Seorang Genius Yang Telah Membuatkan Umat Islam Di Malaysia Mampu Jejak Kaki Ke Bumi Mekah 

0
7139
views

Pergerakan para Jemaah haji dari Malaysia yang efisien dan lancar sering menjadi buah mulut para Jemaah haji dari negara lain ketika di Mekah. Saban tahun akan ada umat islam dari Malaysia yang menjejakkan kaki ke bumi Mekah. Pasti ramai yang sudah terbiasa melihat satu banggunan berbentuk tabung yang tinggi di Jalan Tun Razak. Itu adalah tentang sebuah konsep yang diasaskan oleh seorang anak melayu yang menuntut di Universiti Maseda, Jepun dalam bidang ekonomi. Pengasas konsep Tabung Haji ini ialah Professor Diraja Ungku Aziz Abdul Hamid.

30 September 1959 menjadi titik permulaan walaupun pada ketika itu, beliau masih lagi berada dalam usia muda telah menulis sebuah kertas kerja yang bertajuk “Rancangan Membaiki Keadaan Ekonomi Bakal Bakal Haji” yang ditujukan kepada kerajaan Malaysia. Hasilnya tertubuh konsep Tabung Haji pada masa itu. Konsep ini mula beroperasi pada 30 September 1963 sebelum ianya diperbaharui pada tahun 1969 apabila sudah bergabung dengan Pejabat urusan Hal Ehwal Haji. Beliau juga turut berpesan:

“Saya lihat orang kampung akan menjual kambing, kerbau atau tanah mereka untuk menunaikan haji. Sekembalinya mereka dari sana, mereka tiada ternakan dan sumber rezeki lagi. Sebab itu, saya cetuskan idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH). LUTH sebenarnya membantu ekonomi orang Melayu untuk jangka masa yang panjang.”

Sehingga hari ini, Tabung haji menguruskan dana melebihi RM 55 billion sekali gus menjadikan Tabung Haji sebagai pengurus Dana Islam terbesar di Malaysia. Selain itu, Tabung Haji juga mengendalikan 8.3 juta pendeposit. Hasil dari pelaburan dan perniagaan yang membawa banyak keuntungan membolehkan Tabung Haji memberikan subsidi mengerjakan haji sebanyak RM130 juta. Jemaah hanya perlu membayar sekitar RM 9900 dan baki akan ditampung oleh Tabung Haji. Kursus Haji yang diadakan sebelum berlepas ke Tanah Suci juga turut ditampung oleh Tabung Haji. Hasil idea seorang anak melayu yang genius pada tahun 1959 berjaya membantu kebanyakkan umat islam pada hari ini.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here