan fizik, terutamanya berkenaan masa, nak merentas masa. Nak tahu cerita dia, pergi tonton sendiri. Aku suka nak ketengahkan teori-teori yang terdapat dalam anime ini.

 

1. Hukum Termodinamik Ke-2 (2nd Law of Thermodynamics)

Sebelum aku masuk teori-teori yang terkandung dalam anime ini, sukalah aku nak perkenalkan dulu hukum paling power yang mentadbir alam ini, iaitu hukum termodinamik kedua. Dalam bahasa mudah, hukum ini menyatakan alam menuju ketidak-seimbangan. Maksudnya, kita semakin tua, bukan semakin muda. Bangunan semakin rapuh, bukan semakin cantik. Air semakin sejuk, bukan semakin panas. Kita semakin sakit, bukan semakin sihat.

Proses ini semua berlaku tanpa memerlukan apa-apa bantuan tenaga dan proses ini tidak akan berpatah balik. Nak berpatah balik boleh, tapi memerlukan tenaga (mesin). Tetapi penggunaan tenaga ini, akan membuatkan perkara lain menjadi lebih tidak seimbang. Contohnya, ais boleh cair apabila dibiarkan. Tetapi air tak mampu jadi ais bila dibiarkan sebab hukum termodinamik kedua ini. Jadi, kalau nak jadikan air itu beku, kita perlukan tenaga (peti sejuk). Tetapi penggunaan peti sejuk ini akan membuatkan sekeliling peti sejuk menjadi lebih panas.

Hukum inilah yang mewujudkan konsep masa itu ada arah dan arah itu akan terus ke depan dan tak mampu berpatah balik. Macam konsep air dan ais tadi, kita pun boleh reverse masa dengan tenaga, tetapi kita perlu menguasai ruang-masa terlebih dahulu. Kena keluar dari ruang-masa. Dan, malangnya, ruang-masa adalah asas kewujudan kita, kalau kita keluar dari ruang-masa, kita tiada kewujudan. Maka, selamanya kita tak mampu kuasai masa untuk ‘berpatah balik’.

 

2. Lohong Hitam (Black Hole)

Pada awal episod anime ini, kita akan melihat babak di mana Okabe Rintarou melakukan eksperimen ke atas mesin gelombang-mikro dan pisang jadi bahan uji. Pisang yang diuji itu kembali ke tempat asalnya (kembali ke masa lepas), tetapi dalam keadaannya berubah menjadi gel. Boleh dikatakan mesin gelombang-mikro itu adalah ‘mesin masa’ yang direka oleh Okabe.

Selepas itu, mereka didedahkan dengan eksperimen yang dijalankan oleh SERN ke atas beberapa orang individu yang kembali ke masa lepas melalui lohong hitam (black hole), lalu individu-individu tersebut bertukar menjadi gel apabila sampai ke masa lepas.

Menurut Makise Kurisu dalam anime ini, lohong hitam yang direka oleh SERN mempunyai ruang yang sangat sempit dan gravitinya pula terlalu tinggi. Apabila sesuatu objek dipaksa melaluinya, seolah-oleh objek tersebut dihimpit, lalu terhasillah gel tadi.

Okey, lohong hitam cuma ada dua jenis, iaitu Lohong Hitam Kerr, dan lagi satu Lohong Hitam Schwarzschild. Lohong hitam dalam anime ini adalah lohong hitam Kerr. Sebenarnya, aku tak jumpa logik macam mana mesin gelombang-mikro Okabe mampu bertindak seperti lohong hitam.

Lagi satu, aku juga tak nampak bagaimana lohong hitam mampu menjadi mekanisma untuk berpatah balik ke masa lepas. Tetapi, lohong hitam boleh membawa kita ke masa depan sebabnya lohong hitam mempunyai graviti yang sangat tinggi, maka masa akan bergerak lebih perlahan. Apabila kita duduk di lohong hitam dalam tempoh masa tertentu, kita akan dapati sekeliling kita akan bergerak dengan lebih laju, lantas kita akan terus ke masa depan.

 

3. Lubang Cacing (Wormhole)

Babak lubang cacaing tidak didedahkan dalam anime ini, tetapi saintis muda Makise Kurisu pernah menyebut tentang perkara ini. Namun, lubang cacing yang disebut olehnya berkisar tentang masa juga. Secara realitinya, lubang cacing tak mampu membawa kita ke mana-mana untuk merentasi masa kecuali ruang.

Meskipun jika suatu hari nanti kita mampu membina roket yang mampu mencapai kelajuan cahaya untuk mengembara jauh di angkasa raya, kita masih tidak mampu merentas ke seluruh galaksi bima sakti sebab terlalu luasnya galaksi itu. Tetapi lubang cacaing mampu menjadi jalan pintas perjalanan kita. Ia lebih kurang macam pintu Doaremon itulah.

