Guan Yu – Panglima Perang Yang Tidak Terkalahkan

0
2196
views

Guan Yu (Bahasa Cina: 关羽), adalah seorang pahlawan yang sangat hebat dan dikagumi. Kisah Guan Yu sehingga hari ini, menimbulkan rasa kekaguman yang tidak berbelah bagi akan kewujudan figura yang hari ini disembah sejak zaman Dinasti Sui sebagai Tuhan dan Dewa oleh pelbagai agama dan kepercayaan di cina seperti ajaran pagan Cina, Confucian, Taosime dan Buddha.

Namun, sejarah Guan Yu sehingga diidolakan oleh rakyat cina bukanlah sebuah kisah yang mudah untuk dihadamkan, pelbagai sejarah yang terpaksa dihadapi oleh Guan Yu dalam memperoleh penghormatan yang sedemikian rupa dalam sejarah. Rekod-rekod sejarah seperti di bawah menceritakan mengenai siapakah Guan Yu kepada kita.

Pahlawan yang telah bersama-sama dengan Liu Bei dan Zhang Fei bersumpah agar sentias abersama sebagai adik beradik tidak sedarah ini menyaksikan kepada kita sebuah kisah yang dimulakan di Ladang Peach, taat setia sumpah yang membawa kepada sebuah persahabatan. Kematian Guan Yu adalah di tangan Sun Quan apabila kekalahan teruk Shu di tangan Wu sehingga menghilangkan wilayah Shu hampir 1/3.

1. Ketika di Pertempuran Sishui, dunia menyaksikan bagaimana buat pertama kalinya Guan Yu menempah namanya dalam sejarah dunia apabila berjaya menyewaskan Hua Xiong, seorang jeneral tentera yang berkhidmat di bawah Lu Bu dan antara jeneral perang Lu Bu yang boleh dikatakan setaraf dan hampir sekuat Lu Bu sendiri.

Diceritakan bahawa ketika di Pertempuran Sishui, Pakatan Guangdong yang didirikan oleh warlord-warlord seluruh China melawan kejahatan Dong Zhuo dan ketiraniannya hampir sahaja dimalukan oleh Huang Xiong apabila seorang demi seorang jeneral perang mereka di bawah warlord berbeza dikalahkan oleh Hua Xiong.

Maka diceritakan bahawa Guan Yu, yang ketika itu hanyalah berpangkat rendah di bawah Liu Bei, telah sukarela mencabar Hua Xiong. Kata Guan Yu ketika itu, kalau dia tidak mampu mengambil kepala Hua Xiong, maka dia sedia mati. Menakjubkan… jeneral perang yang telah menewaskan hampir belasan jeneral perang yang lain mati di tangan Guang Yu.

2. Lu Bu, seorang pahlawan terhebat dalam sejarah China, dikatakan setaraf dengan beberapa orang jeneral perang lain dalam sejarah China dan dunia yang memang hebat, hampir sahaja memalukan pakatan Guang Dong dalam Pertempuran Di Benteng Hulao.

Seperti Hua Xiong, Lu Bu telah mencabar seorang demi seorang jeneral Pakatan Guang Dong untuk berdepan satu lawan satu dengannya, dan semuanya berjaya ditewaskan oleh Lu Bu sendiri. Hampir belasan semuanya dan semuanya tewas di tangan Lu Bu.

Kemudian, sahabat Guan Yu iaitu Zhang Fei mencabar Lu Bu, dan pertempuran itu berlanjutan sehingga ke serangan ke 50 dan kemudian Guan Yu menyertai Zhang Fei bertempur dengan Lu Bu, sehinggalah disertai oleh Liu Bei dan tiga orang ini saling bertempur sehinggalah pada satu saat, Lu Bu akhirnya menyerah dan sempat lari dari medan pertempuran.

3. Ketika di Pertempuran Boma dan Kubu Yan, diceritakan bahawa Guan Yu yang ketika itu berkhidmat di bawah Cao Cao kerana menyangka rakannya Liu Bei yang kalah perang dengan Cao Cao mati kemudiannya telah mencatatkan sebuah lagi kejayaan.

