Dana Bumiputera Al-Ansar Lembaga Tabung Haji

0
423
views

Terdapat satu perkhidmatan ditawarkan oleh Tabung Haji yang boleh dimanfaatkan oleh usahawan bumiputera di Malaysia. Perkhidmatan dana disediakan ialah Dana Bumiputera, Al-Ansar Lembaga Tabung Haji. Apakah yang dimaksudkan dengan dana tersebut?

Tujuan utama dana ini adalah untuk menghulurkan bantuan dari segi kewangan kepada usahawan Bumiputera bagi mengembangkan perniagaan mereka. Sebanyak RM 200 Juta telah disuntik untuk program ini pada peringkat awal. Selain itu, kemudahan pembiayaan kredit dikatakan bernilai antara RM 50 000- RM 1 Juta mulai Januari 2015. Kadar keuntungan yang diperkenalkan pada kadar tetap 4.5% setahun sepanjang tempoh pembiayaan. Syarikat syarikat yang memenuhi kriteria kriteria di bawah boleh la berhubung dengan pihak berkenaan untuk mendapatkan informasi lanjut.

• Pemilikan: Dimiliki oleh usahawan Bumiputera Muslim.
• Jenis Perniagaan: Syarikat/Pemilikan Tunggal
• Rekod Keuntungan: Syarikat mencapai keuntungan sekurang-kurangnya setahun.
• Tempoh Pembiayaan Kredit: Tidak Melebihi 5 Tahun
• Untuk perkhidmatan dan barangan perniagaan yang HALAL sahaja.
• Perniagaan aktif beroperasi sekurang-kurangnya untuk 2 tahun.
• 11 Sektor Industri: Makanan Halal, Minyak dan Gas, Pendidikan, Kesihatan, Pertanian, Pertanian Asas dan Asas Tani, Pembinaan, Pengangkutan, Sokongan Telekomunikasi dan Utiliti, Borong dan Runcit, dan Hospitaliti.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
Nombor Hotline Bahagian Perbankan Komersial, Ibu Pejabat Bank Islam
Tel: 03-20887979
Pusat Panggilan Bank Islam
Tel : 03-26 900 900
E-mel : contactcenter@bankislam.com.my

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here