 

4. Teleportasi Kuantum (Quantum Teleportation)

Seterusnya kita akan melihat babak-babak di mana Okabe dan rakan-rakan cuba menghantar informasi (mesej) ke masa lepas untuk mengubah masa lepas. Okey sebelum itu, nak maklumkan hukum termodinamik kedua pernah ‘broken’ (dinafikan) pada peringkat kuantum, tetapi hanya dalam tempoh masa dua saat, tanpa bantuan sebarang tenaga. Lebih daripada itu, ia kembali mengikuti hukum tersebut.

Teleportasi kuantum secara analoginya macam kau teleport diri kau ke tempat lain dengan beberapa buah kaedah. Pertamanya, diri kau akan diceraikan menjadi atom-atom, selepas itu atom-atom tersebut akan bercantum semula ke destinasi. Tetapi secara logiknya, kau perlu ‘mati’ dulu untuk hidup semula ke tempat lain. Cara kedua pula, cuma perlu hantar ‘informasi’ (quantum state) diri kau, lalu mesin teleportasi itu sendiri akan menghasilkan diri kau yang baru di destinasi yang baru dengan menggunakan ‘informasi’ tersebut.

Cumanya, ia mungkin jadi persoalan, adakah diri kita yang baru itu adalah diri kita yang asal? Mengikut teorem kuantum, ia melarang sebarang bentuk pengklonan (cloning). Maka, diri kita yang baru bukanlah diri kita yang original. Dan lebih mengejutkan, diri kita akan ada dua orang dalam satu masa. Satu di tempat asal, satu lagi di destinasi. Tambahan lagi, sistem otak masih sukar untuk difahami.

Berhubung dengan anime tersebut, Okabe cuba menghantar informasi-informasi tersebut ke masa lepas dengan konsep teleportasi kuantum. Teleportasi tersebut bukanlah berpindah tempat, tetapi berpindah masa, iaitu ke masa lepas. Secara teorinya, hal ini boleh berlaku sebab informasi (data) merupakan objek kuantum yang mampu menafikan hukum termodinamik kedua untuk tempoh masa yang singkat, lalu ia boleh kembali ke masa lepas.

Dalam babak-babak kemuncak, kita akan lihat Okabe beberapa kali melalukan lompatan ke masa lepas untuk menyelamatkan kawannya, Mayuri. Secara teorinya, Okabe tidak menghantar dirinya ke masa lepas. Tetapi dia menghantar memorinya ke diri masa lepas sama seperti dia menghantar mesej itu tadi.

 

5. Teori Kekacauan dan Kesan Rama-rama

Ketika Okabe cuba menghantar mesej ke masa lepas untuk mengubah peristiwa-peristiwa tertentu telah mengakibatkan berlakunya gelombang kekacauan yang mengakibatkan sekeliling dunianya berubah. Walaupun perubahan yang dilakukan hanyalah kecil, tetapi ia memberikan kesan yang cukup besar. Kesan ini dipanggil sebagai kesan rama-rama (Butterfly Effect).

Terdapat satu kata-kata berkenaan kesan ini iaitu, “Sekecil-kecil kibaran sayap rama-rama mampu menghasilkan taufan di sebahagian dunia.”

Konsep ini sebenarnya adalah asas matematik yang diaplikasikan dalam banyak disiplin untuk meramalkan sesuatu, contohnya macam kaji cuaca. Dalam anime tersebut, perubahan kecil mampu mengakibatkan hal yang besar dan serius.

 

6. Multiversiti

Konsep Multiverse asalnya bermula daripada eksperimen celah ganda dua (double slit) untuk menguji sifat cahaya, sama ada ia bersifat zarah ataupun gelombang. Aku rasa, kalau aku terangkan pasal eksperimen tersebut, korang tak akan faham. Cuma secara analoginya, teori multiverse ini menyatakan, apabila kita mempunyai pilihan, ia akan menghasilkan dunia yang baru. Contohnya, kalau kita mempunyai pilihan sama ada untuk memilih baju biru ataupun merah, dan secara realitinya kita memilih baju biru, dimensi (dunia) baru akan tercipta di mana kita memilih baju merah.

Dalam anime ini Okabe mencipta dunia dan garis-masa (timeline) baru dengan mengubah masa lepas. Yang menariknya, garis-masa dalam anime ini cuma ada dua saja, iaitu alpha dan beta. Dan dalam alpha dan beta ada sub-garis-masa (sub-timeline). Konsep sub-garis-masa ini adalah, sub-garis-masa yang diduduki oleh Okabe adalah garis-masa yang ada kewujudan. Sub-garis-masa yang lain akan musnah. Tetapi apabila dibuat garis masa, kita akan dapati sub-garis-masa itu semua akan menuju ke satu destinasi yang sama cuma melalui jalan-jalan yang berbeza.

Dalam anime ini, destinasi Mayuri adalah akan mati dalam satu tempoh masa tertentu. Okabe cuba menyelamatkan Mayuri, tetapi dia tetap mati cuma dengan cara berbeza. Cara berbeza ini adalah pelbagai sub-garis-masa yang wujud. Untuk melihat Mayuri hidup, Okabe perlu merentasi dimensi beta, di mana di garis-masa tersebut destinasi Mayuri adalah hidup.

Aku rasa itu saja.

– Zamir Mohyedin –

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here