Diceritakan bahawa Yan Liang dan Wen Chou, dua harimau yang telah berkhidmat di bawah Yuan Shao, musuh Cao Cao ketika itu untuk mencabar semua pahlawan terbaik yang dimiliki oleh Cao Cao. Tetapi semuanya tewas, dan tidak mampu untuk bertempur dengan dua orang jeneral perang hebat ini sehinggalah dtaangnya Guan Yu sendiri yang bertempur dengan dua orang jeneral perang ini serentak. Ajaibnya, Guan Yu mampu memenangi pertarungan dengan dua orang harimau Yuan Shao sekaligus membantu Cao Cao untuk mengalahkan Yuan Shao dalam peperangan.

4. Antara kisah lagenda melibatkan Guan Yu bagaimana ketika berita mengenai Liu Bei dan sahabatnya Zhang fei masih hidup menyebabkan Guan Yu berpaling tadah daripada Cao Cao dan mahu mencari Liu Bei sambil membawa isteri Liu Bei.

Cao Cao yang pada asalnya meretsui tidnakan Guan Yu kembali ke sahabatntya Liu Bei kemudian bertukar arah dan mengarahkan setiap jeneral yang berjaga-jaga di lima buah banteng yang perlu dilalui oleh Guan Yu untuk membunuh Guan Yu kalau berjumpa dnegannya.

Perjalanan Guan Yu ini sangat epik ditelusuruinya apabila seorang diri sambil menjaga isteri sahabatnya, Guan Yu terpaksa berdepan dengan sekurang-kurangnya 2000 orang askar di setiap banteng bersama seorang jeenral perang yang sangat hebat. Dan ajaibnya, Guan Yu berjaya melepasi kesemua halangan tersebut.

5. Ketika dijemput oleh Kerajaan Wu untuk menghadiri jamuan yang sebenarnya dibuat untuk membunuh Guan Yu, berbekalkan sebuah senjata yang membentuk sebuah mata pisau sebesar lengan manusia yang diikat pada sebatang kayu, Guan Yu menghadiri jamuan itu seorang diri sambil diapit oleh pahlawan-pahlawan hebat Kerajaan Wu tanpa gentar.

Guan Yu mengetahuinya lalu berjaya keluar hidup-hidup apabila berjaya menangkap strategis hebat kerajaan Wu iaitu Lu Su, sehingga dia berjaya jauh daripada kem Wu lalu melepaskan Lu Su untuk kembali.

6. Semasa Pertempuran Fancheng, Guan Yu telah cedera di lengan oleh busur anak panah yang disalut dengan racun. Hanya kemudian, seorang doktor terkenal bernama Hua Tuo datang ke kem Guan Yu dan menawarkan untuk menyembuhkan lengan Guan ini. Hua Tuo mengesahkan bahawa racun itu telah meresap melalui daging ke dalam tulang dan dia perlu melakukan pembedahan pada lengan Guan Yu.

Dia juga memberitahu bahawa Guan Yu Guan mesti ditutup mata dan tangannya perlu berada di sebuah tempat ketika pembedahan di jalakankan, tetapi Guan Yu memberitahu Hua Tuo ianya terlalu menyusahkan dan mahukan Huo Tuo melakukan pembedahan di dalam biliknya yang kebetulan dihadiri oleh Ma Liang. Hua Tuo membelah daging pada lengan Huan Yu sehingga mendedahkan tulang, kemudian membuang racun pada tulang dan dijahit luka.

Hebatnya. Guan Yu langsung tidak menunjukkan sebarang tanda sakit dan terus bermain dengan Weiqi dengan Ma Liang semasa pembedahan. Beliau mengucapkan terima kasih Hua Tuo untuk penyembuhan tangannya dan mahu memberi ganjaran kepada doktor tetapi Hua Tuo menolak.

Comments

comments

Previous articleSantapan Terakhir Penghuni Titanic
Next articleJejak-Jejak Tamadun Melayu Dan Nusantara Di Bumi Afrika
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here