Asal Usul Nama Jalan Di Kuala Lumpur

0
1938
views

Disebabkan oleh sambutan sebelum terhadap artikel Raja Bot, Raja Laut dan Abdullah Hukum antara tokoh awal Kuala Lumpur, maka penulis menerbitkan siri kedua tokoh awal Kuala Lumpur. Kali ini melibatkan Raja Alang, Haji Taib dan Loke Yew yang namanya diabadikan di jalan utama Kuala Lumpur.

Raja Alang

Jalan yang paling terkenal apabila menjelma bulan Ramadan. Siapakah Raja Alang? Kenapa namanya diabadikan di salah satu jalan di Kampung Baru? Raja Alang adalah keturunan Raja Mandailing dan merupakan Orang Melayu terkaya pada tahun 1880. Almarhum merupakan pemilik estet Raja Alang antara yang terbesar di Selangor pada ketika itu.

Kekayaan menyebabkan almarhum membina sebuah masjid di Beranang Hilir. Almarhum dimakamkan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang. Apa yang menariknya, nama jalan Raja Alang diberikan oleh anaknya sendiri.

Haji Taib

Sayang, namanya harum tapi jalannya menjadi buah mulut orang. Nama sebenarnya Haji Mohamed Taib Abdul Samad berdarah Minangkabau dan berdagang ke Kuala Lumpur. Bermula sebagai pedagang barang hiasan sebelum mengambil keputusan untuk menceburi perdagangan timah dan pertanian. Mendapat kurnia tanah yang sekarang ini merupakan Jalan Haji Taib.

Loke Yew

Seorang pengusaha kaya raya. Lahir pada tahun 1849 dan pada tahun 11 tahun berhijrah ke Tanah Melayu. Bermula sebagai pembantu kedai dengan gaji 20 Pound sebulan, mendiang akhirnya membuka kedai sendiri. Selepas itu mendiang melabur perusahaan timah di Ipoh Perak tetapi mengalami kerugian. Belajar dari kesilapan mendiang melabur dalam industri timah semula apabila menjumpai simpanan timah yang banyak.

Hasil keuntungan telah mendiang labur dalam industri pertanian, mengetin dan juga industri arang batu. Mendiang merupakan pengasas Victoria Institution dan Hospital Tan Tock Seng di Singapura. Dilaburkan mendiang menderma satu juta pound untuk membangunkan kedua institusi tersebut.

Banglo mendiang terdapat di Jalan Medan Tunku yang kini merupakan pejabat bagi firma guaman. Mendiang meninggal dunia pada tahun 1917 akibat demam malaria.

Sumber:

  • http://www.thestar.com.my/news/community/2013/08/30/loke-yews-legacy-philanthropist-left-his-mark-in-many-parts-of-klang-valley-except-on-the-street-nam/
  • http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/di-sebalik-lorong-gelap-ibu-kota-1.312827
  • http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here