Sejarah Dan Falsafah Bangunan Tabung Haji

0
570
views

Salah satu daripada pencakar langit yang berdiri di Kuala Lumpur ialah Menara Tabung Haji yang tersergam indah. Lokasinya terletak di kawasan “segitiga emas” atau lebih spesifik di antara perjalanan mengharungi Jalan Tun Razak, menuju ke arah Kampung Bharu atau KLCC. Berdirinya banggunan Tabung haji ini berpaksikan falsafahnya sendiri dan mempunyai sejarah yang tersendiri.

Sejarah pembinaan bangunan indah ini bermula ketika Tun Dr Mahathir meletakkan batu asas pada 15 Januari 1982 sebelum ianya dibangunkan sehinggalah siap pada dua tahun berikutnya, 1984 lalu dirasmikan oleh Almahrum Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Mahmood Iskandar Yang merupakan Yang Di Pertuan Agong ke-8 pada 19 September 1985.

Bangunan ini mendapat magis sentuhan reka bentuk anak genius tempatan iaitu arkitek Malaysia bernama Hijjaz Kasturi. Ianya dibina di atas tanah seluas 55700 meter persegi persamaan dengan 600, 000 kaki persegi. Tinggi bangunan ini ialah 152 meter dengan 39 tingkat bersama dengan kos pembinaan sebanyak RM102 juta. Terdapat 27 tingkat pejabat, 7 tingkat parkir kereta, 2 tingkat bilik servis serta 2 tingkat yang berfungsi sebagai kaunter, dewan besar dan media, kedai, cafeteria dan perbankan.

Senibina tabung haji ini dilakarkan atas konsep yang diutamakan dalam agama Islam iaitu Keserdehanaan, Disiplin dan Kesatuan. Pelan lantai geometri bangunan ini menggambarkan ekspresi simplistik tradisi agung kesenian Islam manakala konsep keluk bulat cengkung membawa lambang revolusi dan moden terhadap senibina pada waktu pembinaan.

Falsafah lain yang memainkan peranan senibina bangunan Tabung Haji ini ialah dikatakan bahawa lima kolum pada bangunan ini melambangkan Rukun Islam. Lima kolum ini pula tidaklah kelihatan serentak pada mata orang yang melihatnya kerana arkiteknya mahukan menggambarkan bahawa rukun Islam bukanlah sesuatu untuk dibanggakan dan dipamerkan pada umum sebaliknya ianya adalah untuk dilaksana serta dibuktikan.

Selain itu, antara keunikan lain bangunan Tabung Haji ialah terdapat ukiran yang menulis ALLAH SWT dalam tulisan jawi di puncak bangunan dan ini tidak dijumpai di bangunan lain di Malaysia. Secara tidak langsung, bangunan Tabung Haji adalah bangunan pertama di Malaysia yang mempunyai ukuran nama ALLAH SWT di bahagian puncak. Struktur bangunan Tabung Haji juga dibina untuk melambangkan sifat-sifat kesatuan dan kesepaduan dalam menjalankan ibadah yang dituntut oleh Allah SWT.

Walaupun umat Islam terbahagi kepada idealogi, mazhab dan pemikiran, namun akhirnya semuanya akan bersama-sama untuk menunaikan ibadah haji sebagai salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Ini juga melambangkan kesatuan dan kesepaduan yang wujud dalam semangat persaudaraan umat Islam.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here