Tabung Haji Dan Pelaburannya Dalam Felda Gloval Ventures

0
264
views

 

Isu ini mungkin agak lewat untuk diulas, tetapi ia tidak salah untuk diulas sekali lagi untuk dijadikan pedoman oleh kita. Isunya ialah berkaitan dengan pelaburan Tabung Haji dua tahun yang lepas. Berkaitan itu, terdapat beberapa tuduhan dilemparkan kepada Tabung Haji, antara yang menarik perhatian ialah Tabung Haji telah rugi dalam amoun yang besar iaitu hampir RM 1 Billion. Isunya berkaitan pelaburan Tabung Haji ke dalam saham yang dimiliki Felda Global Ventures (FGV). Tuduhan tersebut disertakan dengan pakej supaya Tabung Haji melepaskan pegangan saham tersebut.

Ini adalah analisis amatur yang telah dibuat mengenai isu ini. Pertama sekali, setiap tahun Tabung Haji akan menanggung subsidi berjumlah RM 160 Juta untuk menghantar setiap 20 000 jemaah haji. Semestinya Tabung Haji perlu melakukan sesuatu untuk menampung kos subsidi dan juga kos pengurusan.

Jadi Tabung Haji akan melakukan pelaburan pelaburan tertentu. Wang para pelabur yang melabur di Tabung Haji akan digunakan Tabung Haji untuk melabur pada sektor sektor yang boleh membawa keuntungan seperti hartanah, ekuiti, pendapatan tetap dan tunai. Sebagai tanda penghargaan, dividen juga akan diberikan kepada pelabur pelabur ini. Secara tidak langsung, dana Tabung Haji juga akan bertambah.

Kita boleh ambil contoh untuk sektor hartanah, Tabung Haji akan menggalakkan penyertaan bumiputera di dalamnya. Tabung Haji juga cuba memastikan bahawa kaum Bumiputera masih mempunyai pegangan mereka di bandar Kuala Lumpur ini. Antara aset aset yang dimiliki Tabung Haji di bandar Kuala Lumpur ini ialah Platinum Park, TH Selborn, KL Sentral dan TH Perdana Maju Junction. Mengikut rekod, 40 tahun awal penubuhan, Tabung Haji hanya mampu memiliki aset sebanyak RM 13.3 billion sahaja. Hasil dari pengurusan dan pelaburan yang konsisten dan bagus, dana yang dimiliki mereka pada tahun 2016 dianggarkan RM 65 Billion dan jumlah penyimpan yang melebihi RM 10 000 juga adalah sekitar 100 000 orang.

Berbalik kepada isu yang dimainkan, salah satu pelaburan Tabung Haji ialah di dalam anak syarikat iaitu FGV. Mereka menggesa Tabung Haji melepaskan saham di dalam FGV kerana harga saham yang dimiliki FGV ketika itu sedang jatuh. Punca kejatuhan saham FGV adalah disebabkan pasaran komoditi sawit yang jatuh menjunam. Selain itum FGV juga merupakan pengeluar sawit terbesar dunia jadi mereka menerima impak yang paling maksima. Saham FGV pada asalnya berharga 4.55 sen jatuh sehingga 1.70 sen. Penurunan kadar mata wang kita juga mengakibatkan penurunan saham FGV, tetapi masalah ekonomi ini juga banyak melanda negara negara lain.

Maka ia bukanlah kesalahan Tabung Haji secara total kerana terdapat banyak faktor yang mempengaruhi. Lagipun seperti mana yang diperkatakan oleh Tan Sri Ismee Ismail, iaitu Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tabung Haji bahawa walaupun Tabung Haji memiliki tadbir urus yang baik, dalam kita melaksanakan pelaburan, kita perlu terima realiti untung, rugi dan balik modal. Kalau tak sanggup berdepan dengan ketiga-tiga ini, jangan ceburi bidang perniagaan.
Dalam masa yang sama, kita harus tahu bahawa proses yang melingkari Tabung Haji untuk mereka memuktamadkan pelaburan adalah berperingkat dan mengalami tapisan yang sangat ketat. Cadangan pelaburan akan dikemukakan oleh Jabatan Pelaburan/Jabatan Kewangan Korporat Dan Perkhidmatan dalam Tabung Haji. Cadangan ini juga akan dinilai oleh Pengurusan Risiko. Melalui mereka, cadangan ini akan dibawa kepada Jawatankuasa Penilaian Portfolio. Selepas melepasi tahan Jawatankuasa Penilaian Portfolio, cadangan ini akan dibawa ke Panel Pelaburan sebelum sampai ke Lembaga Pengarah. Lembaga Pengarah akan dinasihati oleh Jawatankuasa Pengurusan Risiko sebelum mendapat kelulusan oleh Yang Berhormat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Setiap proses ini sangat teliti dan setiap cadangan yang dikemukakan haruslah 0% untuk risiko rugi. Walaupun itu kelihatan mustahil. Tabung Haji adalah satu-satunya organisasi dalam negara yang mana Ahli Panel Pelaburan dan Lembaga Pengarah terpisah sepenuhnya.

Berdasarkan fakta fakta tersebut, saya berpendapat bahawa Tabung Haji tidak perlu melepaskan saham di dalam FGV. Naik turun harga dalam pasaran saham adalah perkara biasa. Kejatuhan komoditi kelapa sawit di dalam pasaran kerana terdapat lebihan stok melebihi permintaan. Jadi Tabung Haji perlu bersabar dan menunggu harga pasaran stabil.
Perbuatan menarik duit dari Tabung Haji sendiri akan menjatuhkan Tabung haji itu dari dalam, meski niat kita sebelum ini sangat murni kerana mahu menyelamatkan Tabung Haji daripada kerugian. Analogi paling sesuai ialah kita mahu menyelamatkan seorang lelaki yang mahu bunuh diri dengan menariknya daripada terjun dari tempat tinggi, tetapi dalam masa yang sama, mulut kita melemparkan caci dan maki yang akan lebih memaksa lelaki itu terjun. Kalau kita benar-benar ambil berat dan tidak mahu Tabung Haji terjerumus ke lembah kerugian yang sebenar-benarnya, maka nasihat saya mengeluarkan duit daripada akaun Tabung Haji bukanlah salah satu daripadanya.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here