Singa VS Harimau: Siapa Yang Akan Menang?

0
3493
views

Setelah saya mengeluarkan fakta tentang harimau (Malaya) dan singa, pasti ada yang tertanya-tanya; jika harimau dan singa bertarung, siapa yang akan menang?

**Nota : Sebagai sebahagian daripada usaha pemulihan dan pemeliharaan, saya dan warga The Patriots TIDAK MENGGALAKKAN anda membandingkan mana-mana haiwan, apatah lagi membandingkan dari segi pertarungan.

Kami juga TIDAK MENYOKONG mana-mana persatuan / kumpulan yang membahayakan haiwan dalam segala segi terutamanya dalam bentuk pertarungan.**

Mari kita lihat fakta.

Bagi pihak harimau, mari kita andaikan Harimau Siberia (jantan dewasa) diambil sebagai contoh. Bagi pihak singa pula, Singa Afrika (jantan dewasa) dijadikan contoh. Kedua-dua haiwan ini merupakan yang terbesar dalam sub-spesiesnya.

PERBANDINGAN FIZIKAL

<< SAIZ
Berat bagi seekor harimau Siberia (jantan dewasa) boleh mencecah kira-kira 465 kilogram manakala berat bagi seekor singa Afrika (jantan dewasa) yang pernah direkodkan adalah kira-kira 313 kilogram. Faktor berat memainkan peranan utama dalam pertarungan harimau dan singa dimana berat boleh meningkatkan kekuatan terkaman haiwan ini. Namun begitu, berat akan menyebabkan kepantasan (dalam larian) haiwan ini akan terjejas.

Akan tetapi, harimau dan singa merupakan haiwan yang bertarung secara berhadapan, dimana kepantasan (dalam larian) tidak begitu memainkan peranan besar.
(Nota : berat ini adalah berkaitan dengan otot dan bukannya lemak.)

<< SAIZ OTAK
Kajian di University Oxford mendapati bahawa saiz otak harimau lebih besar berbanding singa. Walaupun singa mempunyai saiz tengkorak yang lebih besar, ruang kranium bagi harimau lebih luas dan ini menunjukkan otak harimau lebih besar. Ini menunjukkan harimau lebih cerdik berbanding singa.

<< KEKUATAN GIGITAN
Melalui kajian tersebut juga, didapati harimau mempunyai kekuatan gigitan yang lebih kuat berbanding singa, dimana daya gigitan dikira menggunakan formula body mass allometry (BFQ).

Harimau mempunyai kekuatan gigitan sebanyak 127 manakala singa pula ialah 112.

<< TAHAP AGRESIF
Melalui pemerhatian di sebuah zoo yang menempatkan harimau dan singa di satu sangkar, didapati bahawa harimau lebih bengis berbanding singa.

Ini ditunjukkan dengan serangan harimau keatas singa secara tiba-tiba tanpa gangguan faktor luaran. Menurut pakar biologi, Craig Saffoe di Ankara, “Harimau lebih agresif. Mereka menyerang untuk membunuh dan mematikan. Manakala singa lebih bersifat, ‘membelasah’ dan ‘bermain’ sahaja”.

<< PERLINDUNGAN DIRI
Dinyatakan bahawa surai singa (rerambut pada leher singa) membantu dalam melindungi leher singa daripada tercedera. Ini kerana hampir setiap pemangsa akan mencederakan atau menyerang bahagian leher si mangsa. Walaupun begitu, fungsi surai singa lebih diterima pakai pakar biologi sebagai ‘penanda’ umur dan tahap hormon singa tersebut berbanding sebagai perlindungan diri kerana singa tidak mempunyai pemangsa semulajadi.

<< SIFAT SEMULAJADI
Harimau merupakan haiwan pemangsa yang memburu secara berseorangan dan mereka memburu dalam persekitaran yang padat dengan pokok contohnya hutan rimba. Ini membantu dalam penyamaran diri harimau tersebut. Pemburuan secara berseorangan membuktikan bahawa harimau lebih aktif, lebih pantas dan boleh menundukkan lawan yang lebih besar daripadanya (cth seladang) berseorangan.

Singa pula merupakan haiwan yang memburu dalam kumpulan (pride) di kawasan yang lebih luas, contohnya di padang rumput. Singa terlebih dahulu mengepung mangsa dan menyerang secara berkumpulan. Ini menunjukkan bahawa singa mempunyai kerjasama yang baik antara mereka. Namun begitu, yang memburu hanyalah singa betina. Singa jantan lebih banyak berehat dalam kumpulan.

Pertarungan antara singa dan harimau perlu ditentukan keadaannya dahulu. Adakah ianya berlaku di tanah pamah atau hutan? Berseorangan atau berkumpulan? Adakah faktor luar terlibat sama (contohnya sorakan penonton di zoo dan arena)?

<< KEPANTASAN (DARI SEGI CAKARAN)
Seekor harimau mempunyai cakaran yang pantas tetapi momentum yang kurang berbanding singa. Manakala singa mempunyai cakaran yang agak perlahan namun mempunyai momentum yang lebih besar. Ini adalah kerana singa lebih tinggi dan mempunyai lengan yang lebih panjang berbanding harimau.

Saiz komparatif (ratio) humerus dan lengan :
Harimau Bengal : 80:100
Singa Afrika : 87:100

Kedua-dua haiwan mampu membunuh seorang manusia biasa dengan sekali cakaran sahaja, terutamanya jika sasaran dikenakan keatas kepala manusia tersebut.

