Kenali Kelab Taha

0
487
views

Pada Tahun 2008, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi telah melancarkan Kelab TaHa yang disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu. Penubuhan kelab ini adalah untuk penabung muda yang berumur dari umur 7-17 tahun.
Kelab ini adalah bertujuan untuk menanam sikap dan minat menabung sejak di bangku sekolah lagi. Selain itu, ianya turut ditubuhkan bagi memberi manfaat kepada ahli kelab dengan penganjuran program program khas seperti Seminar Bimbingan Peperiksaan, Kem Ibadah dan sebagainya.

Objektif lain ialah untuk mempelbagaikan program dan aktiviti untuk pendeposit muda dan sekaligus membangkitkan semangat dan keterujaan menyahut laungan Kaabah di usia muda.
Ini adalah keistimewaan jika menyertai Kelab TaHa ini.
– Kad keahlian secara percuma

– Potongan harga di lebih 300 rangkaian rakan Kelab TaHa di seluruh Malaysia

– Potongan 15% harga penginapan di mana-mana Rangkaian TAHA

– Layak dipertimbangkan untuk Anugerah Kecemerlangan kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM.

– Penyertaan Klinik Bimbingan Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM secara percuma.

– Peluang menyertai peraduan dan memenangi hadiah yang menarik.

Ini adalah link untuk dapatkan Borang Pendaftar jika berminat.
(Link: goo.gl/FqS)

Syarat-syarat Menjadi Ahli :

– Individu beragama Islam
– Warganegara Malaysia
– Permastautin tetap
– Berumur 7 hingga 17 tahun
– Telah mempunyai akaun TH, jika belum boleh membuka akaun TH serendah RM2
– Mendaftar sebagai Ahli Kelab TaHa dengan mengisi borang yang boleh diperolehi dengan cara-cara berikut :

1) Laman Web Rasmi TH
2) Semua pejabat TH
3) Muat turun borang pendaftaran

Antara aktiviti bersama Kelab TaHa:

– Anugerah Kecemerlangan Kelab TaHa

– Majlis tahunan yang dianjurkan oleh Kelab TaHa sebagai
penghargaan TH dan motivasi kepada Ahli Kelab TaHa yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR-5A, PT3-8A, SPM/SPMV-9A.

– Seminar Bimbingan Peperiksaan(Merupakan aktiviti yang ditaja dan dibiayai sepenuhnya oleh TH diberi secara percuma kepada ahli Kelab TaHa).

– Persediaan kepada Ahli Kelab TaHa untuk menghadapi peperiksaan (UPSR, PT3, SPM)

– Dijalankan di seluruh negeri

– Kem Bijak: Memberi pendedahan, bertukar pandangan / pengalaman sesama peserta, meningkatkan kemahiran berpasukan, meningkatkan keyakinan diri dan memotivasikan diri
Selain itu, dapat mengumpulkan Ahli Kelab TaHa dari pelbagai tempat dan menjalankan aktiviti bersama-sama

– English Camp: Bertujuan untuk memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar sekolah, agar mereka lebih berkeyakinan apabila berkomunikasi dan bersedia untuk menghadapi dunia luar yang semakin mencabar.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here