Tenggelamnya Adik Titanic

0
3318
views

Selepas kejadian tenggelamnya kapal Titanic pada 14 April 1912, syarikat perkapalan ‘White Star Line” membuat beberapa pengubahsuaian didalam pembinaan kapal seterusnya. Pertama, nama Gigantic diubah menjadi Britannic (kerana kelihatan merendah diri sedikit) dan badan kapal diubah untuk kurang terdedah ke bongkah ais (aisberg). Sebagai tambahan, ia telah diwajibkan yang ia harus mempunyai bot penyelamat yang mencukupi diatasnya untuk semua penumpang, yang tidak seperti berada diatas kapal Titanic.

Kapal mewah seberat 50,000 tan itu merupakan paling besar didunia, dilancarkan pada tahun 1914, tetapi diminta oleh kerajaan Britain tidak lama selepas itu beroperasi sebagai kapal hospital sewaktu Perang Dunia Pertama. Dengan kapasiti ini, Kapten Charlie Bartlett mengetuai Britannic dengan 5 pelayaran yang berjaya membawa tentera British yang tercedera balik ke England dari pelbagai pelabuhan diseluruh dunia.

Pada 21 November, Brittanic didalam perjalanan untuk membawa lebih askar tercedera berhampiran Teluk Athens, apabila pada 8:12 pagi., satu letupan besar mengegarkan kapal tersebut. Captain Bartlett memberi arahan untuk menutup pintu kalis air dan menghantar signal kecemasan. Tambahan lagi, letupan telahpun berjaya membanjiri keseluruhan 6 kompartmen-kerosakan yang lebih besar dari yang menenggelamkan Titanic. Walaubagaimanapun, Brittanic telahpun bersedia untuk bencana seperti ini dan tetap terapung kecuali untuk saat-saat kritikal.

Pertama sekali, Kapten Bartlett mengambil keputusan untuk membawa Britannic sehingga terkandas diatas sebuah pulau di Kea. Ini mungkin berjaya, tetapi, sebelum ini, staf jururawat telahpun membuka tingkap kapal untuk memberi pengudaraan kepada wad pesakit. Air mencurah masuk kedalam tingkap kapal sebaik sahaja

Britannic menuju ke Kea. Kedua, bencana tersebut diburukkan lagi apabila krew cuba melancarkan bot tanpa mengikut arahan. Sejak kapal tersebut bergerak selaju yang ia mampu, bot penyelamat disedut kedalam kipas kapal, membunuh sesiapa yang berada didalam bot tersebut.

Kurang dari 30 minit kemudian. Bartlett menyedari bahawa kapal itu akan karam dan mengarahkan ia untuk dikosongkan. Bot penyelamat dilancarkan dan walau Britannic tenggelam pada 9:07 pagi, kurang dari sejam selepas letupan, hammpir 1,100 orang dapat keluar dari kapal. Malahan, 30 orang yang maut terdahulu adalah kerana menaiki bot penyelamat yang dilancarkan tanpa mengikut arahan. Pada 1976, penjelajah laut terkemuka Jacques Cousteau menemui Britannic terdampar pada sisi nya 400 kaki dibawah permukaan Laut Aegean. Punca letupan adalah tidak diketahui, namun ramai yang percaya bahawa Britannic terlanggar periuk api.


Diterjemahkan dan diolah semula daripada http://www.history.com/this-day-in-history/britannic-sinks-in-aegean-sea tulisan 
Ken Marschall

 

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here