Jika sifat haiwan diambil kira, harimau lebih banyak menggunakan kedua-dua lengannya dalam menyerang, kerana haiwan ini mempunyai keseimbangan yang baik jika kedua-dua lengannya diangkat dalam menyerang. Manakala singa lebih gemar menggunakan rahangnya dalam menyerang leher mangsa. Singa mampu menyerang menggunakan tangan, tetapi lebih biasa menggunakan rahangnya kerana rahang singa adalah lebih kuat berbanding harimau.

SEJARAH PERTARUNGAN

1. Direkodkan didalam Zoo Ankara pada Mac 2011, seekor harimau menyerang seekor singa dan membunuhnya dengan sekali cakaran sahaja. Ia menyerang urat darah jugular (leher) singa tersebut sehinggakan ia mati dalam lumpur darahnya.

2. Di Coney Island (persembahan haiwan) pada 1909, seekor singa yang sedang membuat persembahan tiba-tiba menyerang seekor harimau yang sedang dirantai. Singa tersebut melompat keatas belakang badan harimau itu. Namun, walaupun dibebani rantai yang berat, singa tersebut bukanlah ancaman bagi harimau itu kerana akhirnya, singa yang menyerang mati dirobek harimau tersebut.

3. Pada Disember 2008 di Korea, seekor singa (110kg) menyerang seekor harimau betina (90kg) secara tiba-tiba dengan menggigit leher harimau itu sehingga mati.

4. Pada 1951, seekor singa Afrika jantan membunuh seekor harimau betina di sebuah sarkas. Caranya juga sama, dengan gigitan pada leher harimau sehinggakan harimau tersebut mati dalam masa satu jam akibat cedera parah.

5. pada 1857 di Zoo Bromwich, seekor harimau memecah masuk kedalam sangkar seekor singa dan menyerangnya. Singa itu terselamat dari diserang dibahagian leher kerana dilindungi dengan surainya, namun harimau tersebut berjaya mengurai isi perut singa terbabit. Singa itu mati dalam masa beberapa minit sahaja.

6. Di sarkas pada zaman Rom Purba, pertarungan antara makhluk-makhluk ganas seringkali dianjurkan. Salah satunya adalah di Pompeii dimana menunjukkan pertarungan antara singa dan harimau. Titus, maharaja Rom mempunyai seekor harimau Bengal yang seringkali menang dalam pertarungan menentang singa.

7. Seekor harimau milik Raja Oude mempunyai rekod membunuh 30 ekor singa, dan membunuh seekor lagi semasa sedang dipindahkan ke taman zoologikal di London.

8. Pada akhir kurun ke 19, Gaekwad of Baroda menganjurkan pertarungan antara singa Barbary dan harimau Bengal dihadapan beribu penonton. Gaekwad bertaruh kemenangan pada singa, manakala beribu orang bertaruh pada harimau. Akhirnya Gaekwad terpaksa membayar sebanyak 37,000 rupee kepada penonton kerana singa tersebut lunyai diterkam harimau.

ULASAN PAKAR

1. Pada 1959, seorang wartawan Spokesman-Review bertanya kepada William Bridges, seorang pegawai di Zoo Bronx. Beliau berkata “pada zaman dahulu di Coliseum Rom, orang yang bijak akan bertaruh pada harimau”.

2. John Varty, pemilik Londolozi Reserve di Afrika Selatan berkata “Ramai orang bertanya, yang mana lebih besar? Jika seekor harimau dan singa bertempur, yang mana akan menang? Saya pernah melihat seekor harimau mengunyah seekor kura-kura (leopard tortoise) dengan mudah. Singa pula mencuba, tetapi tidak pernah berjaya. Jika berlaku pertempuran, harimau akan menang, setiap kali.”

3. Sebuah organisasi Big Cat Rescue di Tampa, Florida berkata, “Kami lebih suka jika semua orang lebih fokus terhadap usaha menyelamatkan kucing-kucing besar ini daripada diancam kepupusan. Kekuatan kedua-duanya sering timbul dalam pemikiran setiap orang. Jika ia bergantung kepada saiz, umur, dan tahap agresif haiwan terbabit, harimau mempunyai lebih banyak kelebihan.

4. Sebuah dokumentari National Geographic (The Last Lions of Asia) menyatakan bahawa harimau Bengal mempunyai berat lebih 50 kilogram berbanding Singa Asia, dan mampu membunuh singa Asia dalam pertarungan.

5. John Smith Clarke, seorang penjinak singa berkata “daripada 100 kes pertarungan, kesemuanya dimenangi oleh harimau. harimau lebih licik, tidak terlalu kelam dalam serangan. Walaupun sama kuat, harimau bertarung dengan cara yang berbeza. Ia lebih gemar bergolek di tanah menggunakan belakang badannya, dan mencengkam singa dalam cengkamannya sehingga singa itu kalah.”

BIDANG SENI DAN PENULISAN

Bidang ini sering menggambarkan bahawa apabila berlaku pertarungan antara singa dan harimau, singa sentiasa menang.

1.Pada kurun ke 18 dan 19, James Ward melakarkan lukisan dimana singa memenangi pertarungan dengan harimau, yang menunjukkan nilai simbolik singa sebagai Great Britian.

2. Sebuah pingat Seringapatam British menunjukkan seekor singa mengalahkan seekor harimau, dengan sebuah panji diatasnya, bertulisan Arab, iaitu ASAD ALLAH AL-GHALIB (Singa Allah menakhluk). Pingat ini diperingati sebagai lambang kemenangan British dalam Perang Seringapatam melawan Tipu Sultan yang menggunakan harimau sebagai jata.

KONKLUSI

Saya lebih memilih harimau sebagai pemenang dalam pertempuran satu lawan satu (1 by 1) diantara harimau Siberia dengan singa Afrika dikawasan tanah pamah.

#AC

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here