Mahakarya Agung Dinasti China Kuno

0
945
views
Gambar sekadar hiasan.

Setelah Lu Buwei berjaya bermain politiknya dalam mengangkat Ying Zheng menjadi Maharaja Zhuang Dinasti Qin pada umur 13 tahun menggantikan Maharaja Zhuangxiang yang telah meninggal dunia. Lu Buwei yang pada mulanya hanya berkuasa dalam bidang menteri biasa terus mengangkat dirinya sebagai wali kepada Maharaja Zhuang & memegang penguasaan penuh ke atas Dinasti Qin. Ikuti kisah lanjut bagaimana Lu Buwei yang hanya seorang pedagang emas biasa berkemampuan untuk mengumpul & menghasilkan karya yang paling lengkap dalam sejarah China kuno.

• Pada masa pemerintahan Maharaja Zhuang, terdapat beberapa bangsawan yang terkenal dari beberapa dinasti lain sering mengadakan pertemuan dengan para cendekiawan & para pahlawan dari seluruh pelosok wilayah China.

Para bangsawan ini lebih yang dikenali sebagai ‘Empat Bangsawan’ & strategi mereka dalam mengekalkan kuasa setaraf dengan maharaja ialah dengan bergaul rapat dengan para cendekiawan & para pahlawan yang berpengaruh.

• Lu Buwei yang berasakan bahawasanya campur tangan para bangsawan dalam sesebuah dinasti boleh menyebabkan pengaruh seseorang penguasa menjadi terancam lebih-lebih lagi apabila para bangsawan dalam Dinasti Qin mula meluaskan pengaruh mereka masing-masing.

Strategi ini dilakukan oleh para bangsawan untuk mengukuhkan kuasa mereka & para cendekiawan serta para pahlawan akan diperlukan oleh mereka, apabila mereka diserang oleh musuh politik.

• Lu Buwei melaksanakan strategi seterusnya, iaitu memanggil & mengundang para cendekiawan sahaja dari seluruh pelosok China ke Dinasti Qin dengan mengadakan jamuan ramah-mesra.

Lu Buwei menganggap bahawasanya kebijakan akal para cendekiawan lebih diperlukan dalam mengatur pengurusan negara daripada kekuatan otot para pahlawan.

• Para cendekiawan dijemput sebagai tetamu terhormat di istananya & mereka dihidangkan dengan pelbagai makanan, arak & wanita yang terbaik dari Dinasti Qin.

Lu Buwei meminta kepada para cendekiawan yang bertamu ke istananya supaya menuliskan segala ilmu pengetahuan yang mereka tahu, tidak peduli sama ada apakah jenis ilmu itu atau apakah aliran ilmu itu, Lu Buwei akan menghargainya sebagai ilmu pengetahuan.

• Lu Buwei berjaya mengumpukan kesemua ilmu pengetahuan itu, menbahagikan kepada beberapa kategori & bab, menapiskan apa yang tidak perlu lalu hasilnya, beliau berjaya mengumpulkan kesemua itu dalam 26 gulungan.

• 26 gulungan itu dibahagikan menjadi 12 Ji, 8 Lan & 6 Lun, iaitu:

1) Bahagian Ji – Kurun Waktu.

– Di dalam bahagian ini dibahaskan tentang ilmu geografi & ilmu astronomi dan perubahan iklim & musim.

– Kedua belas Ji ini disusun & dibahagikan menjadi 4 bahagian Ji iaitu Musim Bunga, Musim Sejuk, Musim Panas & Musim Luruh, iaitu :

a) Bahagian Musim Bunga membahas tentang cara menjaga kesihatan.

b) Bahagian Musim Panas membahas mengenai seni muzik.

c) Bahagian Musim Luruh membahas mengenai cara susun-atur tentera.

d) Bahagian Musim Sejuk membahas tentang karakter & personaliti manusia.

– Setiap musim mempunyai 3 bahagian lain iaitu, Meng (Bulan Pertama), Zhong (Bulan Kedua) & Ji (Bulan Ketiga).

– Dan setiap musim itu dibahagikan kepada 15 bab sehingga ke 60 bab.

2) Bahagian Lan – Pandangan.

– Membahas tentang sejarah China kuno sejak awal mula penciptaan & tentang ilmu-ilmu pemerintahan.

– Bahagian ini dibahagikan kepada 63 bab.

3) Bahagian Lun – Teori.

– Membahas tentang ilmu falsafah dari pelbagai aliran falsafah.

– Dibahagikan menjadi 36 bab.

• Setelah semuanya disusun, Lu Buwei sendiri yang memilih beberapa bahagian yang terbaik & menghabiskan separuh waktunya dengan mengolah isi kandungannya sehingga akhirnya terciptalah mahakarya China klasik yang disebut sebagai Almanak Keluarga Lu.

• Lu Buwei mengatakan tujuannya menyusun almanak ini adalah berdasarkan kata-kata Kaisar Kuning ( Idola Lu Buwei ), iaitu :

“Ada langit yang agung di atas, bumi yang luas di bawah, jika engkau mampu mengatur (mengendalikan), kau akan menjadi ayah & ibu (penguasa) ke atas rakyat.”

• Lu Buwei menanggap bahawa setiap aliran falsafah memiliki pandangan yang berbeza, meskipun berbeza namun mereka ini dapat disatukan.

“Kesatuan menciptakan keteraturan, perbezaan menciptakan kekacauan, kesatuan menciptakan keamanan, perbezaan menciptakan kehancuran.”

(Almanak Keluarga Lu : Tiada Duanya).

• Almanak ini bertahan sehingga sekarang, menjadi rujukan para pengkaji sejarah & generasi yang akan datang.

Sumber Rujukan : Kaisar Terakota, Micheal Wicaksono, 2016.

– TAMAT –

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here