Pertempuran Manzikert: Sultan Yang Membalut Dirinya Dengan Kain Kafan

0
4120
views

• Sultan Alp Arslan yang merupakan sultan yang ke-2 dari kesultanan Seljuk Utama telah menunjukkan kekuatan yang luar biasa dalam Pertempuran Manzikert.

• Sultan Alp Arslan dibantu oleh perdana menteri hebat dalam sejarah Dinasti Seljuk, iaitu Nizam al-Mulk yang akhirnya terbunuh di tangan pasukan Hashasin.

• Setelah berperang dan memenangi dalam pertempuran di Iconium maka tentera Turki Seljuk yang terselamat seramai 15 ribu orang di bawah pimpinan Sultan Alp Arslan menuju ke kota Thabaristan.

• Berita tentang kekuatan Sultan Alp Arslan yang melemah dengan jumlah tentera yang sedikit membuatkan pemimpin empayar Byzantium, Maharaja Romanus IV mengumpulkan tenteranya untuk menyerang & mengambil kembali wilayah mereka yang ditawan oleh Turki Seljuk.

• Pertengahan tahun 1071M, Maharaja Romanus IV memimpin tentera 40,000 tentera yang terdiri dari pasukan:

a) 35 ribu orang tentera dari Kurkh, Frank & Saxon.

b) 15 ribu tentera dari wilayah Timur yang masih di bawah jajahan empayar Byzantium.

• Pada bulan Jun 1071M, pasukan Maharaja Romanus IV tiba di Sebasteia (terletak berhampiran Theodopolis) & mendirikan perkhemahan di sini.

• Di sini Maharaja Romanus IV mengambil kata putus untuk maju & menawan Kapadokia, separuh wilayah Khurasan & sebahagian wilayah Iraq sehingga ke Syam.

• Penyerangan ini menyebabkan terbatalnya perjanjian gencatan senjata ke-2 antara Seljuk-Byzantium 1071M.

• Setelah itu, pasukan Byzantium menuju ke Tasik Van bertujuan merebut kembali kota Manzikert & kota kubu Khilat milik Sultan Alp Arslan.

• Di sini pasukan Byzantium berpecah kepada dua pasukan iaitu :

a) Pasukan pertama pimpinan Maharaja Romanus IV meneruskan perjalanan & menyerang kubu-kubu milik Sultan Alp Arslan.

b) Pasukan kedua pimpinan Joseph ( Yusuf ) Tarchaneiotes menuju ke kota benteng Khilat bersama para pengawal Varangians yang mengiringi pasukan tentera Pechenegs & Frank.

• Hasrat Maharaja Romanus untuk menawan kota kubu Khilat & menguasai kota Manzikert adalah bertujuan untuk mendirikan markas di sini & melancarkan serangan ke atas Sultan Alp Arslan yang sibuk berperang melawan Dinasti Fatimiyyah di Persia.

• Tetapi sangkaan Maharaja Romanus bahawa Sultan Alp Arslan yang sedang berperang di Persia adalah terpeleset, kerana pada ketika itu pasukan Sultan Alp Arslan sedang berada di Syria.

• Berita tentang penaklukan & penjarahan yang dilakukan oleh pasukan Byzantine ke atas wilayah Turki Seljuk, membuatkan Sultan Alp Arslan murka, maka baginda berangkat dari Syria & ketika tiba di Mosul, pasukannya ditambah seramai 14,000 tentera serta mendapat pasukan bantuan dari Azerbajian.

• Pasukan Byzantium pimpinan Joseph Tarchaneiotes dikalahkan oleh pasukan Sultan Alp Arslan & mereka berundur ke Melitena.

• Pada ketika ini, Maharaja Romanus belum mengetahui kekalahan pasukan Byzantium yang ke kota Khilat, lalu Joseph tidak menyertai Maharaja Romanus dalam ekpedisi menawan Manzikert.

• Pada bulan Ogos 1071M tentera Byzantium di bawah pimpinan Maharaja Romanus menawan kota Manzikert tanpa pertempuran yang sengit & mendirikan markas tentera di sini sebelum melancarkan serangan ke atas Sultan Alp Arslan.

• Pasukan perisik Byzantium mengkhabarkan kepada Maharaja Romanus tentang keberadaan pasukan Turki Seljuk yang berkhemah berhampiran dengan kota Manzikert.

• Maharaja Romanus terkejut & ketika ini Sultan Alp Arslan menghantar utusan kepada Maharaja Romanus untuk membuat perjanjian damai iaitu:

a) Kota Edessa dikembalikan kepada Byzantium.

b) Byzantium menyerahkan kota Hierapolis kepada Turki Seljuk.

• Perjanjian gagal & pertempuran tidak dapat dielakkan.

• Pada tanggal 26/08/1071M atau 26 Zulkaedah 464H terjadi pertempuran Manzikert (Malazgirt) yang ketika itu sebahagian dari wilayah Baspranakia (Armenia) setelah solat Jumaat ketika para khatib sedang mendoakan kemenangan pasukan Sultan Alp Arslan (waktu ini dianjurkan oleh ahli fiqih, Syeikh Abu Nashr kepada Sultan Alp Arslan).

• Dalam pertempuran ini, Sultan Alp Arslan & para tenteranya membaluti kain putih sebagai kain kafan pada tubuh & perisai mereka sebagai perangsang motivasi ketika berperang & bersiap sedia untuk syahid.

• Dalam pertempuran ini, pasukan Byzantine dibahagikan kepada formasi 4 pasukan yang mana terdiri dari pasukan berkuda & pasukan pejalan kaki berperisai tebal iaitu:

1) Pasukan khusus seramai 15,000 dipimpin oleh Maharaja Romanus berada di hadapan.

2) Sayap kanan dipimpin oleh Jeneral Theothoro Attaliati yang terdiri daripada tentera Armenia, Scandinovia & Stavia.

3) Sayap kiri terdiri dari pasukan Yunani dipimpin oleh Jeneral Nikiforo Briennio.

4) Pasukan belakang (bantuan) terdiri daripada tentera Saxon & Frank pimpinan Jeneral Andronikus Doukas.

• Pasukan Turki Seljuk hanya memakai formasi serangan bulan sabit & formasi ‘Hit & Run’ sepanjang pertempuran, yang menyebabkan pertahanan kebal pasukan tentera Byzantium hancur.

• Formasi ‘Hit & Run’ adalah formasi di mana pasukan pemanah elit Turki Seljuk menyerang musuh dengan tembakan anak panah secara teratur & berundur serta maju secara rawak.

• Formasi ini menyebabkan pasukan tentera Byzantium di sayap kanan & sayap kiri musuh hancur serta pasukan pimpinan Jeneral Andronikos Doukas melarikan diri dari medan perang bersama pasukannya.

• Pertempuran ini tamat menjelang malam dengan kemenangan di pihak pasukan Sultan Alp Arslan & Maharaja Romanus IV berjaya ditawan.

• Pertempuran ini menyebabkan Maharaja Romanus menyerahkan kota Anatolia, kota Edessa, kota Hierapolis & kota Manzikert kepada Sultan Alp Arslan mengikut perjanjian damai & Maharaja Romanus dibebaskan setelah ditahan selama 8 hari dengan membayar tebusan ke atas dirinya.

• Maharaja Romanus dihantar pulang ke kota Konstantinopel diiringi oleh 100 orang tentera Mamluk di bawah arahan Sultan Alp Arslan.

(al-Bidayah wa an-Nihayah, Ibnu Katsir / Tarikh Khulafa, as-Suyuthi .

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here