Fakta Disebalik Pembikinan Filem Anakku Sazali

0
11698
views

1. Filem kedua arahan Phani Majumdar selepas HANG TUAH.

2. Filem kedua yang membawa tuah kepada P.Ramlee di bawah arahan Phani Majumdar

– HANG TUAH (P.Ramlee memenangi Muzik Terbaik di Pesta Filem Asia)
-ANAK-KU SAZALI (P.Ramlee memenangi Pelakon Lelaki Terbaik di Pesta Filem Asia)

3. Sekali lagi filem ini menggandingkan P.Ramlee dengan Nordin Ahmad selepas SEMERAH PADI.

4. Pengarah Phani Majumdar sebagai pereka cerita “ANAK KU SAZALI” telah mendapat ilham asas dari sebuah filem Hollywood yang berjodol “MY SON, MY SON”. Filem ini juga pernah diolah untuk difilemkan dalam bahasa Hindustan. “MY SON, MY SON” diarahkan oleh Charles Vidor pada tahun 1940.

5. Terdapat empat buah babak yang telah dipotong dengan sebab-sebab yang tertentu.

Pertama :
Babak Rokiah diperkosa oleh Sazali di dalam sebuah bot laju pernah ditayangkan pada satu ketika dulu tetapi kini babak itu telah ditapis (censored).

Kedua :
Dua buah babak lagi ialah babak di mana sebelum Sazali membawa Rokiah menaiki bot laju. Ini dipotong kerana durasi babak ini terlalu panjang (over-run). Babak itu menunjukkan Hassan dan Mansor membawa Sazali serta Rokiah ke panggung wayang untuk menonton sebuah filem Inggeris.

Ketiga :
Babak Sazali memandu Rokiah dengan kereta ‘sport’ nya menuju ke sebuah jalan bukit. Ini hanya sebuah ‘passing shot‘.

Keempat :
Seorang pemuda kampung bernama Razak mengganggu Mahani ketika Hassan sedang bertugas sebagai pemuzik. Frame gambar dari filem itu menunjukkan satu ‘POV shot’ yang bergerak seolah-olah ada seseorang sedang mengintai dan menghala ke arah rumah Mahani, tetapi wajahnya tidak kelihatan. Babak ini telah dipotong.

6. Filem ini adalah filem ketiga kemunculan Jins Shamsuddin di layar perak selepas KELUARGA TOLOL dan KEADILAN ILAHI. Dia berlakon sebagai seorang extra di stesen keretapi. Selepas filem ini, pengarah P.Ramlee menawarkan Jins Shamsudin menjadi hero dalam filem “PANCHA DELIMA”. Namanya terus melonjak dan personalitinya membawa satu wajah baru untuk peranan seorang hero Melayu.

7. Filem ini juga menampilkan penglibatan sekelompok kaum keluarga yang jarang-jarang berlaku di dalam filem Melayu lain.

Pertama :
Seniwati HABSAH BUANG yang memegang watak Mak Mah dan juga sebagai pengurus pakaian, mempunyai dua orang anak yang sekaligus terlibat di dalam filem ini. Mereka ialah HASHIMAH YON dan RAHMAH YON.

Kedua :
Seniman kanak-kanak TONY CASTILLO yang memegang watak Sazali mempunyai seorang adik bernama LOUIS CASTILLO yang berlakon sebagai salah seorang gengnya.

Ketiga :
HABIBAH HARUN yang memegang watak Rokiah semasa kecil mempunyai dua orang abang iaitu MAHADI HARUN dan MADON HARUN yang berlakon sebagai geng Sazali. Mereka semua adalah anak kepada seniman HARUN OMAR.

Keempat :
Seniwati SITI TG PERAK yang berlakon sebagai puteri bangsawan telah mendapat peluang berlakon bersama anak gadisnya bernama SUPATRI di dalam babak yang sama, iaitu di atas pentas bangsawan lagu Chelorong Cheloreng.

8. Filem “ANAK KU SAZALI” ditayangkan semula di panggung Queens, Geylang, Singapura bagi menyambut anugerah yang dimenangi oleh P.Ramlee dan Tony Castillo di Pesta Filem Asia 1957. Seniman Tony Castillo telah dijemput untuk membuat persembahan pentas dengan tiupan trumpet ajaibnya bagi pertunjukan 6.45 petang dan 9.30 malam. Bagi pertunjukan jam 3 petang pula, poskad-poskad P.Ramlee, lengkap dengan tandatangannya sekali akan diberikan kepada 300 orang wanita yang pertama memasuki panggung wayang itu. Tawaran itu hanya untuk sehari sahaja.

9. Ketika Zaiton ditawarkan berlakon dalam filem “ANAK-KU SAZALI” pada tahun 1955, beliau baru saja mendirikan rumahtangga dengan Abdullah Hussein (Sasterawan Negara). Memang nyata sekali semasa penggambaran dijalankan, Zaiton sedang berbadan dua. Wajahnya kian berubah semasa Mahani (Zaiton) sedang hamil dengan anaknya Sazali.

10. Filem ANAK-KU SAZALI juga telah menggondol anugerah PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK ASIA untuk Tony Castillo.

11. Perkara yang anehnya dan tidak pernah terjadi di mana-mana zaman sekali pun, pada Pesta Filem Asia ke 4 yang telah diadakan di Tokyo itu, selain dari Tony Castillo, adik Wan Hussein dari Cathay-Keris juga telah memenangi anugerah PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK ASIA bagi filem MEGA MENDONG.

Semoga anda semua para pembaca di The Patriots mendapat maklumat tambahan daripada kisah pembikinan filem ANAKU-KU SAZALI ini.

Sumber:

Dato Ahmad Fauzee
Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here