Persiapan Kesihatan Sempena Musim Haji Yang Bakal Mendatang

0
281
views

Tidak lama lagi, kita akan menyambut Aidilfitri selepas berlalunya bulan Ramadhan. Selepas itu, akan bermula musim haji di seluruh dunia. Oleh sebab itu, kami akan berkongsi info info yang penting yang boleh digunakan Jemaah haji nanti. Info yang paling penting ialah persiapan kesihatan sebelum berangkat untuk menunaikan haji.

Haji yang sempurna adalah idaman semua mukmin, jadi secara tidak langsung kesihatan Jemaah memainkan peranan penting untuk mengejar haji yang sempurna. Kesihatan yang baik semestinya akan membuat kita kekal bertenaga sepanjang menjalankan ibadah haji. Contoh aktiviti yang memerlukan kita kekal bertenaga semasa menunaikan haji ialah ibadah Sai yang difardukan dalam ibadah haji sebagai mengingati penat lelah Siti Hajar berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah demi mencari air. Secara puratanya Jemaah perlu berjalan sejauh 3 kilo meter. Justeru, artikel ini untuk tatapan kalian. Ini dipetik daripada artikel yang ditulis oleh Tabung Haji melalui Dr. Azah Abdul Samad yang bertarikh 31/7/2015 pada halaman 22.

1. Lakukan senaman secara berkala dan berperingkat. Mulakan dengan senaman ringan lalu perlahan-lahan aktiviti senaman ditingkatkan berdasarkan kemampuan individu-individu tertentu.

2. Tabung Haji juga mahu mengingatkan agar para jemaah yang sudah lulus ujian pemeriksaan, namun kemudian mengalami sakit selepas itu dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pegawai perubatan yang dilantik. Jangan lupa untuk memasukkan maklumat kesihatan tentang penyakit dan ubat-ubatan dan rawatan dalam Buku Rekod Rawatan.

3. Memandangkan juga aktiviti haji bakal memerlukan ketahanan tubuh yang kuat, dinasihatkan juga para jemaah untuk mengamalkan pemakanan Sihat di samping vitamin yang berfungsi menambahkan ketahanan badan.

4. Para jemaah juga diingatkan untuk mengambil vaksin untuk penyakit Meningococcal. Untuk pengetahuan semua, sejak tahun 2001 Masihi lagi, kerajaan Arab Saudi tutur mewajibkan pengambilan vaksin ini di samping pengambilan vaksin tambahan untuk penyakit seperti Sesonal Influenza dan Penumoccal.

5. Kepada para perokok tegar di luar sana, dinasihatkan untuk mengambil kesempatan ini untuk berhenti merokok.

6. Setiap jemaah dinasihatkan untuk mengenal pasti waris yang akan menemani. Peringatan juga kepada waris yang menemani ibu bapa yang uzur agar kekal istiqamah dalam menjalankan dua tanggungjawab di bumi Arab Saudi. Tanggungjawab sebagai seorang anak dan juga seorang hamba ALLAH tentunya.

7. Semasa berada di Tanah Suci, digalakkan juga jemaah haji untuk membawa bersama penutup mulut dan hidung dan bahan pencuci tangan seperti hand sanitizer. Lagi-lagi ketika selepas batuk, bersin dan selepas bersalaman.

8. Tidak digalakkan untuk para jemaah haji mengunjungi ladang ternakan untan dan haiwan lain semasa berada di tanah suci.

9. Sekiranya para jemaah menunjukkan tanda-tanda gejala respiratori seperti demam, batuk, selsema dan sakit tekak yang berterusan, boleh dapatkan rawatan di klinik atau Hospital Tabung Haji di tanah suci.

10. Kad Amaran Kesihatan akan diberikan kepada para jemaah haji sebaik sahaja mereka kembali ke tanah air. Para jemaah dinasihatkan untuk memantau suju badan dan penyakit demam, batuk, lelah selama 14 hari selepas tarikh pulang ke tanah air. Sekiranya gejala berterusan, berjumpalah dengan doctor yang berdekatan dan bawa Kad Amaran Kesihatan bersama. Dinasihatkan juga para pesakit yang menunjukkan tanda-tanda demikian untuk menghadkan pergaulan dengan orang ramai dan memakai penutup mulut dan hidung sekiranya terpaksa berbuat demikian.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here