Pertempuran Teutoburg: Tentera Rom Tidaklah Sekebal Yang Disangkakan

0
1938
views

Pertempuran ini masih dikenang di Jerman sebagai salah satu daripada lambang nasionalisma negara Jerman kerana ini antaranya pertempuran yang dimenangi oleh puak-puak gasar dalam negara Jerman melawan Empayar Rom yang memang terkenal dengan kegagahan dan dianggap sebagai kuasa dunia yang menggerunkan. Kalau kita buat analogi, senang cerita Rom adalah Amerika Syarikat pada hari ini. Dan kejayaan puak-puak gasar Jerman berjaya mengalahkan askar Rom dengan menghabiskan seluruh bala askar Rom masih dikenang sehingga ke hari ini.

Terima kasih kepada seorang jeneral perang bernama Arminius. Tanpanya mungkin puak Jerman tidak akan mamp mengalahkan Rom. Mari kita mulakan pembelajaran kita dengan belajar mengenai kisah yang menjurus kepada pertempuran ini. Ketika Empayar Rom menaungi hampir 1/3 Eropah, wilayah Gaul atau Jerman diperintah oleh seorang gabenor Rom bernama Publius Quinctilius Varus. Namun kerana keangkuhan dan kesombongan Varus, membuatkan puak-puak Jerman mula melancarkan pemberontakan ke atas Varus. Dan salah seorang daripadanya ialah Arminius yang memang tidak berpuas hati layanan Varus ke atas orang-orangnya, meski Arminius ialah orang kepercayaan Varus.

Maka, untuk menundukkan pemberontakan di bawah pemerintahan Varus, maka dia dikatakan mengetuai 36 000 orang askar Rom untuk mendukkan pemberontakan di sekitar Jerman. Maka berangkatlah Varus daripada Sungai Weser ke tempat pemberontakan. Maka, ketika itu penasihat kepercayaan Varus iaitu Arminius mencadangkan agar Varus memilih jalan di dalam Hutan Teutoburg dengan alasan untuk melakukan serangan mengejut kerana pastinya akar-askar pemberontak tidak menyangka laluan hutan tebal itu dipilih oleh Varus.

Bersetuju dengan cadangan itu, maka Varus pun mengetui askar untuk mara ke dalam Hutan Teutoburg. Sementara itu, Arminius memohon untuk berpisah dengan alasan untuk merekruit lebih sekutu membantu kempen Varus. Namun sebenarnya Arminius merencanakan sebuah startegi perang yang ampuh sepanjang denai hutan Teutoburg. Askar-askar Jerman ditempatkan dalam hutan untuk melakukan serangan mengejut pada bala askar Rom.

Ketika askar Rom memasuki hutan itu, entah kenapa, alam seperti tidak berkenan dengan Varus, maka ribut yang dasyat menyerang mereka dan hujan yang sangat lebat turun membasahi askar Rom. Tambahan pula dengan denai yang memang mencabar, membuatkan askar Rom memang benar-benar terseksa. Kesempatan ini diambil oleh askar Jerman untuk melakukan serangan. Malam itu memang benar-benar sebuah malapetaka untuk Rom. Dari kegelapan malam, ada sahaja pedang, kapak. Lembing, tombak yang menghiris setiap serpihan daging askar Rom. Yang tambah memilukan, askar Jerman memainkan tenik serangan gerilla membuatkan serangan balas gagal dilakukan oleh Rom.

Selepas hari yang panjang di dalam Hutan Teutoburg, akhirnya askar Rom berjaya keluar. Namun ketika itu lebih daripada separuh askar mereka hilang nyawa dalam Hutan Teutoburg. Selepas menjumpai tanah datar, Varus mengarahkan askar Rom untuk bergerak ke salah satu daripada pangkalan askar Rom yang berdekatan. Namun, satu-satunya jalan untuk ke sana harus memasuki kawasan hutan lagi. Seolah-olah malang memang menanungi Varus. Buat kali kedua, askar Rom terpaksa mengharungi hutan tebal, hujan lebat dan serangan gerilla puak-puak Jerman.

Tetapi, askar Rom berjaya buat kali kedua untuk keluar dari hutan itu. Dan kali ini, askar Rom terpaksa berdepan pula dengan perangkap yang direncanakan oleh Ariminius di Bukit Kalkriese. Di sini jalan telah dihalang oleh tanah berlumpur yang besar di utara dan bukit berhutan di selatan. Dalam persediaan untuk bertempur dengan orang-orang Rom, puak-puak Jerman telah membina parit dan tembok bagi menyekat jalan Rom ke pangkalan berhampiran dengan mereka. Memandangkan tiada lagi pilihan yang tinggal, orang-orang Rom memulakan siri serangan terhadap tembok yang dibina bagi memberi ruang kepada mereka. Serangan Rom ke atas dinding-dinding yang dibina berjaya ditangkis oleh puak-puak Jerman.

Melihatkan Rom tiada lagi harapan untuk menang, maka Varus telah membunuh diri sementara sisa-sisa askar Rom dihabiskan oleh puak-puak Jerman. Ini kemudian diikuti oleh semua pegawal-pegawal tinggi Varus. Selepas pertempuran ini, dicatatkan bahawa hampir keseluruhan askar Rom dihabiskan berkat kebijaksanaan Arminius.

Kesimpulan

Pertempuran Hutan Teutoburg merupakan salah satu titik penting dalam sejarah Eropah dimana sekiranya Arminius kalah dalam pertempuran ini, besar kemungkinan pengaruh Rom akan sampai ke pinggir Scandinavia dan sekaligus mengakibatkan seluruh daratan besar Eropah berada di bawah pengaruh Eropah.

Sekiranya ini berlaku, negara-negara bangsa seperti United Kingdom, Belanda, Perancis, Jerman dan banyak lagi negara Eropah lain tidak akan wujud pada waktu kini.

Pertempuran ini jugak sedikit sebanyak menghapuskan mitos kekebalan balatentera Rom di kalangan puak-puak gasar Germanik yang menganggap kedatangan tentera Rom ini ke tanah mereka hanyalah untuk menindas dan memperhambakan mereka.

Ini menjadi bukti pada empat kurun kemudian, Empayar Rom tumbang akibat asakan bertalu-talu dari keturunan puak-puak gasar ini.

 

Comments

comments

Previous articleTips Menjadi Pembentang Terbaik
Next articlePapan Turai – Sistem Tulisan Masyarakat Iban
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here